Ayuh Bersama-Sama
Terima Kasih ;)
Sunday, March 17, 2013
Johan Rakyat: Tutorial Cara Buat Partition Hard Disk
Johan Rakyat: Tutorial Cara Buat Partition Hard Disk: Partition hard disk ni untuk apa? Buat partition hard disk (hard disk partitioning) ni sebenar ni adalah untuk membahagi-bahagikan rua...
Friday, March 15, 2013
La Tahzan
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ HATI ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
usahlah dikau bersedih andai kekasihmu hanya ALLAH
usahlah bersedih jika kasihmu pada RASULULLAH
usahlah bersedih kerana mendapatkan redha ALLAH
usahlah bersedih ...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ JIWA♥ ♥ ♥ ♥ ♥
walau hati terluka
walau jiwa sengsara
walau air mata gugur tak diminta
usahlah bersedih kerana insyaAllah dibalas
redha diminta
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ LA TAHZAN♥ ♥ ♥ ♥ ♥
ingatlah
janji ALLAH tak kemana
PASTI ada hikmah bermakna
tangisan air mata kan terbela
asalkan ALLAH tidak didua
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ INSYAALLAH♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ LA TAHZAN♥ ♥ ♥ ♥ ♥
ALLAH at QALBU
ALLAH at HAYA'
ALLAH at REDHA
ALLAH at JIHAD
ALLAH .....
♥ jangan besedih ♥, PASti ALLAH da jalannya.... ♥
Thursday, March 14, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin
Baru, Selamanya
&
Hingga Ke Syurga
NUR ATIQAH BINTI AB AZIZ & SUAMI
Tahniah Sahabat :)
"...maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil
diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang
sahaja..."
(Surah
An-Nisa' 4 : 3)
Antara
nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan
remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah
sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
bermaksud:
"Wahai
pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,
maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan
menjaga kehormatan diri"
(riwayat
Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah…..
Bersyukurlah
Alhamdulillah….
Walau apa pun terjadi….
Bersyukurlah di atas pemberian Nya kepada kita..
InsyaAllah..
Berusaha untuk mendapat redha manusia bagi memudahkan
kita mendapat redhaNya…
insyaAllah…
Salam ketabahan menempuh ujian….
Salam kesyukuran tanpa penghargaan..
Salam kemaafan tanda kedhaifan diri…
“Kita
adalah rantai penghubung kepada yang lain”
_*_ p/s : Wahai diri kita , kita bersyukur selalu ya... ingat kita KHALIFAH , kita mampu membimbing segenap apa di dunia... KITA MAMPU... insyaAllah..
*kata seorang khalifah : "jangan biarkan NAFSU membimbing iman, tapi PASTIkan.. IMAN membimbing NAFSU...."
PASti...... & PASti....
Sunday, February 17, 2013
Saturday, February 16, 2013
Wahai Sahabat Yang Pemurah
Wahai Sahabat Yang Pemurah yang menggelarkan diri sebagai "Hamba"
Deruan kisah dan memori bertalu di
benak fikiran ku. Teringatku kisah
seorang pejuang yang bersamaku. Jernih sahaja mukanya. Alhamdulillah… Allah mentaqdirkan ku
mengenalinya. Sahabat.
Sungguh memori tu ku simpan di
lipatan mimpi indah yang ku lalui. Syukur padaMu.. ku mengenali dia.
Bermulanya sejarah 2006, dalam
sebuah kelas. Tiap-tiap pagi ku lihat dia dimejanya. Bersamanya tidak lari
bersama Al-Quran. Sungguh… ku juga ingin begitu. Wahai Sahabat Yang Pemurah.
Saat dia buat halaqoh bersama sahabat-sahabatnya, ku mendengar bicaranya. Dia
bercerita tentang Dajjal, asal usul dajjal. Alhmdulillah…. Dia juga ada bercerita tentang dakwah
.
Ku berusaha untuk mengikut jejak
langkahnya, apabila sampai waktu rehat , ku lihat dia ke Masjid sekolah… Entah
apalah yang dia buat sedangkan orang lain sibuk menjamu selera mengenyangkan perut, dia pula ke masjid. Ku
selidik apa yang dia lakukan. Rupanya, dia dan sahabatnya yang lain sibuk solat
sunat. Hebatnya mereka.
Sahabat yang pemurah. Sungguh ku
bersyukur kerana ku bisa menganalimu. Sahabat…. Walau waktu itu dah berlalu…. Dan
kini sudah 2013 dan dikau bakal menerajui pelajaranmu di tanah kering itu dalam
perjuangan bersama teman mu Al-Quran. Subhanallah… Allah memilih mu… Sahabat.
Detik itu kian berlalu, namun
memori itu tetap ku simpan rapi. Kerana perjuanganmu. Kerana ku tahu Allah
menyayangimu sahabat.
Dulu, saat kita bersama berjuang di medan itu, namun ku jatuh . Namun, dikau tetap disisiku. memberi sokongan dan kekuatan untukku kuat menghadapi dugaan itu. terima kasih sahabat yang pemurah.
Sahabat ku yang pemurah.... ukhwah kita tetap bersama... Walau jarak memisahkan kita... Namun dikaulah sahabat yang ada bersam ku saat sedih , gembira, jatuh dan bangun.. Nasihatmu sentiasa dihati dan menjadi bekalku.. Terima kasih... Walau kita tidak sempurna dikotori dosa sendiri.. Namun ketahuilah.. Kita hamba Ilahi... dan DIA lah hanya berhak mengukur hati kita sahabat.... Ya Allah... kami pohon ampun di atas segala dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Ampunkanlah kami.... Ya Allah.. satukanlah hati-hati kami dalam redhaMu.. Ya Allah....
Sahabat.. ku tahu dikau sahabat yang Allah telah tetapkan untuk bersama dalam perjuangan kita... Sahabat... ku bersyukur padaNya kerana mentaqdirkan pertemuan ini.... Allhamdulillah... Sahabat.... Biarlah apa pun terjadi.. dikau sahabat ku... Ya Allah... hanya padaMu kuserahkan segalanya..... Ya Allah... terima kasih kerana hadiahkan ku seorang sahabat yang pemurah...
Sahabat..... Maafkan ku Terima kasih... _adik_
terima kasih kerana kenalkan ku dengan ulamak ini.. Habib Ali al- Jufri
Aku ingin mencintai-Mu Ya Allah
Ya Allah..
.
Aku ingin Mencintai Mu setulusnya...
Aku ingin Merindui Mu selama-lamaNya......
YA ALLAH....
KU MOHON KASIH , CINTA MU
YA RAHMAN
YA RAHIM
YA RABBI
YA ALLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)





