Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Monday, July 18, 2011

UMI ABAH




assalamualaikum.................

umi, abah.....................

rindunya kat umi abah... tak sampai sebulan lagi tak balik rumah tapi macam dh 10 tahun tak balik... Ya Allah... jagalah umi abah hamba seperti mana mereka menjaga hamba sewaktu kecil...
Ya Allah....

sukar lagi melafaz rindu ini kepada dua insan penyeri kehidupan ini... walaupun hampir setiap hari call umi atau abah.. tapi rasa macam 10 hari tak call... Ya Allah... syukur kerana Engakau memberi hamba umi dan abah sehingga masih dapat ku merasakan kasih dan sayang umi dan abah... alhamdulillah.....

Mengapalah terjadinya anak derhaka ye?.... apakah mereka lupa tentang jasa kedua ibu bapa mereka?.. adakah mereka tidak menyayangi kedua ibu bapa mereka.... Ya Allah... berilah hidayah kepada anak2 yang tidak sedar jasa kedua ibu bapanya.. YA ALLAH... janganlah Engakau biarkan hati ini miskin dengan rasa syukur pada MU.... Ya Allah... hadirnya hamba kerana kedunia demi Mu... Ya Allah...

Ya Allah... sungguh bahagia apabila kita merindui insan yang halal untuk dirindui.... bahagia diselitkan cinta... YA Allah,.... "REDHA ALLAH PADA REDHA KEDUA IBU BAPA"... Ya Allah.... gapaikanlah hamba... Ya Allah... jadikanlah hamba anak yang solehah..... ameen...

duhai sahabat.............. sayangilah insan yang telah banyak berkorban kerana mu.. kerana mereka tiada dua di dunia.... janganlah bila tiada baru menghargainya... jangan jadi seperti pepatah melayu yang mengatakan"nasi sudah menjadi bubur"

pastikan lah ibu bapa kita sentiasa dihati bersama CINTA ILAHI.... insyaAllah...

UMI ABAH... DOA KAN KAK NA... BERJAYA DI DUNIA SERTA DI AKHIRAT...

_maaf_

KUATKAN DIRI



Salam ingatan kepada sidang pembaca sekalian. Hari ini bukanlah suatu hari yang sukar. Namun, hari ini ialah hari dimana hamba diduga. Alahmdulillah… hamba masih diduga….

Penghijrahan hamba ke salah sebuah IPTA, bukan suatu perkara yang mudah bagi hamba untuk menerima beberapa perkara baru dengan keadaan perlu menerima hakikat dengan suatu tradisi yang baru. Ya Allah… semua ini kerana Mu… Ye hamba akui berat untuk mulakan penghijrahan ini, namun keran “REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDAH KEDUA IBU BAPA”, hamba akur dan bersetuju untuk meneruskan penghijrahan ini. Walaupun, hamba tahu sahabat-sahabat , pensyarah, guru-guru tidak bersetuju… namun, kerana dalil itu hamba teruskannya juga. Hamba yakin dengan janji –janji Allah.. pasti dan pasti. InsyaAllah.

Setiap hamba dianugrahkan dengan ujian, jadi hamba terimanya. Kerana Allah telah menyatakan bahawa, Allah hanya akan menguji hamba-hambaNya yang mampu sahaja. InsyaAllah.. hamba boleh. Sebelum hamba berangkat , air mata berguguran merintih. Hati ini berkata-kata tanpa henti. Menangis … apakah hamba ini terlalu hina?, hingga ke sini? .. saat itulah hamba teringat bahawa seandainya Allah menyayangi hambanya, Allah akan jadi hambaNya fahan mengenai agamaNya. Adakah hamba bukan golongan itu?. Ya Allah…. Hampirkan hamba dengan Mu Ya Allah. Tidak senmestinya mengambil program bukan agama, kami tidak taat padaMu Ya Allah.. Kami juga menyayangiMu…. Ya Allah… ampunkanlah kami… teguhkanlah keimanan kami…

Teringat pula kata-kata umi, “ Kak, ilmu Allah ini luas, bukan hanya ilmu agama, ilmu Allah meliputi semua , Kak kena bantu orang-orang yang dalam keadaan tidak faham agama”. Ya Allah, begitu tinggi pengharapan umi terhadap hamba Ya Allah… Kuatkan keimanan hamba menempuhi dugaan ini. Ya Allah.. sesungguhnya perjuangan ini hanyalah kerana Mu…. Ya Allah semua ini kerana Mu.. kerana keredhaanMu…. Kuatkanlah keimanan ini…. Ya Allah…

Tidak sampai 2 hari lagi , hamba akan berangkat. Namun, hamba tidak siapkan persiapan untuk ke sana lagi. Emm.. tidak apalah…. Dulu, masa nak belajar kat KUIS, tak banyak jugak persiapannya. Persiapan peralatan bukanlah suatu yang terlalu penting, tapi yang benar-benar penting ialah diri hamba sendiri. Kekuatan yang perlu dikumpulkan untuk menemouhi hari-hari yang baru dalam sejarah hidup hamba sendiri. Itulah persediaan yang lagi perlu. insyaAllah.

Air mata tidak berhenti menyirami pipi, malam itu. Begitu sedih hati ini. Apakah dengan keputusan hamba ini akan menyebabkan hamba dijauhi?. Sahabat-sahabat yang dulu bersama hamba?, adakah mereka akan pergi meninggalkan hamba. Membiarkan hamba berperang seorang?, Ya Allah… hamba akur andai itu berlaku, tak semua yang hamba harapkan akan berlaku… itulah yang perlu hamba ingat dan percaya. Hamba perlu terima kenyataan , andai selepas ini sahabat yang dulu bersama hamba pergi meninggalkan hamba . hamba akur, kerana hamba tahu…. Hakikat diri hamba. Hamba bukanlah sehebat mereka, yang hatinya sentiasa bersamaMu Ya Allah… hamba tahu, rendahnya hamba berbanding mereka… Ya Allah…. Apalah hamba berbanding mereka yang sentiasa hampir dengan Mu Ya Allah.. jauh sekali hebat mereka. Ya Allah… hinanya diri ini….

Ya Allah… hamba akur, kerana hamba tahu, hakikat dan apa yan hamba kejar…. Satu-satunya… KEREDHAAN MU… YA ALLAH… itu… hamba kuat menempuhnya kerana Mu Ya Allah… namun, hamba tetap yakin, bahawa ukhwah yang hamba bina atas namaMu itu, akan tetap kukuh bersama redha Mu… Mungkin, hamba lupa mengenai kami pernah berirkar untuk dakwah di jalanMu… Ya Allah, kami pernah berdoa agar hati-hati kami akan terus disatukan dibawah cintaMu… Ya Allah…. Hamba yakin denganMu … Ya Allah…

Ya Allah… , Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana Mengasii MU, bertemu untuk mematuhi perintahMU , bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan hati-hati ii. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan MU yang benar. Penuhkanlah hati dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikalah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu .Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah jujungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya.

Amin, Ya Rabbal ‘Aalamiin……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM