Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Saturday, December 10, 2011

Selawat Murah Rezeki

Wednesday, December 7, 2011

cuba - Cuba EDIT








SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU by Humaira Fii Hamra

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu

FESTIVAL KESENIAN ISLAM


Salamun alaikum w.r.t….

Alhamdulillah satu lagi sejarah telah terhasil dalam album hudup hamba. Alhamdulillah, semua ini Allah  telah aturkan.

Mengenai  :

FESTIVAL KESENIAN ISLAM POLITEKNIK – POLITEKNIK SELATAN 2011

 Yang berlangsung ketika hamba sem 1 di polu. Alhamdulillah… dapatlah hamba perolehi 

pengalaman dalam pertandingan SYAIR BAHASA ARAB. Pertandingan ini jarang dianjurkan 


 lagi.  Namun, kini bermulanya satu perubahan  baru di bumi ini. Alhamdulillah.



teks syair 


Piala untuk Bahasa Inggeris & Syair Bahasa Arab


peserta azan yang mendapat Johan



pentas sayembara tempat hamba bertanding


2 orang pensyarah pengiring bg BERCERITA B.INGGERIS
(sangat baik :))


peserta nasyid yang mendapat johan

 alhamdulillah, semua yang mengambil bahagian mendapat kemenangan masing-masing... Alhamdulillah.. syukur

wslm..

_alamindah_

Tuesday, December 6, 2011

SOLAT


SOLAT



Kenapa Pentingnya Solat
Berjemaah ???


1. Dapat mengenali antara umat Islam.
2. Memperoleh 27 gandaan pahala solat jemaah.
3. Mendidik masyarakat tentang amalan solat.
4. Melatih diri untuk berdisiplin.
5. Saf yang sempurna seolah-olah berjihad dijalan Allah s.w.t.
6. Simbol penyatuan umat Islam.
7. Lambang keagungan Islam.



Apakah Hukum Solat
Berjemaah?


1. Sunat mu’akkad –Mazhab Hanafi dan Maliki
2. Fardu ain/ wajib -  (bukan syarat sah  solat )- Ulamak’ Hanbali
3. Fardu kifayah -  Pendapat mazhab Syafi’I


Firman Allah swt

Maksudnya  :

“Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali (agama) Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Penolong”

(Al-Hajj : 78)

AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMAT


Amaran Kepada Muslimat !!!



Telah termaktub di dalam Al-Quran yang     bermaksud :
“Hendaklah mereka menghulurkan tudung
keseluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka   tidak diganggu”
 (Al-Ahzab : 59)

Awas Aurat Anda !!!

Rasulullah saw telah
bersabda :
“Bahawa anak perempuan   apabila telah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tanggannya hingga           pergelanggan”.
( H.R : Abu Daud )


Siapa Boleh Lihat Aurat Anda ???

“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa
mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka(anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara mereka
perempuan mereka, atau wanita-wanita(rakan sejawat atau yang berkidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak
mempunyai syahwat (nafsu) kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat
perempuan” (An-Nur:31)



AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMIN


Amaran Kepada Kaum Muslimin !!!

(1) Nabi Muhammad saw pernah memberi amaran kepada kaum muslimin bahawa baginda akan membakar rumah mereka yang tidak mendirikan solat secara berjemaah .

> Menunjukkan bahawa solat berjemaah itu adalah fardhu ain bagi lelaki. Jika hukumnya adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakar rumah mereka.

(2) Seorang sahabat yang buta pernah meminta izin  daripada Rasulullah saw supaya diberi keuzuran untuk tidak mendirikan solat berjemaah, lalu
Rasulullah saw bertanya kepadanya : “Adakah
engkau mendengar azan?” , jawabnya “Ya, aku dapat mendengar azan.”. Lalu baginda bersabda :
“Kamu tidak boleh mendapat keringanan”
(H.R Abu Daud : 522)

< Ini membuktikan bahawa Rasulullah saw tidak memberi kelongaran kepada orang buta untuk
meninggalkan solat berjemaah,  apatah lagi bagi orang yang celik seperti kita.

(3) Seorang lelaki bangun lalu beredar keluar dari masjid semasa  muazzin sedang melaungkan azan, Abu Hurairah ra menjeling ke arah lelaki tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut beredar, Abu Hurairah berkata “Orang itu telah menderhaka kepada
Rasulullah saw”
(H.R Muslim : 655)

> Abu Hurairah telah menganggap bahawa
perbuatan meninggalkan solat jemaah sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana ia
merupakan sunah Rasulullah saw.



Ayuhlah kita BERUBAH DARI SEKARANG demi
mencapai keredhaan Allah swt !!!


25 Nasihat Luqman Al-Hakim



25 NASIHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

• Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
• orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
• Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
• Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
• Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
• Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
• Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
• Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
• Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
• Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
• Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
• janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
• Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
• Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
• Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
• Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
• selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
• Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
• Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
• Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
• Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
• Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
• Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
• Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
• Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
 - i luv islam

_alamindah_

Hargai Sebelum ia Menghilang


Salamun a'laikum....

sahabat sekalian, suka hamba berkongsi cerita suka dan duka agar kita dapat ambil apa yang bai dan buruk. Alhamdulillah... banyak hamba belajar daripada penghijrahan hamba kali ini. ada baik dan buruknya. ia. Namun, kekuatan IMAN itu penting agar pergi kemana-mana dalam apa-apa situasi dan suasana tidak bisa merubah IMAN kita. InsyaAllah. 

     Apa yang cuba hamba kongsikan dengan sahabat kali ini ialah  HARGAILAH SEBELUM IA PERGI. emm...
Apa yang sahabat faham mengenai tajuk hamba kali ini? em... mengenai apa ye?. Cinta ke ? Manusia ke?.hmmm... 
apa pun, hamba cuba berkongsi apa yang hamba lalui setakat ini sekadar apa yang mampu disampaikan. Mugkin, pengalaman hamba bukanlah sebraa namun sekadar cerita usang yang bisa memperingatkan diri hamba sendiri sekali gus buat sahabat-sahabat jua. insyaAllah

     Setiap daripada kita ada perbezaannya, banyak atau sikit . bergantung pada indidu. Kan?. Alhamdulillah, makin lama haamba dalam penghijrahan ini, makin hamba menghargai apa yang hamba belajar dulu. rasa rugi,bila x fokus saat ust dan ustazah mengajar dulu. walaupun subjek itu bukanlah berkaitan dengan amali kita setiap hari, ia juga pentig untuk belajar. mngapa?. sebab, apabila kita menyampaikan sesuatu, pasti ada sesuatu kelainan yang kita ingin brkongsi. Apa yang kita tahu, kita ingin cuba sampaikan waaupun ia x seberapa, namun sangat penting.

bila hamba berada dalam kumpulan usrah yang sedikit ini, makin hamba hargai saat ustaz dan ustazah sampaikan tazkirah dulu. makin rindui untuk lihat ramai orang Islam mendengar tazkirah-tazkirah seperti dulu. Bruntunglah orang-orag yang dianggap asing. Walaupun sedikit, namun pentingnya istiqamah dan amalkan apa yang sedkit itu. 

Dulu, kita selalu soat berjemaah ramai-ramaikan?. em.. alhadulillah. selalu kita langkahkan kaki kita bersama-sama menuju ke rumah Allah, Masjid. namun, di persingahan hijra hamba kali ini, sukar untuk melihat dan buat gitu, kecualilah ada majlis-majlis tertentu sahaja. emm. berbeza x bereti tidak bersama. Bersukurlah daripada tiada siapa-siapa yang g soal berjemaah. kan.

       Alhamdulillah, penghijrahan ini dapat hamba melihat keadaan dua biah yang berbeza. Sekurang-kurangnya untuk kita brikir tentang hakikat hari ini. Maka berutungkah insan yang terus berjuang untuk kejayaan Islam .

jadi, em... ingatlah bahawa gunakan kesempatan yang ada, dan hayati srta amal setiap apa yang kita tahu. kerana kita tiadak tahu apa yang terjadi dihadapan hari. maka brsyukurlah.  dan ingatlah bahawa "ALLAH TIDAK AKAN JADIKAN SESUATU UNTUK SIA-SIA"

Maafkan hamba, Apa yang Baik datangnya daripada Allah, apa yang lemah tu adalah kerana kelemahan hamba . Namun, hakikatnya ia adalah ujia darpada Allah swt.....

sekian , wasalam.

_alamindah_

KELEBIHAN TAWADUK (MERENDAH DIRI)


Salamun alaikum w.r.t....

Sekadar Perkongsian mengenai bab yang amat sesuai bagi diri kita agar kita agar kita sentiasa beringat-ingat.

Berdasarkan kitab Mutiara Hadis Nabi s.a.w. Penawar Jiwa - As Syeikh Muhiyuddin Aceh

1. Nabi s.a.w bersabda , maksudnya : 

" Sesiapa yang merendah diri kerana Allah Taala, nescaya Allah Taala meninggikanya dan sesiapa yang berasa takbur, nescaya Allah Taala merendahkannya."

2. Nabi s.a.w bersabda , maksudnya : 

"Tiada daripada anak Adam (manusia) melainkan pada kedua kepalanya dua rantai, satu rantai ke langit ke tujuh dan satu rantai ke bumi yang ketujuh. Maka apabila ia merendah diri, nescaya Allah Taala mengangkatnya ke langit ketujuh dan apabila ia takbur , nescaya Allah Taala meletakkannya ke bumi yang di bawah (yang paling hina)"

3. Nabi s.a.w bersabda , maksudnya : 

" peringatkanlah ke atas orang yang lupa, maka sesungguhnya mengingatkan orang yang lupa itu sedekah "


 *indahnya berendah diri*


_alamindah_

Sahabat Hamba


Salamun alaikum w.r.t…..

Alhamdulillah, hari ini hamba berpeluang untuk mengungkap coretan yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan untuk coretan-coretan selepas ini juga. Kali ini hamba suka untuk berkongsi mengenai sahabat-sahabat hamba. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan kepada hamba dengan sahabat-sahabat. Alhamdulillah. “Ya Allah. Kau rahmatilah sahabat-sahabat ku, sesungguhnya aku amat menyayangi mereka wlaupun aku tahu hakikatnya Engakau lebih menyayangi mereka. Ampunkanlah aku Ya Allah, kerana aku tidak bias menjadi seorang sahabat yang baik untuk mereka.”

Hamba berusaha untuk menjadi seorang pejuang untuk agama ini, insyaAllah… amen… Namun, biasalah bagi seorang yang dalam keadaan ini akan rasa keseorangan. Tiada orang tersayang disisi, itu adalah biasa bagi hamba kini. Ia lebih member pengajaran kepada hamaba untuk menghargai sahabat-sahabat yang ada disisi meskipun jauh dari pandangan. Namun, sesungguhnya mereka tetap dihati. InsyaAllah. “Ya Allah, aku meyayangi mereka kerana Mu dan kerana Agama Mu …. Ya Allah…. Satukanlah hati-hati kami dalam redha MU….”

Syukur, hamba diberi oleh Allah sahabat-sahabat yang hebat didunia dan insyaAllah di akhirat juga. Hamba mulakan dengan salah seorang sahabat hamba yakni “Sahabat Mimpi”, mungkin ia pelik namun, itu adalah hakikatnya. Sahabat yang jarang bersua di alam biasa dan jarang juga di alam mimpi. Alhamdulillah, sahabat ini lah yang selalu menasihati hamba tentang akhlak sebagai seorang muslim. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa bersama mu wahai sahabat, meskipun kita tidak lagi bersua……….

Sahabat hamba semua baik-baik bagi hamba , Alhamdulillah… mereka baik sangat, entahlah mengapa. Berbanding, amatlah jauh bezanya. “Ya Allah, hanya Mu yang bisa balas budi baik sahabat-sahabat ku …..”Ya Allah, sahabat – sahabat ku ini lah yang seriang aa disisi saat hamba sedih, jatuh dan tersungkur, menasihati hamba dikala terslah langkah .. Ya Allah, hamba bersyukur pada Mu kerana menghadiahkan hamba sahabat-sahabat ini…

Hamba mengenali seorang sahabat ini hanya di muka buku, Alhamdulillah…. Ada persamaan antara hamba dengannya. Hamba suka dengar dia bercerita tentang penghijrahnya di bumi Allah ini… Alahmdulillah, Bak kata seorang kakak ku , “anak yang terpilih dalam keluarga”, dia juga seorang yang terpilih jua. Alhamdulillah. Beruntunglah bagi sesiapa yang dipilih oleh Nya… Semoga sahabat ku bias teruskan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini. InsyaAllah….. “Ya Allah, pilihlah kami untuk terus bersamaMu , Ya Allah…..”

Istimewa sungguh sahabat-sahabat hamba ini… terlalu banyak budi mereka pada hamba… dalam perjuangan hamba… saat di Maahad dulu, di Pondok, di KUIS, medan dunia reality, dia alam maya, di poly, dimana-mana sahaja langkah hamba melangkah… Ya Allah….. hamba bersyukur pada Mu… Alhamdulillah…. Ya Allah, andainya selepas ini ham ba gugur terlebih dahulu daripda mereka, tegukanlah hati-hati mereka dalam perjuangan yang diwariskan ini. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati mereka agar terus sebagaimana teguhnya hati sahabat-sahabat Rasul Mu , Ya Allah…. Ya Allah… bangkitkanlah semangat mereka, sebagaimana bersungguhnya semangat sahabat-sahabat Rasul Mu… Ya Allah… satukanlah hati-hati kami…

Semoga Allah satukan hati-hati kita pada perjuangan ini…… ameen…. insyaAllah… maafkan segala khilaf hamba…..

_alamindah_

Friday, September 9, 2011

Usrah Jemaah Anak Muda: AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Usrah Jemaah Anak Muda: AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI: "Islam itu melangkaui batas perkauman" AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (Artikel ini diringkaskan dari ...

Usrah Jemaah Anak Muda: AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Usrah Jemaah Anak Muda: AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI: "Islam itu melangkaui batas perkauman" AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (Artikel ini diringkaskan dari ...

Saturday, September 3, 2011

KehiDupan YanG BaRu Di PMM


                 Pelayaran ku bukanlah sehebat pelayar para perjuang memperjuangkan Islam ditanah mereka berhenti, pelayaran ku hanyalah ke suatu destinasi kecil . Namun, hamba hanyalah insan biasa yang merasakan berat tanggungan itu, Ya Allah permudahkanlah urusan ku agar pertanggungjawapan ini dapat ku selesaikan. ameen... 

                 Tangisan meringgi ku selama seminggu bemula kaki berpijak di bumi PMM... Bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa hamba adalah seorang pelajar bidang kejuruteraan... Ya Allah.. tiada lainnya kecuali kerana MU.... tanggisan hamba bukanlah kerana hamba membenci tempat ini, tetapi kerana , ramai yang beranggapan bahawa tempat ini tempat boleh menyebabkan hamba berubah. Ya Allah.. lindungilah hamba daripda melakukan perkara keji lagi mungkar... ameen. Jujurnya, biah di tempat batu bukanlah seindah biah di kolej hamba dahulu.. malah lebih dasyat, namun, biah sedemikian bisa diubah seandainya kita yakin dan bersungguh-sungguh mengubahnya kemampuan kita. insyaAllah.. Ya Allah, bantulah hamba untuk membantu sahabat-sahabat  hamba yang terkapai-kapai mencari sinarMU... Ya Allah..

             Ya Allah.. mereka juga mengasihi  MU ... Ya Allah... pilihlah kami dalam pilihanMu.. insyaAllah.. hamba akan mampu untuk memperjuangkan Perjuangan ini... hanya kerana Mu...
Ya Allah... 



* buat adik2 ku..., sahabat2 ku...., kakak2 ku.... ayuhlah kita bersama memperjuangkan Islam .... Yakinlah pada janji Allah....

              




indahnya bertudung labuh......


ukhwah pasti utuh kerana kita bina keranaNYA... insyaAllah

:)

inilah adik2 ku


jom jalan2 ...

alhamdulillah....

Monday, July 18, 2011

UMI ABAH




assalamualaikum.................

umi, abah.....................

rindunya kat umi abah... tak sampai sebulan lagi tak balik rumah tapi macam dh 10 tahun tak balik... Ya Allah... jagalah umi abah hamba seperti mana mereka menjaga hamba sewaktu kecil...
Ya Allah....

sukar lagi melafaz rindu ini kepada dua insan penyeri kehidupan ini... walaupun hampir setiap hari call umi atau abah.. tapi rasa macam 10 hari tak call... Ya Allah... syukur kerana Engakau memberi hamba umi dan abah sehingga masih dapat ku merasakan kasih dan sayang umi dan abah... alhamdulillah.....

Mengapalah terjadinya anak derhaka ye?.... apakah mereka lupa tentang jasa kedua ibu bapa mereka?.. adakah mereka tidak menyayangi kedua ibu bapa mereka.... Ya Allah... berilah hidayah kepada anak2 yang tidak sedar jasa kedua ibu bapanya.. YA ALLAH... janganlah Engakau biarkan hati ini miskin dengan rasa syukur pada MU.... Ya Allah... hadirnya hamba kerana kedunia demi Mu... Ya Allah...

Ya Allah... sungguh bahagia apabila kita merindui insan yang halal untuk dirindui.... bahagia diselitkan cinta... YA Allah,.... "REDHA ALLAH PADA REDHA KEDUA IBU BAPA"... Ya Allah.... gapaikanlah hamba... Ya Allah... jadikanlah hamba anak yang solehah..... ameen...

duhai sahabat.............. sayangilah insan yang telah banyak berkorban kerana mu.. kerana mereka tiada dua di dunia.... janganlah bila tiada baru menghargainya... jangan jadi seperti pepatah melayu yang mengatakan"nasi sudah menjadi bubur"

pastikan lah ibu bapa kita sentiasa dihati bersama CINTA ILAHI.... insyaAllah...

UMI ABAH... DOA KAN KAK NA... BERJAYA DI DUNIA SERTA DI AKHIRAT...

_maaf_

KUATKAN DIRI



Salam ingatan kepada sidang pembaca sekalian. Hari ini bukanlah suatu hari yang sukar. Namun, hari ini ialah hari dimana hamba diduga. Alahmdulillah… hamba masih diduga….

Penghijrahan hamba ke salah sebuah IPTA, bukan suatu perkara yang mudah bagi hamba untuk menerima beberapa perkara baru dengan keadaan perlu menerima hakikat dengan suatu tradisi yang baru. Ya Allah… semua ini kerana Mu… Ye hamba akui berat untuk mulakan penghijrahan ini, namun keran “REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDAH KEDUA IBU BAPA”, hamba akur dan bersetuju untuk meneruskan penghijrahan ini. Walaupun, hamba tahu sahabat-sahabat , pensyarah, guru-guru tidak bersetuju… namun, kerana dalil itu hamba teruskannya juga. Hamba yakin dengan janji –janji Allah.. pasti dan pasti. InsyaAllah.

Setiap hamba dianugrahkan dengan ujian, jadi hamba terimanya. Kerana Allah telah menyatakan bahawa, Allah hanya akan menguji hamba-hambaNya yang mampu sahaja. InsyaAllah.. hamba boleh. Sebelum hamba berangkat , air mata berguguran merintih. Hati ini berkata-kata tanpa henti. Menangis … apakah hamba ini terlalu hina?, hingga ke sini? .. saat itulah hamba teringat bahawa seandainya Allah menyayangi hambanya, Allah akan jadi hambaNya fahan mengenai agamaNya. Adakah hamba bukan golongan itu?. Ya Allah…. Hampirkan hamba dengan Mu Ya Allah. Tidak senmestinya mengambil program bukan agama, kami tidak taat padaMu Ya Allah.. Kami juga menyayangiMu…. Ya Allah… ampunkanlah kami… teguhkanlah keimanan kami…

Teringat pula kata-kata umi, “ Kak, ilmu Allah ini luas, bukan hanya ilmu agama, ilmu Allah meliputi semua , Kak kena bantu orang-orang yang dalam keadaan tidak faham agama”. Ya Allah, begitu tinggi pengharapan umi terhadap hamba Ya Allah… Kuatkan keimanan hamba menempuhi dugaan ini. Ya Allah.. sesungguhnya perjuangan ini hanyalah kerana Mu…. Ya Allah semua ini kerana Mu.. kerana keredhaanMu…. Kuatkanlah keimanan ini…. Ya Allah…

Tidak sampai 2 hari lagi , hamba akan berangkat. Namun, hamba tidak siapkan persiapan untuk ke sana lagi. Emm.. tidak apalah…. Dulu, masa nak belajar kat KUIS, tak banyak jugak persiapannya. Persiapan peralatan bukanlah suatu yang terlalu penting, tapi yang benar-benar penting ialah diri hamba sendiri. Kekuatan yang perlu dikumpulkan untuk menemouhi hari-hari yang baru dalam sejarah hidup hamba sendiri. Itulah persediaan yang lagi perlu. insyaAllah.

Air mata tidak berhenti menyirami pipi, malam itu. Begitu sedih hati ini. Apakah dengan keputusan hamba ini akan menyebabkan hamba dijauhi?. Sahabat-sahabat yang dulu bersama hamba?, adakah mereka akan pergi meninggalkan hamba. Membiarkan hamba berperang seorang?, Ya Allah… hamba akur andai itu berlaku, tak semua yang hamba harapkan akan berlaku… itulah yang perlu hamba ingat dan percaya. Hamba perlu terima kenyataan , andai selepas ini sahabat yang dulu bersama hamba pergi meninggalkan hamba . hamba akur, kerana hamba tahu…. Hakikat diri hamba. Hamba bukanlah sehebat mereka, yang hatinya sentiasa bersamaMu Ya Allah… hamba tahu, rendahnya hamba berbanding mereka… Ya Allah…. Apalah hamba berbanding mereka yang sentiasa hampir dengan Mu Ya Allah.. jauh sekali hebat mereka. Ya Allah… hinanya diri ini….

Ya Allah… hamba akur, kerana hamba tahu, hakikat dan apa yan hamba kejar…. Satu-satunya… KEREDHAAN MU… YA ALLAH… itu… hamba kuat menempuhnya kerana Mu Ya Allah… namun, hamba tetap yakin, bahawa ukhwah yang hamba bina atas namaMu itu, akan tetap kukuh bersama redha Mu… Mungkin, hamba lupa mengenai kami pernah berirkar untuk dakwah di jalanMu… Ya Allah, kami pernah berdoa agar hati-hati kami akan terus disatukan dibawah cintaMu… Ya Allah…. Hamba yakin denganMu … Ya Allah…

Ya Allah… , Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana Mengasii MU, bertemu untuk mematuhi perintahMU , bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan hati-hati ii. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan MU yang benar. Penuhkanlah hati dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikalah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu .Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah jujungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya.

Amin, Ya Rabbal ‘Aalamiin……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM