Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Wednesday, February 27, 2013

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin
Baru, Selamanya
&
Hingga Ke Syurga



NUR ATIQAH BINTI AB AZIZ  & SUAMI

Tahniah Sahabat :)








"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)


Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah…..





Bersyukurlah




Alhamdulillah.

Walau apa pun terjadi.
Bersyukurlah di atas pemberian Nya kepada kita..
InsyaAllah..

Berusaha untuk mendapat redha manusia bagi memudahkan kita mendapat redhaNya
insyaAllah

Salam ketabahan menempuh ujian.
Salam kesyukuran tanpa penghargaan..
Salam kemaafan tanda kedhaifan diri

Kita adalah rantai penghubung kepada yang lain

_*_ p/s : Wahai diri kita , kita bersyukur selalu ya... ingat kita KHALIFAH , kita mampu membimbing segenap apa di dunia... KITA MAMPU... insyaAllah..

*kata seorang khalifah : "jangan biarkan NAFSU membimbing iman, tapi PASTIkan.. IMAN membimbing NAFSU...."

PASti...... & PASti.... 

Sunday, February 17, 2013

Kau Seorang Teman




DIKAU lah SAHABAT.....

TERIMA KASIH.....

SAHABAT... 

Saturday, February 16, 2013

Wahai Sahabat Yang Pemurah




 Wahai Sahabat Yang Pemurah  yang menggelarkan diri sebagai "Hamba"

Deruan kisah dan memori bertalu di benak fikiran ku.  Teringatku kisah seorang pejuang yang bersamaku. Jernih sahaja mukanya.  Alhamdulillah… Allah mentaqdirkan ku mengenalinya. Sahabat.


Sungguh memori tu ku simpan di lipatan mimpi indah yang ku lalui. Syukur padaMu.. ku mengenali dia.

Bermulanya sejarah 2006, dalam sebuah kelas. Tiap-tiap pagi ku lihat dia dimejanya. Bersamanya tidak lari bersama Al-Quran. Sungguh… ku juga ingin begitu. Wahai Sahabat Yang Pemurah. Saat dia buat halaqoh bersama sahabat-sahabatnya, ku mendengar bicaranya. Dia bercerita tentang Dajjal, asal usul dajjal. Alhmdulillah….  Dia juga ada bercerita tentang dakwah
Ku berusaha untuk mengikut jejak langkahnya, apabila sampai waktu rehat , ku lihat dia ke Masjid sekolah… Entah apalah yang dia buat sedangkan orang lain sibuk menjamu selera  mengenyangkan perut, dia pula ke masjid. Ku selidik apa yang dia lakukan. Rupanya, dia dan sahabatnya yang lain sibuk solat sunat. Hebatnya mereka.


Sahabat yang pemurah. Sungguh ku bersyukur kerana ku bisa menganalimu. Sahabat…. Walau waktu itu dah berlalu…. Dan kini sudah 2013 dan dikau bakal menerajui pelajaranmu di tanah kering itu dalam perjuangan bersama teman mu Al-Quran. Subhanallah… Allah memilih mu… Sahabat.


Detik itu kian berlalu, namun memori itu tetap ku simpan rapi. Kerana perjuanganmu. Kerana ku tahu Allah menyayangimu sahabat. 


Dulu, saat kita bersama berjuang di medan itu, namun ku jatuh . Namun, dikau tetap disisiku. memberi sokongan dan kekuatan untukku kuat menghadapi dugaan itu. terima kasih sahabat yang pemurah. 


Sahabat ku yang pemurah.... ukhwah kita tetap bersama... Walau jarak memisahkan kita... Namun dikaulah sahabat yang ada bersam ku saat sedih , gembira, jatuh dan bangun.. Nasihatmu sentiasa dihati dan menjadi bekalku.. Terima kasih... Walau kita tidak sempurna dikotori dosa sendiri.. Namun ketahuilah.. Kita hamba Ilahi... dan DIA lah hanya berhak mengukur hati kita sahabat....  Ya Allah... kami pohon ampun di atas segala dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Ampunkanlah kami.... Ya Allah.. satukanlah hati-hati kami  dalam redhaMu.. Ya Allah.... 


Sahabat.. ku tahu dikau sahabat yang Allah telah tetapkan untuk bersama dalam perjuangan kita... Sahabat... ku bersyukur padaNya kerana mentaqdirkan pertemuan ini.... Allhamdulillah... Sahabat.... Biarlah apa pun terjadi.. dikau sahabat ku... Ya Allah... hanya padaMu kuserahkan segalanya..... Ya Allah... terima kasih kerana hadiahkan ku seorang sahabat yang pemurah... 




Sahabat..... Maafkan ku Terima kasih... _adik_


terima kasih kerana kenalkan ku dengan ulamak ini.. Habib Ali al- Jufri

Aku ingin mencintai-Mu Ya Allah



Ya Allah..
Aku ingin Mencintai Mu setulusnya... 
Aku ingin Merindui Mu selama-lamaNya......

YA ALLAH....

KU MOHON KASIH , CINTA MU
YA RAHMAN
YA RAHIM
YA RABBI
YA ALLAH


Sunday, February 3, 2013

Mempertahan Habib ‘Ali al-Jufri حفظه الله


Mempertahan Habib ‘Ali al-Jufri حفظه الله


Dicatat oleh al-’Abd al-Da’if: pada 22.5.10


Pengaruh Habib ‘Ali al-Jufri, tokoh pendakwah internasional, memang ditakuti oleh mereka yang tidak sependapat dengannya. Kebangkitan golongan Haba’ib (habib-habib) di masa mutakhir ini yang turut berdiri di belakang Habib ‘Ali juga mengkhuatirkan mereka. Mereka tidak mahu fahaman aliran perdana yang dibawa oleh Habib ‘Ali dan juga Habib ‘Umar akan menghalang dan membantutkan perkembangan aliran yang dibawa oleh mereka. Alangkah baiknya jika mereka ini bersama-sama mendokong agenda membetulkan IMAN umat Islam, bukannya membawa agenda yang kononnya mahu membetulkan AKIDAH umat Islam. Jika mahu juga membawa agenda AKIDAH, bukankah lebih baik jika segala dana dan usaha yang besar itu ditujukan kepada umat manusia di Amerika, Eropah, Afrika, China, India dan lain-lain yang masih belum berakidah Islam. Adapun masalah umat Islam sekarang ini ialah masalah IMAN… masalah IMAN yang serius.


Inilah isu yang difokuskan oleh pendakwah-pendakwah Islam yang tulus ikhlas seperti Habib ‘Ali al-Jufri dan lain-lain. Sudah ramai yang bertaubat di tangan beliau dan tidak kurang juga yang memeluk Islam dengan sebabnya. Namun, mereka yang tidak senang dengan pengaruh Habib ‘Ali ini telah melontarkan kepada beliau berbagai tohmahan buruk, seperti penyebar bidaah, pembawa khurafat, malah ada yang percaya beliau layak sebagai ahli neraka… نعوذ بالله. Masya’ Allah, inilah sunnah bagi para pendakwah. (Pendakwah-pendakwah Tabligh pun kena dengan dia orang ni dengan dituduh sebagai jemaah bidaah dan khurafat!)Antara kitab yang mengkritik Habib ‘Ali ialah kitab ‘Ila Aina Ayyuhal Habib al-Jufri’. Dikatakan Syeikh Mustafa al-Khin telah memuji kitab berkenaan. Bagaimanapun, beliau telah menarik balik kenyataannya itu (lihat sebelah atas teksnya) dan mengakui kesilapannya serta memuji ketokohan Habib ‘Ali. Alhamdulillah.Kitab tersebut telah dijawab oleh Syeikh ‘Abdul Hadi al-Kharsah dengan kitabnya ‘al-Radd al-’Ilmi al-’Alani’ (sila download) secara terperinci. Satu lagi kitab yang mempertahankan Habib ‘Ali ialah kitab ‘al-Jufri fil Mizan’ oleh Syeikh Habib ‘Abdur Rahman Salami (sila download) yang menjawab kaset ‘Hiwar Hadi’ Ma’a al-Syaykh al-Jufri’.


Semoga Allah Ta’ala memelihara Syaykhuna Habib ‘Ali al-Jufri dan semua para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah serta meninggikan darjat mereka di dunia dan akhirat. Amin. Semoga Dia juga menyedarkan orang-orang yang terpedaya dengan ilmunya lalu menyangka diri mereka sahaja yang benar dalam masalah-masalah tertentu, padahal mereka sendiri tidak pasti secara putus (qat’i) apakah itu sebenarnya adalah kehendakNya yang sebenar-benar di sisiNya. Semoga Allah menunjukkan kepada kita kebenaran dan meneguhkan kesatuan umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Amin.


http://sawanih.blogspot.com/

http://pondokhabib.wordpress.com/2010/05/25/mempertahan-habib-ali-al-jufri-%D8%AD%D9%81%D8%B8%D9%87-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87/

Praktikal "PUSAT KOMPUTER ERA TIMUR CAWANGAN TANAH MERAH "




Alhmdulillah... syukur... di anugerahkan tempat praktikal yang baik. Tak mudah untuk rasa mudah. Terima kasih. PUSAT KOMPUTER ERA TIMUR CAWANGAN TANAH MERAH .  Syukur. 
Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu baru yang diperolehi. terima kasih .




Memasang komputer, Networking dan banyak lagi.....


mengukur kesesuaian wayar untuk dipasang 


Memeriksa wayar yang tercabut dan menyambungnya semula 


salah seorang pelajar praktikal :)


* Terima kasih kepada Penyelia kami Abg Naim , Pengurus kami  Abg Asri , Abg Khairul dan staf-staf  di cawangan - cawangan lain. 

PUSAT KOMPUTER ERA TIMUR CAWANGAN TANAH MERAH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM