Ayuh Bersama-Sama
Terima Kasih ;)
Sunday, May 20, 2012
Friday, May 18, 2012
Rindu
Ya Allah..
Bagaimanakah
harus ku melahirkan rasa rindu dan cinta padaMU?
Sungguh sepi
roh dan jasad ini tanpa semnagt cinta dan rindu padaMu..
Ya
Allah, kasihku tidak setinggi kasih Rasulullah yang memancar mencintai Mu..
Ya Allah…
Ku lafazkan
cinta dan rindu ini…
Kerana ku
amat memerlukan CINTA DAN RINDU MU ..
Ya Allah..
Benar-benar
ku rasa kosong…
Benar-benar
ku rasa haus…
Tanpa CINTA
Mu..
Ya Allah….
Hidupkanlah
ku bersama ULAMA
Matikan ku
bersama SHUHADA’
Ya Allah..
Ku ingin
bersama orang yang jua menyintaiMu..
Mengahayati
dan mendalami rasa Cinta kepada MU…
Ya Allah..
Ku jua
ingin merasaiNya..
Ya Allah
Tiada zon dalam menutup aurat…
Sering kita lihat
papan tanda yang mengatakan “Zon Menutup Aurat”. Alhmdulilllah, itu sebenarnya
peringatan kepada kita agar sentiasa menutup aurat.
ü
mengapa kita perlu
tutup aurat?
Berdasarkan firman Allah,
“Wahai
Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya”
[Al Ahzab:59].
Firman Allah,
“Hendaklah mereka menutupkan kain
tudung ke dada mereka”
[An Nur:31].
Hadis Rasulullah riwayat dari
Bazzar dan At Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah
aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.
Maka, hamba
simpulkan disini, hukum menutup aurat itu wajib bagi Lelaki mahupun Perempuan
asalkan mereka beragama Islam. Perintah wajib itu, bukanlah rekaan manusia,
namun ia adlah perintah daripada Allah s.w.t. hakikatnya TIADA ZON DALAM MENUTUP AURAT.
Zon Menutup Aurat bukanlah bereti , apabila dikawasan itu barulah hendak menutup auratnya.. namun supaya kita kemaskini pakaian kita agar ia nampak lebih cantik apabila aurat ditutup sempurna!!!
tingkatkan prestasi, elakkan Fitrah!!!
*** Wahai adikku… ***
Semalam mungkin
sukar buatmu,
Maka jadilah
hari ini adalah kejayaan bagiMu..
Adikku,
Mungkin dikau
bersedih , kerana manusia yang dikau rasa kecewa dengannya,
Tapi ingatlah
adikku , bahawa Allah tidak pernah membencimu..
Adikku,
Ku tahu
dikau sedih dengan apa yang dikau lalui..
Maka INGATLAH
adikku, Allah amat menyayangimu..
Adikku,
Mungkin pernah
dikau merasa bahawa apa dikau belajar itu kekadang sia-sia,
Maka INGATLAH
, itulah tangga kejayaan yang perlu dikau capainya..
Adikku,
Usahlah dikau
melihat hari semalam jika ia menyakitkan mu,
Tapi lihatlah
hari semalam kerana itulah sejarahmu…
Maka,
bangkitlah adikku…
Adikku,
Ingatlah..
Kejayaan
ISLAM itu terlihat jua jika dikau BERJAYA…
Jatuh diri
mu tak bereti dikau kalah…
Walau hatimu
luluh , tak bereti semangatmu jua kene luntur..
Adikku..
Bangkitlah!!!
Bangkitlah
semangatmu!!!
Bangkitlah
usaha dan tekat mu!!!
Majulah!!
Kerana Allah!!!
Adikku…
Sayangnya
kami kepada mu.. tidak pernah melebihi SAYANG ALLAH pada mu…
Kembalilah
padaNYA.. ALLAH..
Adikku…
_alamindah/abyatifadwah_
Thursday, May 17, 2012
Jiwa Jihad: Doa selepas solat
Jiwa Jihad:
Doa selepas solat:
Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillahirobil a’lamin,wasola ti wasala mu’ala asrafil anbia
iwalmursalin wa ala alihi wasobihi ajmain. Alla...
Doa selepas solat:
Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillahirobil a’lamin,wasola ti wasala mu’ala asrafil anbia
iwalmursalin wa ala alihi wasobihi ajmain. Alla...
Tuesday, May 15, 2012
Allah segalanya...
Salamun Alaykum...
sayu sungguh rasanya..
Ya Allah..
sesungguhnya.. hamba Mu ingin kan belaian CintaMu..
Ya Allah...
tiada yang indah melainkan saat khusyuk dalam ibadah kepadaMu...
Ya Allah..
namun, sukarnya untuk merasakan nikmat itu..
Ya Allah...
pajaklah cinta ini utuh dalam redhaMu..
Ya Allah...
saat hambaMu ini goyah.. Engkaulah disisi..
Ya Allah...
rindu kasih ini.. ingin hamba curah pada mu..
Ya Allah...
satukanlah hati hamba2Mu yang mengharapkan kasih dan cintaMu Ya Allah..
Ya Allah...
ampunkanlah hamba....
Ya Allah...
hanya kepadaMu ....
_alamindah_
Monday, May 14, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Apakah hukum pegang-pegang tangan bagi pasangan couple?
Hamba sering melihat, ramai pasangan-pasangan kekasih yang hanya
menyulam kasih mereka. Tanpa meneruskan langkah kearah yang lebih baik dan
selamat. Maksudnya disini, ramai pasangan yang berkasih sayang yang belum diijab qabulkan lupa bahawa mereka sebenarnya
tiada ikatan rasmi yakni “BELUM NIKAH” . Tetapi, sudah bagai “pinang dibelah 2”
bagai suami isteri. Apakah mereka lupa bahawa bersentuh-sentuhan antara lelaki
dan perempuan dengan sengaja itu hukumnya Haram bagi mazhab iman Syafie’ .
Imam Nawawi menyatakan dalam kitab روضة الطالبين bahawa
melihat perempuan adalah perkara yang dilarang, maka larangan menyentuh
perempuan adalah lebih utama kerana ianya lebih memberahikan. Imam Ramli
menyatakan dalam kitab نهاية المحتاج bahawa tidak boleh seseorang
lelaki menyentuh wajah seseorang perempuan asing (الأجنبية), walaupun melihatnya adalah
dibolehkan seperti dalam keadaan pengajian, bertunang dan persaksian. Manakala Imam
As-Syarbini menyatakan dalam kitab مغني المحتاج, diharamkan
menyentuh seseorang perempuan kerana ianya lebih menaikkan nafsu dan
syahwat serta lebih memberahikan berbanding hanya melihatnya.
Maka jelaslah disini bahawa,
pegang-pegang tangan antara lelaki dan perempuan yang belum bernikah hukumnya
adalah haram.
Hadith :
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْتَحِنُ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ بِهَذِهِ الْآيَةِ بِقَوْلِ اللَّهِ (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ ) قَالَ عُرْوَةُ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ تَابَعَهُ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاشِدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ وَعَمْرَةَ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'dari Telah menceritakan kepada kami Anak saudaraku Ibnu Syihab dari pamannya Telah mengabarkan kepadaku Urwah bahwanya Aisyah radliallahu 'anha Telah mengabarkan kepadanya, bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguji kaum wanita yang berhijrah kepadanya dengan ayat ini: "Wahai sang Nabi, apabila wanita-wanita mukminat datang kepadaku hendak berbai'at -hingga firman-Nya- (Allah) Maha Pengampun dan juga Penyayang." (QS. Almumtahanah 2). Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. Beliau tidak pernah membaiat mereka kecuali dengan ungkapan: "Sungguh, aku telah membai'atmu atas perkataan itu." Hadits ini dikuatkan oleh Yunus, Ma'mar dan Abdurrahman bin Ishaq dari Az Zuhri. Dan Ishaq bin Rasyid berkata; dari Az Zuhri dari Urwah dan 'Amrah. – Hadith ke-4512 riwayat Imam Bukhari.
Wahai sahabat, elaklah perbuatan yang mungkar..... insyaAllah, apa yang
kamu hajati akan diredhai....
_alamindah_
Subscribe to:
Posts (Atom)