Salamun
alaykum w.r.t…
Duhai
tinta hati yang sedang mengukir sejuta corak diri…. Apakah langkah yang terukir
terus diterokai oleh panji-panji pejuangan Islam. Ayuhlah, usahlah hanya
bangkit memperjuangkan suara, tetapi bergerak seiringlah dalam perjuangan
langkah usaha dalam memperjuangkan Islam dipersada.
Sebenarnya, huraian bingkisan hati ini
terlalu mudah, mempersoalkan sebuah apa erti “Zaman Gelap” bagi seseorang
individu.
"Ya Tuhan, sungguh
kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami, dan selamatkanlah kami dan
siksa neraka:"
(QS. Ali 'Imran: 16).
Berbicara perihal Zaman Gelab, atau zaman
seseorang itu jatuh kadang-kadang ia terlalu aib untuk dibicarakan. Tetapi ada
sesetengah orang beranggapan, tidak mengapa jika ia boleh membantu orang lain
elakkan daripada berlaku juga, tetapi dinisbahkan tidak menyatakan namanya. Pelbagai
dugaan zana gelap seseorang, misalnya dulunya diri sering melakukan maksiat,
dulunya terlalu benci kepada orang tuanya, ataupun saat diuji dengan beban yang
membuat diri jatuh daripada ladasan menuju keredhaan Allah S.W.T.
Bagi hamba, kenapa seseorang itu diuji
tidak kiralah kerana sakit atau diuji dengan pelbagai dugaan. Ini kerana,
pertama kerana Allah ingin meninggikan darjat seseorang itu. Dan yang kedua,
kerana kafarrah dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Walaupun begitu,
kedua-duanya adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.
Bagi sesiapa yang telah mengharungi Zaman
Gelapnya atau zaman kejatuhan dirinya, tahniah kerana akhirnya ada mampu
melaluinya. Ia terlalu sukar untuk ditempuhi. Sebagai contoh, seandainya
seseorang dilahirkan dalam sebuah kehidupan jalanan yang penuh dengan pelbagai
anasir negatif yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah, pastinya terlalu sukar
untuk mereka kembali kejalan yang sebenar dalam suasana dunia mereka yang gerun
untuk didekati. Susah untuk orang biasa dekati dengan golongan seperti ini
apatah lagi membantu mereka. Ada sesetengah yang beranggapan, jika masuk dalam
kawasan mereka, takut terjebak. Allahu…
Pesan Umi “ Kak, orang sering kata “Orang
tu buat jahat, orang tu buat maksiat, berdosa buat gitu…” orang sering
menunding jari mencari salah si pelaku dosa, tapi siapa yang berani bangkit
untuk tolong si pelaku dosa yang diuji dengan dugaan tu. Siapa sanggup???..” .
Kata-kata Umi terlalu menusuk kalbu. Benarlah tu. Ramai orang yang mampu
menunding jari kepada orang, ramai orang boleh mengutuk pelbagai kekurangan
orang, tetapi berapa ramaikah yang bangkit membantu mereka ini?. Persoalan ini,
hamba soalkan dalam hati.
Namun, bila Allah uji dengan peristiwa
Zaman Gelab, hanya Allah yang tahu. Air mata mengiringi. Harap Allah membantu,
perit melalui dugaan dan ujian saat kita lupa kepada Sang Pencipta. Antara
banyak-banyak ujian, ujian yang paling berat adalah ujian yang boleh
menyebabkan kita lupa kepada Allah. Ujian saat kita menjadi malas untuk solat,
ujian yang menyebabkan kita seronok melakukan dosa dan semua ujian yang
menggelapkan hati daripada dekat dengan Allah… semoga Allah lindungi kita
semua. Amin.
Bagi
sesiapa yang sedang melalui zaman ini, bangkitlah, jangan terus lupa dan leka.
Bangkitlah dan terus berdoa agar Allah meringankan ujian kepada kita.
Hakikatnya, Allah tahu setakat mana kemampuan kita. In syaa Allah. Yakinlah dengan
ujian itu kerana Allah terlalu sayangkan kita. Yakinlah bahawa, bila kita diuji
Allah rindu kepada kita. Sedarlah bahawa, ujian itu hadiah kepada kita.
“ALLAH rindu
mendengarkan, rintihan mu berpanjanganan, bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
dugaan…”
In
syaa Allah.. ujian datang bersama hikmat. Lahirlah dalam diri perasaan
bersyukur sentiasa kepada Dia, walau apa jua keaadaan kita berada. Semua itu
ujian belaka. In Syaa Allah…
_ALAMINDAH
No comments:
Post a Comment