Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Sunday, May 20, 2012

The Niqab: A Sign of Devotion or Oppression?




daripada Malaysia... ia... :)

Friday, May 18, 2012

Rindu



 Ya Allah..

Bagaimanakah harus ku melahirkan rasa rindu dan cinta padaMU?
Sungguh sepi roh dan jasad ini tanpa semnagt cinta dan rindu padaMu..
Ya Allah, kasihku tidak setinggi kasih Rasulullah yang memancar mencintai Mu..
Ya Allah…

Ku lafazkan cinta dan rindu ini…
Kerana ku amat memerlukan CINTA DAN RINDU MU ..
Ya Allah..

Benar-benar ku rasa kosong…
Benar-benar ku rasa haus…
Tanpa CINTA Mu..
 
Ya Allah….
Hidupkanlah ku bersama ULAMA
Matikan ku bersama SHUHADA’
 Ya Allah..
Ku ingin bersama orang yang jua menyintaiMu..
Mengahayati dan mendalami rasa Cinta kepada MU…
Ya Allah..
Ku jua ingin merasaiNya..
 Ya Allah


Tiada zon dalam menutup aurat…




Sering kita lihat papan tanda yang mengatakan “Zon Menutup Aurat”. Alhmdulilllah, itu sebenarnya peringatan kepada kita agar sentiasa menutup aurat.

ü  mengapa kita perlu tutup aurat?

Berdasarkan  firman Allah,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya”
 [Al Ahzab:59].

 Firman Allah,
 “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka”
 [An Nur:31]. 

 Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan,
 “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”. 



                Maka, hamba simpulkan disini, hukum menutup aurat itu wajib bagi Lelaki mahupun Perempuan asalkan mereka beragama Islam. Perintah wajib itu, bukanlah rekaan manusia, namun ia adlah perintah daripada Allah s.w.t.  hakikatnya TIADA ZON DALAM MENUTUP AURAT.

 Zon Menutup Aurat bukanlah bereti , apabila dikawasan itu barulah hendak menutup auratnya.. namun supaya kita kemaskini pakaian kita agar ia nampak lebih cantik apabila aurat ditutup sempurna!!!

tingkatkan prestasi, elakkan Fitrah!!!

*** Wahai adikku… ***




Semalam mungkin sukar buatmu,
Maka jadilah hari ini adalah kejayaan bagiMu..

Adikku, 
Mungkin dikau bersedih , kerana manusia yang dikau rasa kecewa dengannya,
Tapi ingatlah adikku , bahawa Allah tidak pernah membencimu..

Adikku,  
Ku tahu dikau sedih dengan apa yang dikau lalui..
Maka INGATLAH adikku, Allah amat menyayangimu..

Adikku, 
Mungkin pernah dikau merasa bahawa apa dikau belajar itu kekadang sia-sia,
Maka INGATLAH , itulah tangga kejayaan yang perlu dikau capainya..

Adikku,  
Usahlah dikau melihat hari semalam jika ia menyakitkan mu,
Tapi lihatlah hari semalam kerana itulah sejarahmu…
Maka, bangkitlah adikku…

Adikku, 
Ingatlah..
Kejayaan ISLAM itu terlihat jua jika dikau BERJAYA…
Jatuh diri mu tak bereti dikau kalah…
Walau hatimu luluh , tak bereti semangatmu jua kene luntur..

Adikku.. 
Bangkitlah!!!
Bangkitlah semangatmu!!!
Bangkitlah usaha dan tekat mu!!!
Majulah!!
Kerana Allah!!!

Adikku… 
Sayangnya kami kepada mu.. tidak pernah melebihi SAYANG ALLAH pada mu…
Kembalilah padaNYA.. ALLAH..
Adikku…

  _alamindah/abyatifadwah_

Thursday, May 17, 2012

Jiwa Jihad: Doa selepas solat

Jiwa Jihad: 

Doa selepas solat:


Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillahirobil a’lamin,wasola ti wasala mu’ala asrafil anbia

iwalmursalin wa ala alihi wasobihi ajmain. Alla...

Tuesday, May 15, 2012

Allah segalanya...


Salamun Alaykum... 





sayu sungguh rasanya..

Ya Allah.. 
sesungguhnya.. hamba Mu ingin kan belaian CintaMu..

Ya Allah...
 tiada yang indah melainkan saat khusyuk dalam ibadah kepadaMu...

Ya Allah.. 
namun, sukarnya untuk merasakan nikmat itu..

Ya Allah... 
pajaklah cinta ini utuh dalam redhaMu..

Ya Allah... 
saat hambaMu ini goyah.. Engkaulah disisi..

Ya Allah...
 rindu kasih ini.. ingin hamba curah pada mu..

Ya Allah...
 satukanlah hati hamba2Mu yang mengharapkan kasih dan cintaMu Ya Allah..

Ya Allah...
 ampunkanlah hamba....

Ya Allah... 
 hanya kepadaMu ....



_alamindah_

Tuesday, May 8, 2012

Apakah hukum pegang-pegang tangan bagi pasangan couple?





Hamba sering melihat, ramai pasangan-pasangan kekasih yang hanya menyulam kasih mereka. Tanpa meneruskan langkah kearah yang lebih baik dan selamat. Maksudnya disini, ramai pasangan yang berkasih sayang  yang belum diijab qabulkan lupa bahawa mereka sebenarnya tiada ikatan rasmi yakni “BELUM NIKAH” . Tetapi, sudah bagai “pinang dibelah 2” bagai suami isteri. Apakah mereka lupa bahawa bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan dengan sengaja itu hukumnya Haram bagi mazhab iman Syafie’ .

 Imam Nawawi menyatakan dalam kitab روضة الطالبين  bahawa melihat perempuan adalah perkara yang dilarang, maka larangan menyentuh perempuan adalah lebih utama kerana ianya lebih memberahikan. Imam Ramli menyatakan dalam kitab نهاية المحتاج bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh wajah seseorang perempuan asing (الأجنبية), walaupun melihatnya adalah dibolehkan seperti dalam keadaan pengajian, bertunang dan persaksian. Manakala Imam As-Syarbini menyatakan dalam kitab مغني المحتاج, diharamkan menyentuh seseorang perempuan kerana ianya lebih  menaikkan nafsu dan syahwat serta lebih memberahikan berbanding hanya melihatnya.

Maka jelaslah disini bahawa, pegang-pegang tangan antara lelaki dan perempuan yang belum bernikah hukumnya adalah haram.
Hadith :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْتَحِنُ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ بِهَذِهِ الْآيَةِ بِقَوْلِ اللَّهِ (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ ) قَالَ عُرْوَةُ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ تَابَعَهُ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاشِدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ وَعَمْرَةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'dari Telah menceritakan kepada kami Anak saudaraku Ibnu Syihab dari pamannya Telah mengabarkan kepadaku Urwah bahwanya Aisyah radliallahu 'anha Telah mengabarkan kepadanya, bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguji kaum wanita yang berhijrah kepadanya dengan ayat ini: "Wahai sang Nabi, apabila wanita-wanita mukminat datang kepadaku hendak berbai'at -hingga firman-Nya- (Allah) Maha Pengampun dan juga Penyayang." (QS. Almumtahanah 2). Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. Beliau tidak pernah membaiat mereka kecuali dengan ungkapan: "Sungguh, aku telah membai'atmu atas perkataan itu." Hadits ini dikuatkan oleh Yunus, Ma'mar dan Abdurrahman bin Ishaq dari Az Zuhri. Dan Ishaq bin Rasyid berkata; dari Az Zuhri dari Urwah dan 'Amrah. – Hadith ke-4512 riwayat Imam Bukhari. 

         Wahai sahabat, elaklah perbuatan yang mungkar..... insyaAllah, apa yang kamu hajati akan diredhai....

_alamindah_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM