“
Jazakallahu khaira ” ?
Sering kita dengar ata
orang ucapkan “Jazakallahu khaira” , namun apakah yang dimaksukan dengan
nya?. insyaAllah, alhmdulillah apa yang
hamba prolehi, hamba cuba kongsikan walaupun ilmu ini tidaklah seberapa.
insyaAllah demi menyempurnakan pesanan Rasulullah s.a.w :
Dari
Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan
dariku walau satu ayat!"
(Hadith
Riwayat Al-Bukhari)
insyaAllah , mudah-mudaha ia menjadi amalan kepada
kita. insyaAllah.
Apakah
yang dimaksudkan dengan “ Jazakallahu
khaira ” ?
“ Jazakallahu
khaira ” bererti “ aku memohon semoga Allah mengurniakan kebaikkan yang banyak
kepadamu sebagai balasan atas kebaikkan yang engkau lakukan ” mengikut dalam
kitab Faid al-Qadir . amin – amin Ya
Rabbal Alamin.
Adakah
ia perkataan atau ungkapan sunnah ?
insyaAllah
, hamba perlihatkan tentang dalil daripda hadis-hadis sekadar hujah dan bukti
agar tiada sangsi bagi mereka yang bertanya dan dalam beramal. InsyaAllah .
Usamah
bin Zaid r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya :
“Sesiapa
yang dilakukan kebaikkan kepadanya, maka hendaklah dia berkata kepda orang yang
melakukan kebaikkan kepadanya itu : ‘Jazakallahu khaira’. Dengan demikian, dia
membalas kebaikkan tersebut dngan sebaik-baik balasan”.
Riwayat
al-Tarmizi dan Nasa’i
insyaAllah. Apa yang baik
kita sama-sama amalkan dan yang mungkar sama-sama elakkan. insyaAllah. Benar,
bukan mudah untuk menjadi seorang yang baik dari segi agama dan syariat. Namun,
berusalah dengan niat dan istiqamah dalam melakukan. Perbanykkan berdoa kerana doa adalah senjata yang terbaik.
insyaAllah.
Sahabat dan pembaca,
seandaikan warkah ini ada kekurangan, perbaikki dan tegurlah. insyaAllah. Kerana
Allah ,kita lakukan yang terbaik. insyaAllah.
Asif jiddan. J