Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Thursday, June 28, 2012

Kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w. menurut pandangan Nabi Adam a.s



.
                        Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w .diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian. 

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka. 

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM