Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Friday, June 29, 2012

Simposium Sekretariat JPP: Kursus Kelestarian JPP Malaysia Di Lenggong

Simposium Sekretariat JPP: Kursus Kelestarian JPP Malaysia Di Lenggong: PENGALAMAN YANG DIRASAI OLEH MEREKA      ...

Thursday, June 28, 2012

Tempat tinggal roh






    Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin

· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus

· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina

· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka. 

· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 

· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 

· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid. 

· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. 

· Orang yang puasa hari Arafah.





Kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w. menurut pandangan Nabi Adam a.s



.
                        Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w .diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian. 

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka. 

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM