Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Monday, December 10, 2012

“ Jazakallahu khaira ” ?


“ Jazakallahu khaira ” ?




Sering kita dengar ata orang ucapkan “Jazakallahu khaira” , namun apakah yang dimaksukan dengan nya?.   insyaAllah, alhmdulillah apa yang hamba prolehi, hamba cuba kongsikan walaupun ilmu ini tidaklah seberapa. insyaAllah demi menyempurnakan pesanan Rasulullah s.a.w :


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


insyaAllah , mudah-mudaha ia menjadi amalan kepada kita. insyaAllah.





Apakah yang dimaksudkan dengan   “ Jazakallahu khaira ” ?


        “ Jazakallahu khaira ” bererti “ aku memohon semoga Allah mengurniakan kebaikkan yang banyak kepadamu sebagai balasan atas kebaikkan yang engkau lakukan ” mengikut dalam kitab Faid al-Qadir .  amin – amin Ya Rabbal Alamin.



Adakah ia perkataan atau ungkapan sunnah ?


        insyaAllah , hamba perlihatkan tentang dalil daripda hadis-hadis sekadar hujah dan bukti agar tiada sangsi bagi mereka yang bertanya dan dalam beramal. InsyaAllah .



Usamah bin Zaid r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang dilakukan kebaikkan kepadanya, maka hendaklah dia berkata kepda orang yang melakukan kebaikkan kepadanya itu : ‘Jazakallahu khaira’. Dengan demikian, dia membalas kebaikkan tersebut dngan sebaik-baik balasan”.
Riwayat al-Tarmizi dan Nasa’i


insyaAllah. Apa yang baik kita sama-sama amalkan dan yang mungkar sama-sama elakkan. insyaAllah. Benar, bukan mudah untuk menjadi seorang yang baik dari segi agama dan syariat. Namun, berusalah dengan niat dan istiqamah dalam melakukan. Perbanykkan berdoa  kerana doa adalah senjata yang terbaik. insyaAllah.


Sahabat dan pembaca, seandaikan warkah ini ada kekurangan, perbaikki dan tegurlah. insyaAllah. Kerana Allah ,kita lakukan yang terbaik. insyaAllah.
Asif jiddan. J


Sunday, December 9, 2012

Tuhan KU....


Tuhanku

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


*hanya padaMU ku serahkan segalanya..... 

Ku Cari Cahaya Yang Hilang

Bukan senang untuk menyusun kata-kata lagi,
Meskipun ranjau yang terbina disebabkan diri sendiri,
Tak ku rela ia pergi lagi,
Ku sanggup dunia hanya dihujung jari,
Agar ia terus wujud lagi...
Cahaya yang pergi,
Perlu ku daki dan ku peluk lagi,
InsyaAllah....
Cahaya Cinta PadaMU YA RABBI..... 




insyaAllah para pengecar CINTA MU ...
amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM