Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Tuesday, December 6, 2011

AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMIN


Amaran Kepada Kaum Muslimin !!!

(1) Nabi Muhammad saw pernah memberi amaran kepada kaum muslimin bahawa baginda akan membakar rumah mereka yang tidak mendirikan solat secara berjemaah .

> Menunjukkan bahawa solat berjemaah itu adalah fardhu ain bagi lelaki. Jika hukumnya adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakar rumah mereka.

(2) Seorang sahabat yang buta pernah meminta izin  daripada Rasulullah saw supaya diberi keuzuran untuk tidak mendirikan solat berjemaah, lalu
Rasulullah saw bertanya kepadanya : “Adakah
engkau mendengar azan?” , jawabnya “Ya, aku dapat mendengar azan.”. Lalu baginda bersabda :
“Kamu tidak boleh mendapat keringanan”
(H.R Abu Daud : 522)

< Ini membuktikan bahawa Rasulullah saw tidak memberi kelongaran kepada orang buta untuk
meninggalkan solat berjemaah,  apatah lagi bagi orang yang celik seperti kita.

(3) Seorang lelaki bangun lalu beredar keluar dari masjid semasa  muazzin sedang melaungkan azan, Abu Hurairah ra menjeling ke arah lelaki tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut beredar, Abu Hurairah berkata “Orang itu telah menderhaka kepada
Rasulullah saw”
(H.R Muslim : 655)

> Abu Hurairah telah menganggap bahawa
perbuatan meninggalkan solat jemaah sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana ia
merupakan sunah Rasulullah saw.



Ayuhlah kita BERUBAH DARI SEKARANG demi
mencapai keredhaan Allah swt !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM