Ayuh Bersama-Sama
Terima Kasih ;)
Saturday, December 10, 2011
Wednesday, December 7, 2011
FESTIVAL KESENIAN ISLAM
Salamun alaikum
w.r.t….
Alhamdulillah satu lagi sejarah telah terhasil
dalam album hudup hamba. Alhamdulillah, semua ini Allah telah aturkan.
Mengenai :
FESTIVAL KESENIAN ISLAM POLITEKNIK – POLITEKNIK
SELATAN 2011
Yang
berlangsung ketika hamba sem 1 di polu. Alhamdulillah… dapatlah hamba perolehi
pengalaman dalam pertandingan SYAIR BAHASA ARAB. Pertandingan ini jarang
dianjurkan
lagi. Namun, kini bermulanya satu perubahan baru di bumi ini. Alhamdulillah.
lagi. Namun, kini bermulanya satu perubahan baru di bumi ini. Alhamdulillah.
teks syair
Piala untuk Bahasa Inggeris & Syair Bahasa Arab
peserta azan yang mendapat Johan
pentas sayembara tempat hamba bertanding
2 orang pensyarah pengiring bg BERCERITA B.INGGERIS
(sangat baik :))
peserta nasyid yang mendapat johan
alhamdulillah, semua yang mengambil bahagian mendapat kemenangan masing-masing... Alhamdulillah.. syukur
wslm..
_alamindah_
Tuesday, December 6, 2011
SOLAT
SOLAT
Kenapa Pentingnya Solat
Berjemaah ???
1. Dapat mengenali antara umat Islam.
2. Memperoleh 27 gandaan pahala solat jemaah.
3. Mendidik masyarakat tentang amalan solat.
4. Melatih diri untuk berdisiplin.
5. Saf yang sempurna seolah-olah berjihad dijalan Allah s.w.t.
6. Simbol penyatuan umat Islam.
7. Lambang keagungan Islam.
Apakah Hukum Solat
Berjemaah?
1. Sunat mu’akkad –Mazhab Hanafi dan Maliki
2. Fardu ain/ wajib - (bukan syarat sah solat )- Ulamak’ Hanbali
3. Fardu kifayah - Pendapat mazhab Syafi’I
Firman Allah swt
Maksudnya :
“Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali (agama) Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Penolong”
(Al-Hajj : 78)
AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMAT
Amaran Kepada Muslimat !!!
Telah termaktub di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Hendaklah mereka menghulurkan tudung
keseluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu”
(Al-Ahzab : 59)
Awas Aurat Anda !!!
Rasulullah saw telah
bersabda :
“Bahawa anak perempuan apabila telah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tanggannya hingga pergelanggan”.
( H.R : Abu Daud )
Siapa Boleh Lihat Aurat Anda ???
“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa
mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka(anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara mereka
perempuan mereka, atau wanita-wanita(rakan sejawat atau yang berkidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak
mempunyai syahwat (nafsu) kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat
perempuan” (An-Nur:31)
AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMIN
Amaran Kepada Kaum Muslimin !!!
(1) Nabi Muhammad saw pernah memberi amaran kepada kaum muslimin bahawa baginda akan membakar rumah mereka yang tidak mendirikan solat secara berjemaah .
> Menunjukkan bahawa solat berjemaah itu adalah fardhu ain bagi lelaki. Jika hukumnya adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakar rumah mereka.
(2) Seorang sahabat yang buta pernah meminta izin daripada Rasulullah saw supaya diberi keuzuran untuk tidak mendirikan solat berjemaah, lalu
Rasulullah saw bertanya kepadanya : “Adakah
engkau mendengar azan?” , jawabnya “Ya, aku dapat mendengar azan.”. Lalu baginda bersabda :
“Kamu tidak boleh mendapat keringanan”
(H.R Abu Daud : 522)
< Ini membuktikan bahawa Rasulullah saw tidak memberi kelongaran kepada orang buta untuk
meninggalkan solat berjemaah, apatah lagi bagi orang yang celik seperti kita.
(3) Seorang lelaki bangun lalu beredar keluar dari masjid semasa muazzin sedang melaungkan azan, Abu Hurairah ra menjeling ke arah lelaki tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut beredar, Abu Hurairah berkata “Orang itu telah menderhaka kepada
Rasulullah saw”
(H.R Muslim : 655)
> Abu Hurairah telah menganggap bahawa
perbuatan meninggalkan solat jemaah sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana ia
merupakan sunah Rasulullah saw.
Ayuhlah kita BERUBAH DARI SEKARANG demi
mencapai keredhaan Allah swt !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






