Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Wednesday, April 18, 2012

Indahnya Lukisan SPI



Al –Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a, daripada Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya :

“Jika Allah mencintai seorang hamba-Nya, Dia memberitahu kepada Jibril : ‘ Sesungguhnya  Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Jibril pun mencintai si fulan tersebut kemudian dia menyeru dikalangan penduduk langit : ‘ Sesungguhnya  Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian , seluruh penduduk bumi juga mencinai si fulan tersebut.”

( Riwayat al-Bukhari no.3037 dan Muslim no.2637)

Salamun alaykum w.r.t……
Kalam ini ku ingin ukirkan tentang pejuangan hebat para wira-wira
Sekretariat Pusat Islam (SPI) Politeknik Merlimau , Melaka.  =) ….  insyaAllah…

“Majulah-maju , bangunlah –bangun …..


Bermulanya kisah

Ulitan memori mengimbau kisah yang  telah berlalu pergi, teringat saat surat tawaran  ke Politeknik menjemputku… Ya Allah…. Sangkaan ku salah bila, harapan umi wa abi menggunung untuk ku ke sana. Menangis tidak berlagu lagi , persoalan datang tanpa ku seru, resah menjelma mengetuk pintu hati. Ya Allah….   ku ditakdirkan ke sana?.... Istikharah pengukuh menetapkan keputusan, wajah umi dan abi  pengakhir bicara. Demi mencapai redhaMu Ya Allah, kulangkahkan kaki kesana… insyaAllah…

Nama Politeknik Merlimau terlalu kabur dari  benak fikiran ku, namun ku terjah jua dalam alam maya yakni internet. “tu, lihat ada Pusat Islam” kata-kata semangat daripada kak Fatimah iaitu sahabatku di Madrasah yang bersamaku saatku mengkaji tetang PMM. _ Pusat Islam. insyaAllah. Ku mengkaji tentang PMM, sehingga ku dapat satu lagi kata-kata pengukuh diri, “tak pe, akak dah pergi sana, kat sana ok….” Kata-kata seorang lagi kakak di Madrasah. Alhamdulillah, tenang sedikit….

Perjalanan ke Melaka melintasi kolej ku dulu, Ya Allah…. Sebak menjelma. Bila ku ke sana, ku bukan lagi diriku…. Perubahan diri kembali lagi, ‘sahabat sejati ‘ terpaksa disoroti….. Namun, wajah riang umi wa abi mengubati resahnya qalbi. Ya Allah, andai mereka gembira, ku redha dengan keputusan ini. Ku kan tetap walaupun orang sekeliling tidak menyokong. Pasti ada hikmahnya.  Pintu gerbang PMM sudah kelihatan, berdegup jantung hati, wajah umi ku renung lagi , ‘sahabat sejati’ mula ku soroti…. Ya Allah…..

****************************************************************

Tangisan

Kini, ku sudah bergelar pelajar PMM . Pusat Islam, ku telah temui.  SPI , kini ku mula kaji.  Alhmdulillah , masih ada generasi bertudung labung, berstokin , berserban, berkopiah….. alhamdilillah. Masih ada penerus sunnah-sunnah. Alhmdulillah. Namun, ‘sahabat sejati’ku, tidak bersama melihat mereka ini. Pelik juga, bila ada seorang muslimah comel  SPI mula bertanya, adakah ku memiliki ‘sahabat sejati’? , “alhamdulillah, ye” balas ku. Muslimah comel SPI ini , insan pertama memberikan bahunya untuk titisan air mataku.

Minggu Suai Kenal (MSK) , memulakan langkah ku. disebalik tabirku bersama mahasiswi yang sebenarnya ingin mengenal jalanNya. Mungkin mereka sukar mencari dan mendapatkannya. Allah menguji mereka,pasti kerana Allah sayangkan mereka. Alhamdulillah. Perbincangan pertamaku dengan mahasiswi adalah mengenai “Cinta Allah” dengan bersaksikan Pusat Islam. Alhamdulillah, mereka menerima ku. “ Ya Allah, lembutnya hati mereka Ya Allah. Mereka jua rindu padaMu, mereka juga sayang padaMu… hati mereka juga merayu kasihMU Ya Allah…. Ya Allah, pilihlah mereka untuk bersamaMu jua…. Ya Allah….” . air jernih membasah pipi mereka jelas membuktikan mereka dahagakan ilmu agama…… insyaAllah…..

***************************************************************
SPI

Pejam celik, pejam celik , ku sudah Semester 2. Alhamdulillah…. Maka, taklifan yang makin berat dibahuku bersama sahabat-sahabatku sebagai SPI. Dulu, ku mengkaji tentangnya, kini ku mengusung namanya. “SPI” .  Medan sebagai penyeru ke jalan Allah kini terbuka atas nama SPI, insyaAllah , mengapa Allah telah menetapkan kami sebagai pilihanNya, pasti ada hikmanya. insyaAllah. Yakin. Kata-kata “ Allah akan uji hambaNya,  mengikut kemampuan hambaNya” menjawab soalan mengapa dipilih untuk memegang amanah ini. insyaAllah.

Semangat pejuang SPI jelas kelihatan apabila ku lihat kesungguhnya mereka waktu MSK. Saat mereka melaksanakan tugas mereka sebagai petugas setia sebagai penjaga makanan. Alhamdulillah. Walaupun hanya sebagai penjaga makanan, tapi mereka juga sebagai penjaga Pusat Islam. Pasti dan PAS..TI….  insyaAllah. Namun, mengapa wujud lagi kenyataan “Sampai bila SPI nak jaga makanan?” , kata-kata yang betul-betul membangkitkan keyakinan ku untuk menjelaskan tugas sebenar SPI. Mungkin, dia tidak mendalami siapa dan tugas SPI yang sebenarnya., tidak mengapa.  Biasalah bak kata pepatah orang kita “tak kenal maka tak cinta”. Begitulah lebih kurang nya. Dalam waktu itu juga, kami dapat lihat Amir kami berdiri sebagai pimpinan Islam. Alhamdulillah. Cara pemikiran seorang pemimpinan yang kreatif dan matang.  Amir dah hebat, insyaAllah… dibawahnya jua hebat… J amin.

MSK memang menduga para SPI…. Alhamdulillah, kesungguhan yang menjelaskan semangat mereka. Hakikatnya SPI memang hebat!!!

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurahman Bin Jabr r.a , berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya :
“Tidaklah telapak kaki seorang yang melangkah untuk fi sabilillah, melainkan kelak api neraka tidak akan menyentuhnya.
                              ( Riwayat al-Bukhari no.2811)

*************************************************************

Tiada lagi rahsia

Siapa sangka, ahli SPI sebenarnya bukanlah seperti yang disangka. Walaupun ada yang senyap, bukalah bereti senyap sahaja, tapi pelihara banyak singga. Ada yang masam mukanya, tapi sebaliknya manis tak terkata. Ada yang nampak matang, tapi terkeluar juga kebudak-budakkan nya. Biasalah, itulah manusia. Rasa bangga juga, mereka pandai untuk membahagikan dan menyembunyikan hakikat diri mereka dengan sebaiknya. Bukanlah hipokrit namanya, andai itu untuk kebaikkan yang nyata. insyaAllah.

Terimbau pula satu kisah yang mana ku melihat mereka sebagai pelakon yang hebat, dimana kisah nya berlangsung di Permata Resolt , Alor Gajah , Melaka. 3 pelakon watak utama dan satu pasukan pimpinan PMM yang dijadikan serangan semestinya. Alhamdulilah, ia bukan sebagai lakonan semata, tapi meninggalkan kesan yang mampu mengubah diri sendiri. insyaAllah. Ku suka untuk bercerita, dimana 3 orang jejaka bergaduh dengan menunding jari , “siapa yang salah?”. Asbabnya bermula diwaktu seorang  ketua telah memberikan amanah kepada para pimpinan PMM untuk membawa kain kafan yang ditinggalkan di bawah tangga pejabat  HEP, untuk aktiviti program. Namun seorang pun tidak jumpa kain itu. Oleh kerana lakonan pergaduhan itulah,  munculnya wira dan wirawati yang hebat menyelesaikan masalah. Terserlah jua Amirah kami, itulah kata pepatah “senyap-senyap ubi berisi ”. Keluarlah pimpinan PMM besama pedang dan semangat mereka . Alhamdulillah. Banyak juga Moral Value nya….     
 (pelakon utama : IQ , IM , IL ) _ syukran .

Sungguh , bagi kami perjuangan yang cuba diasah ini bukanlah suatu usaha kosong bagi ku dan sahabat. Ia melatih diri kami untuk bergerak sebagai daie. insyaAllah. Betul, kita perlu ‘jelas’ dengan apa tujuan kita, agar  tiadalah erti “mencurah air ke daun keladi”. Ya. Pasti dan pasti.

**************************************************************

Muslimat hebat

      Kenangan bermain paintball memang mencuit hati bagi muslimat. Mana tidaknya, pada mulanya, seram sejuk bila diajak main paintball.  Bagi bayangan kami, ‘peluru’ nya akan menyebabkan rasa sakit. Ada yang bercerita, mengatakan ada yang akan demam lah bila sakit. Em. Mana tidak risau dah hamper dengan final. Kalau sakit, maka susahlah. Namun, sebenarnya muslimat bukan sebarang muslimat, muslimat juga pahlawan Islam. insyaAllah. Muslimat juga mampu untuk menyahut cabaran untuk berperang di dalam medan ‘paintball’ .

Sudah pastilah muslimat yang hebat, J . memang memori tetap dalam kenangan . hati ku sendiri gundah memikirkan sakit. Tapi bila memikirkan berperang. Sudah tentu perlu juga untuk berentap. Melihatkan semangat muslimat yang rela bertempur menyemarakkan keinginan untuk terus bermain .Permainan ini memerlukan strategi, semangat berpasukan dan kominukasi yang baik  supaya kejayaan dapat dicapai.

Bila lihat muslimin bertempur, memang ganas. Tapi, agak-agaknya bila lawan muslimat siapakah akan akan menang? . muslimatlah kan. J insyaAllah. tak gitu muslimat? . insyaAllah. benarlah,Wanita adalah pengoncang dunia!!! Muslimin?  Ya , semestinya Perwira Agama.

Kata-kata Amir tentang SPI tidak hanya di Pusat Islam  ada benarnya. Banyak lagi method dakwah yang boleh digunakan. Misalnya bermain paitball, futsal , explores dan banyak lagi . mungkin itu dari segi permainan, dari segi ICT , program , risalah mahupun lain-lain , memang banyak.  insyaAllah. Bak kata senior ku di Maahad , “gunakan kelebihan yang kamu ada”. Betul tu. Pasti dan pasti kita mampu mengbahnya. insyaAllah.

***************************************************************

Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a , beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya :
“ Sesungguhnya orang yang berlaku adil kelak akan berada di kedudukan yang tinggi dan terpuji di sisi Allah. Iaitu mereka yang berlaku adil dalam menetapkan keputusan , dalam keluarga mereka dan dalam jawatan mereka. ”
                                          ( Riwayat Muslim no. 1827)

*********************************************************************
Hakikat
Ya Allah…. Kenangan yang berlalu tak bias diputar lagi… masa yang beredar sukar diundurkan …. Ingatan hanya dilipat ditiang memori…. Ya Allah, meskipun  ada para pimpinan SPI DIS 2011 kan berakhir amanahnya  di PMM ,namun ia tak bererti tamatnya tugas mereka sebagai daie…. Perjuangan ini kan berhenti disini , tak kan surut lagi ku pasti semangat mereka masih memuncak mejulang tinggi Islam disisi. Ya Allah.
Dulu, ku selalu bertanya pada Mu Ya Allah, mengapa ku dihantar di Poli. Apakah ku banyak dosa? , mengapa ku bukan dikalangan sahabat-sahabat ku yang lain yang menimba ilmu agama yang menjadi motifnya. Mengapa? Ya Allah. Alhamdulillah, akhirnya ku temui satu persatu jawapan dan hikmahnya… Ya Allah… Engkau sungguh hebat… Ya Allah, Engkau lihatkan aku sebuah semangat suci pejuang-pejuang ini. Yang berjuang disaat orang berpaling sunyi dan sepi. Ya Allah. Tugus sungguh hati mereka Ya Allah. Hebatnya mereka. Berjuang disaat tiada harapan diberi. Ya Allah. Benar, mereka ikhlas dalam perjuangan ini. Benar, mereka ingin melihat ISLAM dijulang tinggi . Ya Allah. Benar, mereka lah pemegang bara api diakhirnya zaman. Benar, merekalah yang digelar ghuraba’ …. Ya Allah….

Bersamalah mereka dikala mereka jatuh, meskipun tiada orang disisi mereka. Ya Allah, teguhkanlah hati mereka dikala mereka merasakan lemah.. sungguh, pejuang tak selalunya tidur lena. Tidak selalunya suka. Tidak semua ingin bersama…. Ya Allah… bersamalah mereka dimana sahaja…. Ya Allah,

Betullah, mengapa kita bertemu. Hakikatnya untuk berpisah. Itulah kenyataan dan hakikat. Namun, mengapa kita juga ditakdirkan bertemu, untuk membina kisah dan sejarah , untuk menyatu kasih dan ukhwah ,untk mengenai nilai perjuangan dakwah , untuk kita bangkitkan ummah ….. pasti, hari inikan berlalu, hari esok pasti datang. Hari ini telah melangkau sejarahnya, hari esok mula mengukir corak hidupnya… insyaAllah. para daie sudah bersedia dengan peta lukisannya. Sejarah dunia akan teruskan dengan  kisahnya setelah noktah berlalu meniggalkan.  insyaAllah. Maka , bagaimanakah dengan ku?  Doakanlah diri ini jua.  Ku ingin bersama dengan ‘sahabat sejati’ ku , ingin bersamanya di setiap nafaz perjuangan ku jua. Meskipun sering dikatakan jua ku ini rendah mahupun budak kecik, namun , insyaAllah matlamat besar ku sedang usahakan. insyaAllah. Maafkanku wahai sahabat seperjangan ku. Terima kasih. 

_ SPI DIS 2011 _

_alamindah_


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM