Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Friday, November 21, 2014

Anak

Salam...

Anak...
beruntungnya ada anak...

Teruskanlah lahirkan zuriat untuk Islam... ramaikanlah ummat Nabi Muhammad s.a.w....

in syaa Allah... teruskan sebarkan dakwah...
sebarkan Islam....

ayuh...
lahirkanlah
Pencetus revolusi Islam kembali ..

Pewaris Al-Fateh....
Penerus Sunnah Rasululllah s.a.w...

in syaa Allah...

Moga Allah redha

Ingatkan ku Tentang Solat berjemaah

Selawat

Doakan dan ingatkan ku tentang Selawat...
Allahummasolliala saidina Muhammad...

Pendosa

Assalamualaikum w.r.t....

Syukurlah Allah masih pilih kita berada dalam nikmat Iman dan Islam...

Alhamdulillah.....

Sahabat... hakikatnya bila kita bergelar manusia... kita akan berada di satu medan ujian...

Allah... Allahurabbi....

Kenapa Cili tu pedas...
Ada yang xnak makan cili...
Ada yang suka makan cili...
Ada yg jarang2 makan cili...

Hakikatnya...
Makan cili langsung x salah ...
Kerana ia makanan kita...

Cuma kita nisbahkan makan cili dengan dosa-dosa kita.

Ibaratnya...
Dosa ni ada yg xnk buat .. dan sentiasa jaga daripada terhindar daripada dosa..

Ada yg x sukar berhenti buat dosa

Allah..
hakikatnya...
Allah....
Allah Maha Pengampun ...

Bertaubat...

Monday, October 6, 2014

ZAMAN GELAP

Salamun alaykum w.r.t…

Duhai tinta hati yang sedang mengukir sejuta corak diri…. Apakah langkah yang terukir terus diterokai oleh panji-panji pejuangan Islam. Ayuhlah, usahlah hanya bangkit memperjuangkan suara, tetapi bergerak seiringlah dalam perjuangan langkah usaha dalam memperjuangkan Islam dipersada.


      Sebenarnya, huraian bingkisan hati ini terlalu mudah, mempersoalkan sebuah apa erti “Zaman Gelap” bagi seseorang individu.  

"Ya Tuhan, sungguh kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami, dan selamatkanlah kami dan siksa neraka:"
(QS. Ali 'Imran: 16).

      Berbicara perihal Zaman Gelab, atau zaman seseorang itu jatuh kadang-kadang ia terlalu aib untuk dibicarakan. Tetapi ada sesetengah orang beranggapan, tidak mengapa jika ia boleh membantu orang lain elakkan daripada berlaku juga, tetapi dinisbahkan tidak menyatakan namanya. Pelbagai dugaan zana gelap seseorang, misalnya dulunya diri sering melakukan maksiat, dulunya terlalu benci kepada orang tuanya, ataupun saat diuji dengan beban yang membuat diri jatuh daripada ladasan menuju keredhaan Allah S.W.T.
      Bagi hamba, kenapa seseorang itu diuji tidak kiralah kerana sakit atau diuji dengan pelbagai dugaan. Ini kerana, pertama kerana Allah ingin meninggikan darjat seseorang itu. Dan yang kedua, kerana kafarrah dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Walaupun begitu, kedua-duanya adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.  
       Bagi sesiapa yang telah mengharungi Zaman Gelapnya atau zaman kejatuhan dirinya, tahniah kerana akhirnya ada mampu melaluinya. Ia terlalu sukar untuk ditempuhi. Sebagai contoh, seandainya seseorang dilahirkan dalam sebuah kehidupan jalanan yang penuh dengan pelbagai anasir negatif yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah, pastinya terlalu sukar untuk mereka kembali kejalan yang sebenar dalam suasana dunia mereka yang gerun untuk didekati. Susah untuk orang biasa dekati dengan golongan seperti ini apatah lagi membantu mereka. Ada sesetengah yang beranggapan, jika masuk dalam kawasan mereka, takut terjebak. Allahu…

            Pesan Umi “ Kak, orang sering kata “Orang tu buat jahat, orang tu buat maksiat, berdosa buat gitu…” orang sering menunding jari mencari salah si pelaku dosa, tapi siapa yang berani bangkit untuk tolong si pelaku dosa yang diuji dengan dugaan tu. Siapa sanggup???..” . Kata-kata Umi terlalu menusuk kalbu. Benarlah tu. Ramai orang yang mampu menunding jari kepada orang, ramai orang boleh mengutuk pelbagai kekurangan orang, tetapi berapa ramaikah yang bangkit membantu mereka ini?. Persoalan ini, hamba soalkan dalam hati.
     
      Namun, bila Allah uji dengan peristiwa Zaman Gelab, hanya Allah yang tahu. Air mata mengiringi. Harap Allah membantu, perit melalui dugaan dan ujian saat kita lupa kepada Sang Pencipta. Antara banyak-banyak ujian, ujian yang paling berat adalah ujian yang boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah. Ujian saat kita menjadi malas untuk solat, ujian yang menyebabkan kita seronok melakukan dosa dan semua ujian yang menggelapkan hati daripada dekat dengan Allah… semoga Allah lindungi kita semua. Amin.

Bagi sesiapa yang sedang melalui zaman ini, bangkitlah, jangan terus lupa dan leka. Bangkitlah dan terus berdoa agar Allah meringankan ujian kepada kita. Hakikatnya, Allah tahu setakat mana kemampuan kita. In syaa Allah. Yakinlah dengan ujian itu kerana Allah terlalu sayangkan kita. Yakinlah bahawa, bila kita diuji Allah rindu kepada kita. Sedarlah bahawa, ujian itu hadiah kepada kita. 

“ALLAH rindu mendengarkan, rintihan mu berpanjanganan, bersyukurlah dan tabahlah menghadapi dugaan…”

In syaa Allah.. ujian datang bersama hikmat. Lahirlah dalam diri perasaan bersyukur sentiasa kepada Dia, walau apa jua keaadaan kita berada. Semua itu ujian belaka. In Syaa Allah…


 _ALAMINDAH

Sunday, March 23, 2014

Final Makin HAMPIR !!!

Salamun alaykum...

Alhamdullah... sempat juga untuk create new article.... 

Final makin tiba.. jadi perlulah kita bersedia...



Mungkin sebelum ni kita BELUM  untuk dapat keputusan yang CERMELANG. 

Apa kata ,
“ KITA TINGKATKAN LAGI USAHA... INSHA ALLAH....”

Dalil daripada Al-Quran :

Katakanlah:

 “Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya aku akan bekerja (pula), maka kelak kamu akan mengetahui,(Az-Zumar, 39:39) 

Hamba cuba selitkan beberapa persediaan mengulang kaji.

Ini adalah salah satu cara, jika anda ada cara yang lebih baik dan sesuai untuk diri anda, maka gunakanlah cara anda itu. J


Kemudian, perlu juga kita sama-sama jaga AMAL IBADAT kita . Kerana KEJAYAAN BUKAN HANYA DI DUNIA, MALAH BERJAYA JUGA DI UJIAN AKHIRAT



Anda bolehlah tambah amalan-amalan lain yang mampu mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T...
Misalnya :
-         Baca Al-Quran
-         Puasa
-         Memberi salam
-         Dan lain-lain

Dalil daripada Al-Quran :

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (QS Ali Imaraan:159-160)






SEMOGA BERJAYA !!!! 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM