25 NASIHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA
• Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,
banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN
dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
• orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH
juga.
• Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat
dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada
ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
• Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
• Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
• Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk
tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa
), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
• Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr
tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak
mahu mengerti.
• Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar
dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
• Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.
• Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yg berbahaya.
• Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan
hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
• janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya
makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
kpd anjing sahaja.
• Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya
barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
menimbulkan kesengsaraan.
• Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.
• Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya,
padahal ia masih mahu menambahkannya.
• Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka
ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
• selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
• Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.
• Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
• Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.
• Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
• Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
• Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan
selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat
menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
• Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah
kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yg subur lalu disirami air hujan.
• Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis
yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.
No comments:
Post a Comment