Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Tuesday, November 16, 2010



2 adik kecil


Antara yang unik...... kenapa ye????


(tunggu)

Sunday, November 7, 2010



Kehidupan Alam Yang Indah
“KEM AS-SYAFIE”

Sunyi sungguh malam ini, kerana malam ini hamba bersendiri dalam bilik ini. Nasiblah belajar jauh sikit daripada sahabat-sahabat hamba yang berada di sini. Mungkin bila hamba di sini, hamba lebih mengenal erti hidup berdikari. Walaupun sebenarnya hamba tidaklah merantau sejauh sahabat-sahabat yang di Mesir, atau Jordan. Tapi, hamba tetap merasakan erti jauh daripada keluarga. Kadang- kadang hampir 2 bulan hamba tidak balik ke kampung, nak buat macamana….

Sem lalu, benar-benar menduga hamba, hamba hanyut dek kemajuan dan kecanggihan teknologi. Dengan adanya facebook, hidup hamba makin lalai. Bak kata sahabat hamba “ biasalah masa mula-mula kenal, jadi syok… ”, hamba akui kata-kata sahabat hamba itu, kerana hamba betul-betul suka dengan facebook, mungkin hobi hamba yang suka berkenalan, selain tujuan hamba untuk mencari sahabat-sahabat yang jarang hamba temui. Kini, bila hamba hidup di facebook, hamba jumpa yang hamba inginkan. Sahabat baru dan lama hamba dapat sapa lagi.

Kehidupan setiap manusia di dunia ini banyak coraknya, ada yang indah dan ada juga yang tidak. Itu adalah fitrah kehidupan. Masa mula-mula hamba di sini, hamba betul-betul rasa sunyi, rasa kosong., hidup tidak bermakna dan macam-macam lagi. Kenapa??? Sebab hamba tidak biasa hidup tanpa berjemaah. Mungkin, kerana hamba dah terdidik di sekolah dulu. Jadi bila, tidak menyertai mana-mana persatuan atau jemaah, rasa kosong dan tidak bermakna. Saat itulah , hamba mohon sangat padaNya , agar hamba dapat rasai program atau mana kelompok untuk hidup berkumpulan. Allah Maha Pemurah, akhirnya hamba dapat menyertai kumpulan Usrah dengan kakak senior , Alhamdulillah… syukur. Pada mulanya, hanya satu mesej yang hamba terima yang mengatakan hamba terpilih sebagai ahli usrah, tetapi satu lagi mesej sampai selepas beberapa hari. Alhamdulillah…. Gembira hati ini, terubat rasa rindu kepada Badan Dakwah (BAKRIS), yang selama ini menjadi jemaah hamba di sekolah dulu. Ketika, perjumpaan ahli usrah itu, hamba pergi untuk sama-sama berusrah, tetapi ada sedikit kesilapan apabila kakak usrah tidak dapat mengenali hamba sebagai adik usrahnya dan telah menghantar hamba kepada kumpulan usrah yang lain. Hamba terima saja, nak kata kecewa pun tidak. Sebab hamba dapat juga berusrah. Malam itu, bermulalah taaruf hamba dengan sahabat-sahabat dari diploma yang lain. Sungguh gembira. Alhamdulillah. Selepas hari itu, kakak usrah yang sekali lagi menghantar mesej mengatakan tentang perjumpaan usrah yang akan datang, masa itulah hamba bagitahu, yang hamba telah pergi jumpanya untuk berusrah, tetapi hamba dihantar ke groups usrah yang lain, kakak usrah hamba itu memohon maaf kerana kesilapannya. Sebenarnya, hamba tidak langsung terdetik rasa sedih atau kecewa daripada peristiwa itu, tapi hamba lagi gembira kerana secara tidak langsung hamba ada 3 groups usrah dalam satu masa. Alhamdulillah…..

Setelah beberapa kali usrah dijalankan, kakak-kakak usrah hamba mengatakan ada kem untuk ahli usrah dan mahasiswa sem 1 dan 2. Dengan perasaan minat, hamba dengan beraninya mengatakan hamba nak menyertai. Kebutulan pula, masa minggu program untuk kem, ada pula program Asasi . Memang sekali lagi, hamba perlu berfikir untuk memilih untuk ke program mana. Tapi, hamba yakin dengan pilihan hamba, hamba memilih untuk ke program yang diajak oleh kakak-kakak usrah hamba. Iaitu Kem As- Syafie, di Broga , Semenyih dalam negeri Selangor. Program Asasi hamba hazafkan daripada pilihan hati, walaupun pada hakikatnya hamba takut senior Asasi kecewa, tapi kerana hamba rasa kem itu lebih sesuai untuk hamba. Jadi hamba teruskan. Banyak sungguh dugaan untuk menyertai kem itu, tetapi bagi hamba dan beberapa sahabat daripada asasi juga dengan beraninya tempuh sahaja . Kami seterusnya dipanggil oleh Dekan Asasi kerana ketidak hadiran kami ke Program Asasi, dan kami diberi peringatan tetang perjanjian kami sebagai student Asasi dengan Syarat Penerimaan Biasiswa Tabung Rektor. Dekan kata, dia akan hantar kes kami kepada Pengarah , kami hanya berserah sahaja. Setelah banyak usaha yang telah dilakukan oleh MPM untuk menyelamatkan kami pelajar asasi daripada masalah ini. Tetapi , keputusan Dekan telah dibuat. Kami terima sahaja.

Allah Maha Pengatur, semasa pelantikan ahli jatawatan kuasa PERSIS (Persatuan Asasi), ada 3 orang pelajar asasi yang telah sama-sama dipanggil oleh Dekan kerana tidak menghadiri program Asasi , telah ditaklifkan sebagai ahli jawatankuasa PERSIS. Antara jawatan yang telah dipengang oleh peserta kem As-Syafie ialah Presiden Persis, Exco Protokol dan Diplomasi dan Exco Pembagunan Insan. Jadi, kes kami yang diperkatakan akan dihantar ke Pengarah tidak lagi kedengaran. Alhamdulillah. Pengajarannya, jangan berundur jika kita rasai ia benar!!! Sesungguhnya Allah swt berada bersama orang yang benar.


Kem As-Syafie betul-betul menaikkan semangat hamba untuk lebih yakin berada di IPTS ini. Pada mulanya, hamba tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah hamba di bumi KUIS, tetapi apabila disuntik di kem ini. Semangat hamba terus dipupuk kembali. Namun, rindu terhadap badan dakwah tidak pernah luput dari hati hamba. Banyak pengalaman baru hamba dapat ciptakan di kem ini.

Semasa hamba berehat akibat kaki hamba terseliuh semasa menuruni bukit, hamba berehat di bilik urusetia kem, dan saat itu hamba dapat menyerlahkan kembali satu kerja hamba semasa di rumah dulu. Iaitu mengurut. Rasa lucu pun ada, tetapi gelak ini harus disunyikan. Seorang kakak urusetia ada yang tidak sihat, badannya termasuk angin. Mungkin kerana dia kepenatan dan tidak sempat untuk menjamah makanan, jadi badannya dimasukki angin. Sungguh banyak pengorbanan ukti wa ukhti dalam menjayakan kem ini sehingga badan sendiri tidak sempat untuk di beri tenaga. Hamba bukanlah pandai sangat dalam ilmu perubatan, Tetapi kelebihan yang ada hamba gunakan agar kelebihan ini terjawab juga apabila dipersoalkan nanti. Alhamdulillah, setelah hamba urut kakak tadi, badannya lega sedikit. Walaupun kesannya bukanlah banyak, tapi dapat juga hamba membantu. Kaki hamba masih terseliuh, biarlah mungkin selepas ini baik. Hamba mengambil keputusan untuk terus berehat di pondok . Melihat sahabat-sahabat hamba yang gembira dengan aktiviti riadah, hamba turut gembira. Ya Allah.. hamba rasa satu keindahan dalam berukhwah. Mesra dan hebat sungguh ukhwah mereka dalam kumpulan-kumpulan mereka. Alhamdulillah…. Walaupun hanya melihat, hamba tetap merasai kenikmatan itu.


Setelah tiga hari berada di kem itu, akhirnya hari terakhir tiba. Sedih, rindu , resah untuk menangguhkan program itu amat dirasai. Memang itulah yang dirasia oleh setiap peserta . Banyak pengalaman baru diperolehi. Semangat sudah dapat dipupuk. Alhamdulillah. Banyak sejarah-sejarah baru telah dicatatkan di hati dan diinati diminda. Masa tetap tidak akan dapat diberhentikan . Tetap jua berlalu. Namun, apa yang baik hasil daripada program itu, gunalah sebaik mungkin. Mungkin ia membawa erti dan faedah kepada kita pada masa hadapan . InsyaAllah.

Hari ini, kenangan itu kembali mengimbau di memori. Alhamdulillah, shabat di Broga masih sahabat sehingga hari ini. Alhamdulillah….. syukur. Dan kini, sahabat-sahabat di Broga telah disatukan kembali dengan ikatan “ SAHABAT MPM ”, terima kasih….. Semoga kejayaan dapat dicipta lagi di hari muka. Segala kesukaran telah dibalas baik. Segala kepahitan telah disaluti kemanisan. Alhamdulillah. Syukur…..

Sekian…..

_alamindah84_

Kepada MPM KUIS, kakak-kak Usrah hamba : “ SYUKRAN ”
kepada sahabat ASASI : jalani hidup ini dengan pilihan jalan yang terbaik.

Curahan sahabat…

Persahabatan itu sesungguhnya indah…
Ia ibarat air yang selalu mengalir..
Bak sungai yang tenang daripada ombak tajam….
Namun, ia tetap ditimpa hujan mendatang…
Tapi usah dikhuatiri,
Hujan pasti berhenti…
Mendungkan pergi …
Cerah akan kembali…
Menghadirkan sebarisan pelangi..

Sahabat…
Indah kenangan mengikat ukhwah…
Menyimpul kasih menyemat rindu dihati.…
Mengukuh ikatan penawar rindu…

Sahabat…
Doa itu masih bertalu…
Agar ukhwah kekal bersamaNYA….
Semoga persahabatan kekal bertaut padaNYA…
InsyaALLAH.…


_alamindah84_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM