Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Saturday, March 25, 2017

Bunga ooo Bunga

Salamun alaykum w.r.t....

"Bunga" hanyalah satu perkataan hiasan buat seorang insan wanita yang hebat peribadinya..

in shaa Allah...

BungĂ , sekian lama menjadi idola dalam pergerakkan kehidupan patik. Namanya, sifatnya, akhlak dan jasanya tiada tolak bandingnya dengan serikandi-serikandi Islam yang lain.

Kerana itulah ia bergelar idola.

In shaa Allah...

Menyelami satu hakikat seorang wanita,  sebagai bujang mahupun isteri orang. Walau suri rumah mahupun wanita bekerjaya. Baik, pejuang di perjuangan Islam, mahupun pengasuh kepada para pahlawan kelak. in shaa Allah.... 

Jasa dan tanggungjawab seorang wanita bukan perkara yang terlalu mudah. Untuk menjadi mujahidah dalam pembinaan sebuah institusi kekeluargaan memerlukan ilmu dan amal yang cukup mantap. Jua perlu berpaksikan kesabaran yang sangat tinggi, demi menghasilkan kualiti yang tidak ingkar dari landasan Islam sebenar. 

Apabila melihat bagaimana serikandi Islam ini bukan sekadar mampu menggoncang dunia, malah tali perjuangan itu terus diperkuatkan lagi dengan suami dan anak-anak yang terus melangkah sebagai perwira Islam. 

Bila direnungkan semula, is bukanlah suatu perkara remeh mahupun mudah. Allahurabbi.. 

Maka, bila diolah semula bagaimana idola atau bunga patik pada sejarah lampau. Beliau adalah seorang serikandi yang selalu bersemangat dalam mencintai dan berbakti kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. in shaa Allah... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM