Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Sunday, December 12, 2010

SAAT DI NAQIA ......

SAAT DI NAQIA ......

Satu memori yang bersejarah menambah pengalaman baru setiap pelajar asasi yang pergi.

Naqia adalah salah satu tempat perubatan Islam yang terkenal di Malaysia.

Produknya juga amat berkualiti untuk kita



Huruf condong

Inilah pencuba-pencuba yang menulis di pinggan putih.
Alhamdulillah murah rezeki , masing-masing dapat baucer
belian. Walaupun nilai yang berbeza. Tapi ia cukup bemakna.
Alhamdulillah



Ini adalah pengerusi majlis sewaktu majlis bersama Naqia berlangsung.
Beliau juga merupakan sorang yang hebat.


Saat kami tiba di syrikat Naqia. Disambut dengan mesra dan di beri cnderamata
Alhamdulillah....
rezeki...


penulis-penulis arab yang baik. Dalam pinggan itu akan dituliskan ayat Al-Quran.
Seterusnya akan dicampur dengan air zam-zam dan akhr sekali akan dibacakan surah atau doa.


Pengalaman ini amat berharga kerana ilmu perubatan ini sukar untuk didapati. Entahlah kenapa. Adakah ia tidak patut dikongsi ? tapi masih ada pengaml perubatan Islam yang turun padang untuk berkongsi dan membantu.
Terima kasih.

sekian.



_alamindah_

Friday, December 3, 2010

Indah Bersama MU....

Ya Allah.
Aku inin hanyut bersama lamunan
bersama Mu...
Dibuai mimpi indah mimpikan Anbia'..
Rasa mendayu diulit rindu
yang membara bersama tulus cinta kepada Mu...
Ya Allah...
Mampukah aku begitu???
Bisakah aku capai kenikmatan itu???
Indah bersama MU........

_alamindah_

Di Mana ???

Dimana aku disisi Mu?
Haruskah aku menongkah satu kehidupan,
Secara keseluruhannya dalam mengingati Mu,
Ya Allah....
Pilihlah aku sebagai hamba yang Engkau redai....
Andainya berhenti nafaz ku tanpa bersama Mu...
Hancurlah roh dan jasad ku....
Ya Allah........

Tuesday, November 16, 2010



2 adik kecil


Antara yang unik...... kenapa ye????


(tunggu)

Sunday, November 7, 2010



Kehidupan Alam Yang Indah
“KEM AS-SYAFIE”

Sunyi sungguh malam ini, kerana malam ini hamba bersendiri dalam bilik ini. Nasiblah belajar jauh sikit daripada sahabat-sahabat hamba yang berada di sini. Mungkin bila hamba di sini, hamba lebih mengenal erti hidup berdikari. Walaupun sebenarnya hamba tidaklah merantau sejauh sahabat-sahabat yang di Mesir, atau Jordan. Tapi, hamba tetap merasakan erti jauh daripada keluarga. Kadang- kadang hampir 2 bulan hamba tidak balik ke kampung, nak buat macamana….

Sem lalu, benar-benar menduga hamba, hamba hanyut dek kemajuan dan kecanggihan teknologi. Dengan adanya facebook, hidup hamba makin lalai. Bak kata sahabat hamba “ biasalah masa mula-mula kenal, jadi syok… ”, hamba akui kata-kata sahabat hamba itu, kerana hamba betul-betul suka dengan facebook, mungkin hobi hamba yang suka berkenalan, selain tujuan hamba untuk mencari sahabat-sahabat yang jarang hamba temui. Kini, bila hamba hidup di facebook, hamba jumpa yang hamba inginkan. Sahabat baru dan lama hamba dapat sapa lagi.

Kehidupan setiap manusia di dunia ini banyak coraknya, ada yang indah dan ada juga yang tidak. Itu adalah fitrah kehidupan. Masa mula-mula hamba di sini, hamba betul-betul rasa sunyi, rasa kosong., hidup tidak bermakna dan macam-macam lagi. Kenapa??? Sebab hamba tidak biasa hidup tanpa berjemaah. Mungkin, kerana hamba dah terdidik di sekolah dulu. Jadi bila, tidak menyertai mana-mana persatuan atau jemaah, rasa kosong dan tidak bermakna. Saat itulah , hamba mohon sangat padaNya , agar hamba dapat rasai program atau mana kelompok untuk hidup berkumpulan. Allah Maha Pemurah, akhirnya hamba dapat menyertai kumpulan Usrah dengan kakak senior , Alhamdulillah… syukur. Pada mulanya, hanya satu mesej yang hamba terima yang mengatakan hamba terpilih sebagai ahli usrah, tetapi satu lagi mesej sampai selepas beberapa hari. Alhamdulillah…. Gembira hati ini, terubat rasa rindu kepada Badan Dakwah (BAKRIS), yang selama ini menjadi jemaah hamba di sekolah dulu. Ketika, perjumpaan ahli usrah itu, hamba pergi untuk sama-sama berusrah, tetapi ada sedikit kesilapan apabila kakak usrah tidak dapat mengenali hamba sebagai adik usrahnya dan telah menghantar hamba kepada kumpulan usrah yang lain. Hamba terima saja, nak kata kecewa pun tidak. Sebab hamba dapat juga berusrah. Malam itu, bermulalah taaruf hamba dengan sahabat-sahabat dari diploma yang lain. Sungguh gembira. Alhamdulillah. Selepas hari itu, kakak usrah yang sekali lagi menghantar mesej mengatakan tentang perjumpaan usrah yang akan datang, masa itulah hamba bagitahu, yang hamba telah pergi jumpanya untuk berusrah, tetapi hamba dihantar ke groups usrah yang lain, kakak usrah hamba itu memohon maaf kerana kesilapannya. Sebenarnya, hamba tidak langsung terdetik rasa sedih atau kecewa daripada peristiwa itu, tapi hamba lagi gembira kerana secara tidak langsung hamba ada 3 groups usrah dalam satu masa. Alhamdulillah…..

Setelah beberapa kali usrah dijalankan, kakak-kakak usrah hamba mengatakan ada kem untuk ahli usrah dan mahasiswa sem 1 dan 2. Dengan perasaan minat, hamba dengan beraninya mengatakan hamba nak menyertai. Kebutulan pula, masa minggu program untuk kem, ada pula program Asasi . Memang sekali lagi, hamba perlu berfikir untuk memilih untuk ke program mana. Tapi, hamba yakin dengan pilihan hamba, hamba memilih untuk ke program yang diajak oleh kakak-kakak usrah hamba. Iaitu Kem As- Syafie, di Broga , Semenyih dalam negeri Selangor. Program Asasi hamba hazafkan daripada pilihan hati, walaupun pada hakikatnya hamba takut senior Asasi kecewa, tapi kerana hamba rasa kem itu lebih sesuai untuk hamba. Jadi hamba teruskan. Banyak sungguh dugaan untuk menyertai kem itu, tetapi bagi hamba dan beberapa sahabat daripada asasi juga dengan beraninya tempuh sahaja . Kami seterusnya dipanggil oleh Dekan Asasi kerana ketidak hadiran kami ke Program Asasi, dan kami diberi peringatan tetang perjanjian kami sebagai student Asasi dengan Syarat Penerimaan Biasiswa Tabung Rektor. Dekan kata, dia akan hantar kes kami kepada Pengarah , kami hanya berserah sahaja. Setelah banyak usaha yang telah dilakukan oleh MPM untuk menyelamatkan kami pelajar asasi daripada masalah ini. Tetapi , keputusan Dekan telah dibuat. Kami terima sahaja.

Allah Maha Pengatur, semasa pelantikan ahli jatawatan kuasa PERSIS (Persatuan Asasi), ada 3 orang pelajar asasi yang telah sama-sama dipanggil oleh Dekan kerana tidak menghadiri program Asasi , telah ditaklifkan sebagai ahli jawatankuasa PERSIS. Antara jawatan yang telah dipengang oleh peserta kem As-Syafie ialah Presiden Persis, Exco Protokol dan Diplomasi dan Exco Pembagunan Insan. Jadi, kes kami yang diperkatakan akan dihantar ke Pengarah tidak lagi kedengaran. Alhamdulillah. Pengajarannya, jangan berundur jika kita rasai ia benar!!! Sesungguhnya Allah swt berada bersama orang yang benar.


Kem As-Syafie betul-betul menaikkan semangat hamba untuk lebih yakin berada di IPTS ini. Pada mulanya, hamba tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah hamba di bumi KUIS, tetapi apabila disuntik di kem ini. Semangat hamba terus dipupuk kembali. Namun, rindu terhadap badan dakwah tidak pernah luput dari hati hamba. Banyak pengalaman baru hamba dapat ciptakan di kem ini.

Semasa hamba berehat akibat kaki hamba terseliuh semasa menuruni bukit, hamba berehat di bilik urusetia kem, dan saat itu hamba dapat menyerlahkan kembali satu kerja hamba semasa di rumah dulu. Iaitu mengurut. Rasa lucu pun ada, tetapi gelak ini harus disunyikan. Seorang kakak urusetia ada yang tidak sihat, badannya termasuk angin. Mungkin kerana dia kepenatan dan tidak sempat untuk menjamah makanan, jadi badannya dimasukki angin. Sungguh banyak pengorbanan ukti wa ukhti dalam menjayakan kem ini sehingga badan sendiri tidak sempat untuk di beri tenaga. Hamba bukanlah pandai sangat dalam ilmu perubatan, Tetapi kelebihan yang ada hamba gunakan agar kelebihan ini terjawab juga apabila dipersoalkan nanti. Alhamdulillah, setelah hamba urut kakak tadi, badannya lega sedikit. Walaupun kesannya bukanlah banyak, tapi dapat juga hamba membantu. Kaki hamba masih terseliuh, biarlah mungkin selepas ini baik. Hamba mengambil keputusan untuk terus berehat di pondok . Melihat sahabat-sahabat hamba yang gembira dengan aktiviti riadah, hamba turut gembira. Ya Allah.. hamba rasa satu keindahan dalam berukhwah. Mesra dan hebat sungguh ukhwah mereka dalam kumpulan-kumpulan mereka. Alhamdulillah…. Walaupun hanya melihat, hamba tetap merasai kenikmatan itu.


Setelah tiga hari berada di kem itu, akhirnya hari terakhir tiba. Sedih, rindu , resah untuk menangguhkan program itu amat dirasai. Memang itulah yang dirasia oleh setiap peserta . Banyak pengalaman baru diperolehi. Semangat sudah dapat dipupuk. Alhamdulillah. Banyak sejarah-sejarah baru telah dicatatkan di hati dan diinati diminda. Masa tetap tidak akan dapat diberhentikan . Tetap jua berlalu. Namun, apa yang baik hasil daripada program itu, gunalah sebaik mungkin. Mungkin ia membawa erti dan faedah kepada kita pada masa hadapan . InsyaAllah.

Hari ini, kenangan itu kembali mengimbau di memori. Alhamdulillah, shabat di Broga masih sahabat sehingga hari ini. Alhamdulillah….. syukur. Dan kini, sahabat-sahabat di Broga telah disatukan kembali dengan ikatan “ SAHABAT MPM ”, terima kasih….. Semoga kejayaan dapat dicipta lagi di hari muka. Segala kesukaran telah dibalas baik. Segala kepahitan telah disaluti kemanisan. Alhamdulillah. Syukur…..

Sekian…..

_alamindah84_

Kepada MPM KUIS, kakak-kak Usrah hamba : “ SYUKRAN ”
kepada sahabat ASASI : jalani hidup ini dengan pilihan jalan yang terbaik.

Curahan sahabat…

Persahabatan itu sesungguhnya indah…
Ia ibarat air yang selalu mengalir..
Bak sungai yang tenang daripada ombak tajam….
Namun, ia tetap ditimpa hujan mendatang…
Tapi usah dikhuatiri,
Hujan pasti berhenti…
Mendungkan pergi …
Cerah akan kembali…
Menghadirkan sebarisan pelangi..

Sahabat…
Indah kenangan mengikat ukhwah…
Menyimpul kasih menyemat rindu dihati.…
Mengukuh ikatan penawar rindu…

Sahabat…
Doa itu masih bertalu…
Agar ukhwah kekal bersamaNYA….
Semoga persahabatan kekal bertaut padaNYA…
InsyaALLAH.…


_alamindah84_

Saturday, October 30, 2010

Premium Blogger Templates|Blogspot Themes: Florist Blogger Template

Premium Blogger Templates|Blogspot Themes: Florist Blogger Template: "DemoDownload Template name : Florist Template type : 1 Sidebar, 2 Column, Adapted from Wordpress, Fixed width, Nature, Right Sidebar, To..."

Saturday, September 25, 2010

HUJAN

di waktu kita kehujanan......
kesejukkan......
di timpa air dari langit indah.........

apakah hati berfikir??
mengapa hujan mencurah?

mengapa alam tidak selalu cerah....
bila berfikir seketika...
bisakan kita hidup tanpa hadir nya hujan???
panas berpanjangan....
tidak kan kita inginkan perubahan???

ayuh kita sedar....
betapa pentingnya hujan....

-aplikasi dalam kehidupan anda-

Monday, September 6, 2010

MENGAPA BERPURDAH....



























Ramai yang tertanya-tanya....andai seorang wanita itu berpurdah....Mengapa dia pakai purdah?????itulah persoalan yang sring diutarakan....Disini ingin ku kongsi dengan kalian, satu kisah realiti....satu cerita.... tentang seorang wanita yang berpurdah....mengapa dia ingin sanggup berkongsi dengan kalian,mungkin untuk menjawab persoalan MENGAPA DIA BERPURDAH............

sebuah kehidupan yang tercipta, tiak seeti yang kita jangka, tidak seperti yang kita rancang...mungkin adakalanya pahit....dan ada kalanya manis...sebuah kehidupan itu bermula.... dengan satu langkah...aku disini, untuk menyingkap kembali satu cerita indah dan seram dalam lipatan sejarah hidup ku..... aku mula menjejakkan kali mlangkah ke arus dewasa...dunia remaja..mungkin kerna aku suka melihat, putri-putri cantik , anggun yang memakai tudung labuh... manisnya mereka.... keayuan mereka terserlah...aku terima lamaran umi untuk belajar di sekolah agama.... salah satunya kerna terpikat dek tudung labuh....akhirnya aku dapat memakai tudung labuh...Alhamdulilah...sememangnya sukar untuk istiqmah kan?, ada antara sahabat ku pernah berkata. "PANAS!!", entah lah .. mungkin bagiku ia tidak terlalu panas.. aku gembira...Alhamdulillah....syukur.....
hari meniti hari, bulan dan tahun sudah berubah... kini hari ku jatuh cinta untuk berniqab...tapi, apakah aku layak untuk memakainya... sedangan aku bukanlah seorang manusia yang warak?? , apakah pandangan keluarga ku???, apakah mereka mengizinan aku???..biarlah masa yang menentukan nya....biarlah takdir yang merialisasikan kehidupan ku... tibalah waktu,seorang wanita memberi kenyakinan untukku mencuba memulakan langkah ku untuk berniqab.. Sue, itulah panggilan padanya... dia telah berpurdah. banyak cerita dia kongsi dengan ku... aku amat tertarik....aku ingin!!!!!!!!.....langkah pertama ku, sewaktu sambutan hari raya di sekolah, aku cuba untuk memakai purdah, walaupun tiada kelulusan daripada pihak sekolah membenarkan pelajar untuk berpurdah, namun aku pasti ini adalah langkah ku... aku pasti lakukan... dengan kata-kata perangsang daripada Sue, aku bangkit untuk mencuba. Ramai yang tekejut, tapi apa ku kisah, kata-kata sindiran ku etak di tepi... AKU ADALAH AKU!!!!.... dan, saat ayahda ku datang untukmengambil slip keputusan exam ku... aku tahu dia terkejut, kerana waktu dia menghantar ku pada awalpagi hari itu, muka ku tidak tertutup..tapi sekarang... em, aku tahu... fikiran ayahda melayang memikirkan aku. aku terus menyahut tanggan ayahda.... memeluknya dihadapan sahabat-sahabat ku, ayahda hanya tersenyum.... aku sudah bersedia menghadapi detik seterusnya....Alhamdulillah... ayahda hanya senyum, tanpa mengomen langkahku itu....

Setelah hari itu pergi meninggalkan aku, ada kawanku yang mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan aku kerna aku tidak memakai purdah waktu belajar di sekolah . tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu tentang undang-undang sekolah.itulah tanggapanku padanya. Pesan ustazah, Istikharahlah..... aku perlu mencari jawapan tehadap persoalanku.... "Apakah wajar aku berpurdah???", untuk lebih yakin aku lakukan istikharah, istikharah yang ku lakukan sering mengatakan "aku harus berpurdah" ... Ya Allah........ apakah aku harus???? tiba satu masa, aku terkena satu alergik pada muka ku... entah mengapa?,aku pun keliru..... apayang aku suka makan, itulah yang menyebabkan muka ku menjadi bengkak-bengkak... apa yang terjadi pada ku???apakah kerna dosa - dosa ku????puas aku berfikir , mengapa ia berlaku kepada ku?? usrahti juga bimbang dengan ku.. tetapi , datang ilham mengatakan padaku... "BERPURDAHLAH" ... Ya Allah...... apakah ini yang Engkau mahukan daripadaku???? .......apakah ini cara MU mengaturkannya???? Ya Allah..... suatu hari, aku makan kacang, itulah makanan yang menjadikan muka ku berubah bengkak.... sebelum aku makan, aku menyatakan sesuatu ... "Ya Allah, seandainya aku makan kacang ini...muka ku jadi bengkak... itu menunjukkan Engkau menginginkan ku berpurdah".... dan muka ku menjadi bengkak.... YA ALLAH....... namun, aku masih belum kuat untuk brpurdah .... dengan istiqamah....Ya Allah..... Setelah sekian lama , hati ku gelisah dengan soalan PURDAH, aku teruskan mengumpul kekuatan untuk berpurdah????, sesungguhnya ia bukan senang untuk dilakukan.... perlukakan kekuatan, semangat...... n persedian untuk menghadapi hari muka.... Ya Allah bantulah daku........bantulah daku.....

setibanya detik, dunia dilanda satu virus yang meragut beribu-ribu nyawa..... dan Malaysia, jua tidak telepas daripada wabak ini.... dan saat itu,hatiku terdetik lagi " Ya Allah, sandainya wabak ini melanda sekolah ku, maka Engkau menginginkan aku memakainya...", apakah aku harus bebuat begini???? apakah caraku ini betul????? Ya Allah , ampun kan aku........ ampunkan dosa-dosa ku.... Ya Allah... aku, sekali lagi diburu keresahan hati.... SEKALI LAGI, .... dan, Allah telah menetapkan sekolah ku terkena wabak ini.... Ya Allah......sekali lagi, soalan ku terjawab..... tapi mengapa????mengapa???mengapa dulu aku tidak terfikir sejauh ini??? dan mengapa fikiran ku melayang ..... dengan sejuta persoalan....... Ya Allah.......

Sekarang aku harus membuat keputusan…. Aku tidak akan membiarkan, hari ku resah lagi…. Aku harus bersedia…. Dengan kehidupan mendatang…. Aku harus……. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan….. kekuatan….. untuk meneruskan perjuangan ini….

Aku telah brtanya ustazah, apakah hukum memakai purdah. Dengan jawapan yang lengkap, ustazah menjawab prsoalan ku…. “ Hukum berpurdah, sebahagian besar ulamak mengatakan wajib wanita berpurdah dan hanya sebahagian kecil ulamk mengatkan haru
s bukak atas sebab tidak menimbulkan fitnah.” . fikiran ku melayang mengimbau kisah ku dahulu, aku pernah dikatakan bercinta dengan seorang lelaki, yang tidak pernah aku memberi hatiku padanya…… , Ya Allah…. Aku tidak ingin melakukan fitnah, aku ingin jauh daripada melakukan fitnah… buku yang berjudl “Fitnah Wanita’, yang ku pinjam di maktabah banyak menerangkan fitnah wanita. Menuruk kata-kata buku itu, fitnah yang wanita lakukan amat banyak, ketika mereka jalan, pakaian mereka, dan setiap apa yang mereka lakukan… banyak menimbulkan fitnah apabila si wanita itu, tidak menjaga hati mereka…. Ya Allah… apakan aku tergolng dalam golongan ini???? Ya Allah, ampun kan aku…. Sesunguhnya aku tidak ingin melakukan kejahatan ini….. Ampunkan Aku…….

Aku kini bertekad untuk berpudah, mungkin ini adalah langkah terbaik yang harus aku lakukan …. Aku akan lakukan kerna Mu Ya Allah…. Kerna Mu Ya ALLAH… Kerna aku YAKIN DENGAN MU YA ALLAH….. YA ALLAH….. aku akan harungi dugaan yang mendatang Kerna Mu….. KERNA MU……… Ya Allah….
Seorang sahabat, mengatakan dia akan berpurdah ketika virus ini melanda, itu adalah saranan ayahnya yang juga ustaz yang amat aku kagumi… aku jadi lebih berkenyakinan untuk melakukannya. SEtelah mendapat kebenaran guru disiplin untuk berpurdah.. aku lebih bersemangan.. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah memudahkan jalan ku…. Alhamdulillah…. Tibalah detik kemanisan bagi ku, Alhamdulillah…. Kini aku telah berpurdah…. Aku telah berpurdah… Alhamdulillah…. Ya Allah…. Terima Kasih …. Banyak yang berlaku pada hari pertam aku berpurdah…. Aku laluinya dengan bantuan Allah….. alhamdulillah…..

Di sekolah, aku tidak menghadapi banyak masalah untuk berpurdah… mungkin, kesukaran untuk makan dan sukar untuk brinteraksi…. Tapi lama-kelamaan aku makin biasa… Alhamdulillah….. Allah membantuku…. Alhamdulilah…. Aku diduga dalam keluargaku…. Mungkin, mereka tidak tahu hakikat mengapa aku berpurdah… mungkin, ini adalah salah ku… tidak menerangkan kepada mereka mengapa aku berpurdah…. Itu adalah kelemahan aku, aku telah segala kata-kata kerana aku tahu, itu bukan salah mereka…. Walaupun, air mata sering mengiringi aku…. Namun, aku yakin padaNya…. Dan Aku tahu,mereka pasti akan tahu suatu masa nanti…. Walaupun apa yang berlaku, aku akan teruskan berpurdah… Ya Allah kuatkan lah aku,….

Kini, wabak itu sudak makin reda…… AlHAMDULILLAH…. Dan kini aku berseorangan berpurdah…. Sahabat ku terpaksa meninggalan purdah kerana dia menemui jawapan nya dengan Istikharah… tapi, aku tidak boleh,kerana jawapan istikharahku…. Menenjukkan aku agar meneruskan…. Walaupun ku tahu, dia sedih untuk meninggalkan purdah…. Aku tahu dia menghadapi tomahan sewaktu meninggalkan purdah…. Allah mengujimu sahabat….. Allah menyayangimu sahabat… Kuatlah semangatmu….. kuatlah kerna Allah….. sahabat, ku yakin dengan kekuatan mu… kau mampu….. teruskan lah perjuangan mu….
Ya Allah… kami serahkan kepadamu roh dan jasad kami…..

Suatu hari, aku telah merancang dengan pejuang-pejuang agama di sekolah ku untuk mengadakan program qiamullai di salah sebuah rumah sewa, tetapi rancangan kami tidak kesampaian apabila hujan lebat yang berkemungkinan banjir yang berlaku …. Jadi, denagn perasaan sedih, kami terpaksa membatalkan impian ini… tapi, sebagai naqibah untuk adik-adik perjuangan ku, aku telah menetapkan mereka agar tetap melakukan juga qiamullai walaupun tidak dalam program…. Dan mereka menerima tanpa sebarang alas an… Alhamdulillah…. Ya Allah…. Kami berserah kepadaMu….. Ya Allah….
Malam itu, aku tidur lambat, entah lah mengapa sukar untukku tidur….. Ya Allah…aku ingin menunaikan janjiku… aku haus bangun…untuk berqiamullai…. Semua ahli rumah ku telah melelapkan mata mereka begitu jua sahabat ku…. Aku lihat, dia lena disisiku….. Mungkin, dia tenang dengan mimpi nya… aku membaca doa seterusnya beberapa ayat Al-Quran, yang memang menjadi kunci untuk memudahkan aku melelapkan mata…. Alahmdulillah…. Dan aku telah melayari satu mimpi…….. “…………. Dalam mimpi ku itu, ku melihat ramai ulamak-ulamak yang sedang solat berjemaah di sebuah masjid putih… Ya Allah, sesungguhnya bukan mudah untuk ku bermimpi ulamak-ulamak… aku selalu berharap untuk bermimpi dengan ulamak kerna ku tahu, mereka lebih rapat kepada Mu daripada ku YA ALLAH…. , Tetapi mengapa mereka solat dengan berbaring… Ya Allah, muka mereka kelihatan pucat dengan wajah bersinar-sinar… Ya Allah, wajah mereka amat bercahaya…. Ya Allah… indahnya muka mereka. Tapi, mereka solat berjemaah sambil berbaring .. Ya Allah…. Apakah maksud Mu????? ” Ya Allah, apakah Engkau ingin mengatakan kepada ku bahawa, kini ulamak-ulamak bakal tiada?????? Ya Allah …….

Apakah dunia akan jadi tanpa ulamak?????? Ya Allah…….. sesudah mimpi ulamak-ulamak itu, mimpi ku terus bersambng dengan satu keadaan… in jua adalah mimpi… “ sewaktu ku ingin membeli di sebuah gerai, aku mempunyai duit RM2 dan aku membeli satu barang dengan harga RM1.80…. aku memberi kepada peniaga itu RM 1.70, dan dia mengatakan kepada ku bahawa idak cukup 10 sen , oleh itu aku memberi kepada peniaga itu 20 sen, dan aku minta balik balik ku 10 sen kerna aku tiada duit… dan aku amat memerlukannya…. Tetapi tauke itu mengatakan, dah tiada baki lagi…. Sudah cukup… dan dia juga kata, ikut dialah, kerna dia adalah peniaga… Ya ALLAH… aku amat memerlukan duit itu….. ” apakah maksud mimpi ku yang kedua ini??? Apakah sekali lagi Engkau ingin menunjukkan kepadaku telah berlaku penindasan dalam jual beli?? Ya ALLAH…. Dan mimpi ku terus bersambung dengan satu lagi kisah…. “ mengenai wanita berpurdah…. Ya Allah….. ini adalah kisah golongan yang sama dengan golongan ku…. Ya Allah… aku melihat banyak bom-bom yang meletup dan… golonagn ku yang di tindas… dalam mimpi ku itu, dunia ingin menghapuskan golongan wanita ang berpurdah… Ya ALLAH…. Apakah amat hina golongan orang yang melakukan sesuatu untuk agama Mu … Ya Allah… dan sesiapa yang memakai purdah akan dibunuh!!!!! Aku melihat, ramai yang berpurdah berlari-lari kesana ke sini… menyelamatkan diri , menyelamatkan pakaian mereka,… mempertahankan pegangan mereka… aku juga melihat, ada pejuang yang mempertahankan pegangan mereka yang syahid di bom…, Ya Allah!!!!!! Aku tak sanggup untuk menceritaka pada kalian…. Aku takut…. Ini terjadi…. Aku tidak ingin!!!!!!!!!!!!! Aku melakukan ini kerna Allah… bikan kerana dunia!!!!!! Dan aku juga yakin pada insan yang berpurdah yang lain… Ya Allah…. Aku juga berlari untuk menyelamatkan diri ku,…. Aku beralih dari satu tempat ke satu tempat… amatlah perit…. Menghadapi situasi ini… aku berharap agar ini tidak menjadi rialiti… aku seteruslah masuk ke sebuah kedai yang tiada penghuninya lagi… dan waktu itu, aku memakai jubah dan berniqab…. Dan aku cuba untuk menukur jubah dan tubung berserta niqab ku… aku telah buka tudung dan ingin menukar jubah ku… aku berazam , AKU TIDAK AKAN MENUKAR JUBAH KU, DAN AKU AKAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN PURDAH… itu adalah janji ku… Ya Allah… . waktu itu juda sekelompok wanita yang bertubung tetapi tidak berniqab dating memijakku… bersama mereka ada senjata.. Ya Allah, sakit badan ku di pijak… Ya Allah… mereka mencari wanita yang pakai purdah… Ya Allah… tudungku, aku pin kan dengan purdah… Ya Allah… pasti aku akan mati Ya Allah… bagaimana aku ingin buang purdah yang telah ku pin kan ???? Ya Allah… badan ku masih dipijak dangan perasaan benci oleh perempuan yang memboikot goongan kami itu… HATI ku beretik untuk berkata “YA ALLAH… DENGAN KUASA MU, DENGAN KEAJAIBAN YANG BISA ENGKAU LAKUKAN…. YA ALLAH BATULAH AKU>……. YA ALLAH….”, dengan kuasa Allah… purdahku jatuh sewaktu perempuan itu, mengangkat tudungku… Alhamdulillah… dengan Kuasa Mu Ya ALLAH…. Engkau telah menyelamatkan nyawaku…. Ya Allah…. Perempuan-perempuan memeriksa tudungku…. Dan Alhamdulillah, tiada purdah yang sepatutnya berpin disitu… dan dia menghempaskan tudungku itu…. Dan terus memijak-mijak ku … sambil berkata “SELAMAT KAMU…’ Ya Allah…. Alhamdulillah….. “……. Ya Allah….. setelah itu, aku tersedar dari mimpi ku… an aku terus menangis…. Aku tidak ingin ini terjadi … Ya Allah…. Apakah harus aku harungi waktu ni???? Apakah ia bakal menjadi rialiti???? YA Allah…… AKU TIDAK INGIN…. YA ALLAH… apakah orang islam akan saling bermusuhan?????????? Ya Allah…. Apakah mereka akan menindas orang yang seagama dengan mereka????? Ya Allah… aku ida ingin ni terjdi?..... Ya Allah….


Begitu seksa orang yang ingin berjuang d jalanMU.. diwaktu manusia dalam kejahilan…. Ya Allah…. Ya Allah… apabila ku simpulkan kembali… 3 kisah aripada mimpi ku itu, itu adalah seperti tanda-tanda sebelum qiamat… Ya Allah…. Ampun kan aku…


penyakit alahan ku juga sudah tiada dengan tiba-tiba.... apabila ku serahkan hidup ku hanya untuk Nya... Allah mengaturkan urusan ku.... Alhamulillah....


Sahabat…. Simpanlah kisah ini sebagai peringatan… bukan ku ingin membangga atau pun apa… tapi ingin ku sampaikan peringgan in… dan mengapa aku terus berniqab …. Kerana Allah…. Kerna janji ku untuk mempertahankan….. ISLAM…

.

BANGKITLAH SAHABAT…. JADILAH PEJUANG AGAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...

gerakkanlah langkah mu untuk ISLAM..............

mengapa??????


hidup tidak selalunya indah...
langit tidak selalunya cerah....

2 ayatini banyak melambangkan hakikat hidupkita,
mengapa kita di duga....
dan mengapa hidup kita ada suka dan gembira....

itulah lumrah kehidupan......
yang pasti, bagaimana untuk kita meneruskan kehidupan kta dalam menongkas arus kehidupan....
ada saat kita kesedihan dengan pelbagai cubaan hidup...
yang pasti jangan lah kita terus meratapi nya...
sabarlah...
mungkin, di sebalik dugaan atau ujian itu, ada hujan rahmat yang mennti dihadapan hari....

begitulah juga kehidupan ku,
memang hakikat manuasia... inginkan kebahagiaan berpanjangan...
namun, apabila datang satu ujian, kita akan sedih....
tetapi ku yakin, kita pasti berfikir....
untuk menyelesaikannya....
dengan jalan yang terbaik...
walaupun,
sering kita bertana kepada manusia...
BAGAIMANA???????

namun, ia tida bereti, kita takut kan......
pasti dengan ALLAH SWT....
yakin dengan NYA....
jangan takut untuk hadapi ujian kehidupan...
kerna Allah....
sentiasa bersama orang-orang yang sabar.....

Monday, August 23, 2010


Kenapa Kita Perlu Beristigfar 70 atau 100 Kali Lebih Sehari ?

Imam Bukhari rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab ad-Da’awaat:

Bab. Istighfar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sehari semalam.

Abul Yaman menuturkan kepada kami. Dia berkata: Syu’aib mengabarkan kepada kami dari az-Zuhr’i. Dia berkata: Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku. Dia berkata: Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Shahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadits no 6307)

Imam Muslim rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab adz-Dzikr wa ad-Du’aa’ wa at-Taubah wa al-Istighfar:

Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata: Ghundar menuturkan kepada kami dari Syu’bah dari Amr bin Murrah dari Abu Burdah, dia berkata: Aku mendengar al-Agharr dan dia adalah termasuk sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika dia menyampaikan hadits kepada Ibnu Umar. Ketika itu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.” (Shahih Muslim yang dicetak bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadits no 2702)

Itulah gambaran istigfar Nabi saw. agar di contohi oleh kita kaum Muslimin. Persoalan yang timbul mengapa pesuruh Allah yang maksum ini melakukan sedemikian sedangkan begitu banyak janji kemenangan dan syuga telah Allah kurniakan kepada baginda saw.. Bahkan bukan itu sahaja, jika dilihat dari sudut jihad baginda saw. dalam menegakkan hukum Allah, itu sebenarnya lebih jauh untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan baginda saw..

An-Nawawi rahimahullah berkata setelah menjelaskan kandungan hadits ini, “Adapun kita -apabila dibandingkan dengan Nabi- maka sesungguhnya kita ini jauh lebih membutuhkan istighfar dan taubat -daripada beliau-…” (Syarh Muslim [8/293]).

Benarlah apa yang dikatakan oleh an-Nawawi, semoga Allah merahmati dan mengampuni kita dan beliau. Kurun baginda saw. adalah kurun yang terbaik yang telah membukan ruang kepada perkembangan Islam hingga ke hari ini. Kurun yang di penuhi dengan generasi yang hidup dengan Al-Quran dan segala lapangan. Tetapi mereka juga tidak lekang daripada senantiasa bertaubat kepada Allah swt..

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahmad bin Yunus dari Abu Syihab dari al-A’masy dari ‘Umarah bin ‘Umair dari al-Harits bin Suwaid dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, beliau berkata, “Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti orang yang sedang duduk di bawah kaki bukit dan khawatir kalau-kalau bukit itu akan runtuh menimpanya. Adapun orang yang fajir/pendosa maka dia melihat dosa-dosanya seolah-olah seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya lalu dia usir dengan cara begini.” Abu Syihab berkata, “Maksudnya adalah dengan sekedar menggerakkan tangan di atas hidungnya.” … (lihat Shahih Bukhari, hal. 1288)

Marilah kita hidupkan Sunnah/ajaran yang telah banyak ditinggalkan manusia ini, ayyuhal ikhwah -wahai saudaraku- semoga Allah menggolongkan kita di antara hamba-hamba-Nya yang beruntung.

Sunday, July 18, 2010

Sami Yusuf Asma ALLAH New album 2009

Jika Aku Jatuh Hati

Jika Aku Jatuh Hati

Nik Aziz Menangis Dengar Amy Search Menyanyi

Doraemon

purdah


Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah al-Nur: Ayat 31).

Isu purdah menjadi topik hangat pada waktu ini memandangkan beberapa surat khabar di Malaysia melaporkan bahawa Syeikh al-Azhar sekarang iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi akan mengharamkan pemakaian purdah di institusi-institusi al-Azhar. Selepas berita ini disiarkan di dada-dada akhbar, beberapa orang ahli iLuvislam serta beberapa kenalan saya dari Malaysia telah meminta pandangan dan pengesahan dari saya mengenai isu ini. Ada di antara mereka yang meminta saya menulis satu artikel bagi menjelaskan secara terperinci mengenai isu purdah yang sedang panas diperkatakan ini. Memandangkan saya mempunyai sedikit masalah teknikal pada ketika itu, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukan dengan panjang lebar. Di samping itu juga, berita sebenar dari beberapa dada-dada akhbar di Mesir belum saya terokai sepenuhnya memandangkan hanya akhbar al-Masr al-Yaum (terjemahan dari akhbar inilah yang dimasukkan di dada-dada akhbar di Malaysia) sahaja yang memaparkan berita itu.

Bagi memberikan sedikit sumbangan saya kepada kefahaman umat Islam di Malaysia berkenaan isu purdah ini, di sini saya cuba menjelaskan isu ini secara ringkas agar semua pihak dapat mengambil manfaat. Saya berharap agar masalah khilafiyah ini dapat di tangani dengan baik tanpa menjejaskan kesatuan dan keharmonian umat Islam pada waktu ini. InsyaAllah. Semoga penerangan dan penjelasan ini juga akan membuka minda dan memberi peringatan kepada semua pihak terhadap kepentingan institusi ulama di dalam Islam.

PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.

Friday, July 16, 2010

Kehidupan...


Kehidupan kita sememangnya unik....
Apabila roda kehidupan kita berputar bak roda... kita akan mengikutnya...
Yang pasti... ada masa kita kecewa dan sedih....
Apakah kita menyesalinya?
adakala nya Ya.. dAN Adakalanya Tidak..
bertenanglah...
Sabar lah... Setiap apa yang Allah tentutakan kepada kita pasti ada hikmanya...
Kerna Allah tidak mencipta sesuatu yang sia-sia... ingatlah Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM