KENAPA KITA MENYAMBUT MAULID NABI??? INILAH HUJJAH-HUJJAHNYA.KENAPA 
KITA MENYAMBUT MAULID NABI??? INILAH HUJJAH-HUJJAHNYA…oleh Al-Asyairah 
Al-Syafii pada pada 07hb Februari 2011 pukul 4.22 ptg
SEJARAH PERINGATAN MAULID NABI
Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi???
Peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh raja Irbil 
(wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal 
abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:
“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan 
Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah 
seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah
 merahmatinya-”.
Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa dalam peringatan 
tersebut Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh 
para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu 
fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para 
ahli tasawwuf dan lainnya. Sejak tiga hari, sebelum hari pelaksanaan 
mawlid Nabi beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing 
dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam 
perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama’ saat itu membenarkan 
dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. 
Mereka semua berpandang dan menganggap baik perayaan maulid Nabi yang 
dibuat untuk pertama kalinya itu.
Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa 
al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan 
seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 
Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat
 besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, 
al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi 
yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini 
kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.
Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya 
hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah
 sesuatu yang baik. Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah 
menyatakan demikian. Di antara mereka seperti al-Hafizh Ibn Dihyah (abad
 7 H), al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H), Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani 
(W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 
902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam al-Nawawi (W. 
676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir
 iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti 
Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H) dan terdapat 
banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi 
menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi 
‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan 
di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, 
dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.
Hukum Peringatan Maulid Nabi 
Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang 
dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan 
sebagian sifat-sifat nabi yang mulia, ini adalah perkara yang penuh 
dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentu jika perayaan 
tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’. 
Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa perayaan Maulid Nabi mulai 
dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini 
tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para 
sahabat dan generasi Salaf. Namun demikian tidak bererti hukum perayaan 
Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang
 tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau 
tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan 
dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri. Para ulama’
 menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada 
bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini 
merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan 
hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.
Dalil-Dalil mengenai Peringatan Maulid Nabi 
Peringatan Maulid Nabi masuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat 
sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syari`at Islam. 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: 
“مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا 
وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ 
أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”.
(رواه مسلم في صحيحه)”. 
Ertinya:
“Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara 
yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya 
tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya 
selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”. 
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).
Faedah daripada Hadith tersebut: 
Hadith ini memberikan kelonggaran kepada ulama’ ummat Nabi Muhammad 
sallallahu`alaihi wasallam untuk melakukan perkara-perkara baru yang 
baik dan tidak bertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar 
(peninggalan) mahupun Ijma` ulama’. Peringatan maulid Nabi adalah 
perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di 
antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian bererti hukumnya boleh, 
bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan pahala. Jika ada orang yang 
mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti ia telah mempersempit 
kelonggaran yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan 
perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada zaman Nabi.
2. Dalil-dalil tentang adanya Bid`ah Hasanah yang telah disebutkan dalam pembahasan mengenai Bid`ah.
3. Hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam 
Muslim di dalam kitab Shahih mereka. Diriwayatkan bahawa ketika 
Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa
 pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Rasulullah bertanya kepada mereka: 
“Untuk apa mereka berpuasa?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari 
ditenggelamkan Fir’aun dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di 
hari ini adalah karena bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah 
sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“أَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ”.
Ertinya:
“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”.
Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat baginda untuk berpuasa.
Faedah daripada Hadith tersebut:
Pengajaran penting yang dapat diambil daripada hadith ini ialah 
bahawa sangat dianjurkan untuk melakukan perbuatan bersyukur kepada 
Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah berikan pada 
hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan bersyukur kerana 
memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian 
perbuatan syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap 
tahunnya. Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan 
berbagai bentuk ibadah, seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca
 al-Qur’an dan sebagainya. Bukankah kelahiran Rasulullah 
sallallahu`alaihi wasallam adalah nikmat yang paling besar bagi umat 
ini?!
Adakah nikmat yang lebih agung daripada dilahirkannya Rasulullah pada
 bulan Rabi’ul Awwal ini?! Adakah nikmat dan kurniaan yang lebih agung 
daripada pada kelahiran Rasulullah yang menyelamatkan kita dari jalan 
kesesatan?! Demikian inilah yang telah dijelaskan oleh al-Hafizh Ibn 
Hajar al-`Asqalani.
4. Hadits riwayat al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya. Bahawa 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika ditanya mengapa beliau 
puasa pada hari Isnin, beliau menjawab:
“ذلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ”.
Ertinya:
“Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan”.
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)
Faedah daripada Hadith tersebut: 
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam 
melakukan puasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahawa 
pada hari itu baginda dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah
 sallallahu`alaihi wasallam, ertinya jika baginda berpuasa pada hari 
isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahiran baginda sendiri pada 
hari itu, maka demikian pula bagi kita sudah selayaknya pada tanggal 
kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tersebut untuk kita 
melakukan perbuatan syukur, misalkan dengan membaca al-Qur’an, membaca 
kisah kelahiran baginda, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik dan 
lainnya. Kemudian, oleh kerana puasa pada hari isnin diulangi setiap 
minggunya, maka bererti peringatan maulid juga diulangi setiap tahunnya.
 Dan kerana hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam masih 
diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai tanggalnya, -bukan pada 
harinya-, maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal 12, 2, 8, atau 
10 Rabi’ul Awwal atau pada tanggal lainnya. Bahkan tidak menjadi masalah
 bila perayaan ini dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun, 
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Hafizh al-Sakhawi seperti yang
 akan dinyatakan di bawah ini.
Fatwa Beberapa Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah: 
1. Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi 
al-Hadith al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan 
seperti berikut:
“أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ 
الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ 
اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا 
الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”. وَقَالَ: 
“وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ”.
Ertinya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl 
daripada (ulama’) al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, 
tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya 
(keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan
 hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), 
maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: 
“Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas 
dalil yang thabit (Sahih)”.
2. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam 
risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid”. Beliau menyatakan 
seperti berikut:
“عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ 
النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ 
الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ 
فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ 
يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ 
مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا 
فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ 
وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ
 صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ 
بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ 
وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ 
الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ”. 
Ertinya:
“Menurutku: pada dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan 
orang-orang beserta bacaan beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan 
hadith-hadith tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang 
mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan hidangan lalu dimakan oleh 
orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar setelahnya tanpa ada 
tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah (bid`ah yang 
baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara seperti 
itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan 
merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita 
dengan kelahirannya (rasulullah) yang mulia. Orang yang pertama kali 
melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan 
al-Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah 
seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan
 dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami` 
al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.
3. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:
“لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ
 الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ “بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ 
أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ 
يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ 
الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، 
وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، 
وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ 
يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ 
مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ”. 
ثُمَّ قَالَ: “قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ 
لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، 
وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: 
لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ 
الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ 
الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا 
وَلَيَالِيْهِ”. 
Ertinya:
“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun 
daripada kaum al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang 
mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di 
semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid 
Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan 
makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan 
baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, 
mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan 
kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul 
dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan 
Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian 
al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut 
pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul 
Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada 
pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan 
bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang
 ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan 
Rabi’ul Awwal seluruhnya” .
Jika kita membaca fatwa-fatwa para ulama’ terkemuka ini dan 
merenungkannya dengan hati yang suci bersih, maka kita akan mengetahui 
bahawa sebenarnya sikap “BENCI” yang timbul daripada sebahagian golongan
 yang mengharamkan Maulid Nabi tidak lain hanya didasari kepada hawa 
nafsu semata-mata. Orang-orang seperti itu sama sekali tidak 
mempedulikan fatwa-fatwa para ulama’ yang saleh terdahulu. Di antara 
pernyataan mereka yang sangat menghinakan ialah bahawa mereka seringkali
 menyamakan peringatan maulid Nabi ini dengan perayaan hari Natal yang 
dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari mereka, 
kerana sangat benci terhadap perayaan
Maulid Nabi ini, dengan tanpa malu
 dan tanpa segan sama sekali berkata:
“إِنَّ الذَّبِيْحَةَ الَّتِيْ تُذْبَحُ لإِطْعَامِ النَّاسِ فِيْ الْمَوْلِدِ أَحْرَمُ مِنَ الْخِنْزِيْرِ”.
Ertinya:
“Sesungguhnya binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid lebih haram dari daging babi”.
Golongan yang anti maulid seperti WAHHABI menganggap bahawa perbuatan
 bid`ah seperti menyambut Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang 
mendekati syirik (kekufuran). Dengan demikian, menurut mereka, lebih 
besar dosanya daripada memakan daging babi yang hanya haram sahaja dan 
tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran).
Jawab: 
Na`uzu Billah… Sesungguhnya sangat kotor dan jahat perkataan orang 
seperti ini. Bagaimana ia berani dan tidak mempunyai rasa malu sama 
sekali mengatakan peringatan Maulid Nabi, yang telah dipersetujui oleh 
para ulama’ dan orang-orang saleh dan telah dianggap sebagai perkara 
baik oleh para ulama’-ulama’ ahli hadith dan lainnya, dengan perkataan 
buruk seperti itu?!
Orang seperti ini benar-benar tidak mengetahui kejahilan dirinya 
sendiri. Apakah dia merasakan dia telah mencapai darjat seperti 
al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Hafizh al-Suyuthi atau al-Hafizh 
al-Sakhawi atau mereka merasa lebih `alim dari ulama’-ulama’ tersebut?! 
Bagaimana ia membandingkan makan daging babi yang telah nyata dan tegas 
hukumnya haram di dalam al-Qur’an, lalu ia samakan dengan peringatan 
Maulid Nabi yang sama sekali tidak ada unsur pengharamannya dari nas-nas
 syari’at agama?! Ini bererti, bahawa golongan seperti mereka yang 
mengharamkan maulid ini tidak mengetahui Maratib al-Ahkam 
(tingkatan-tingkatan hukum). Mereka tidak mengetahui mana yang haram dan
 mana yang mubah (harus), mana yang haram dengan nas (dalil al-Qur’an) 
dan mana yang haram dengan istinbath (mengeluarkan hukum). Tentunya 
orang-orang ”BODOH” seperti ini sama sekali tidak layak untuk diikuti 
dan dijadikan ikutan dalam mengamalkan agama ISLAM ini.
Pembacaan Kitab-kitab Maulid
Di antara rangkaian acara peringatan Maulid Nabi adalah membaca 
kisah-kisah tentang kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. 
Al-Hafizh al-Sakhawi menyatakan seperti berikut:
“وَأَمَّا قِرَاءَةُ الْمَوْلِدِ فَيَنْبَغِيْ أَنْ يُقْتَصَرَ مِنْهُ 
عَلَى مَا أَوْرَدَهُ أَئِمَّةُ الْحَدِيْثِ فِيْ تَصَانِيْفِهِمْ 
الْمُخْتَصَّةِ بِهِ كَالْمَوْرِدِ الْهَنِيِّ لِلْعِرَاقِيِّ– وَقَدْ 
حَدَّثْتُ بِهِ فِيْ الْمَحَلِّ الْمُشَارِ إِلَيْهِ بِمَكَّةَ-، وَغَيْرِ 
الْمُخْتَصَّةِ بِهِ بَلْ ذُكِرَ ضِمْنًا كَدَلاَئِلِ النُّـبُوَّةِ 
لِلْبَيْهَقِيِّ، وَقَدْ خُتِمَ عَلَيَّ بِالرَّوْضَةِ النَّـبَوِيَّةِ، 
لأَنَّ أَكْثَرَ مَا بِأَيْدِيْ الْوُعَّاظِ مِنْهُ كَذِبٌ وَاخْتِلاَقٌ، 
بَلْ لَمْ يَزَالُوْا يُوَلِّدُوْنَ فِيْهِ مَا هُوَ أَقْبَحُ وَأَسْمَجُ 
مِمَّا لاَ تَحِلُّ رِوَايَتُهُ وَلاَ سَمَاعُهُ، بَلْ يَجِبُ عَلَى مَنْ 
عَلِمَ بُطْلاَنُهُ إِنْكَارُهُ، وَالأَمْرُ بِتَرْكِ قِرَائِتِهِ، عَلَى 
أَنَّهُ لاَ ضَرُوْرَةَ إِلَى سِيَاقِ ذِكْرِ الْمَوْلِدِ، بَلْ يُكْتَفَى 
بِالتِّلاَوَةِ وَالإِطْعَامِ وَالصَّدَقَةِ، وَإِنْشَادِ شَىْءٍ مِنَ 
الْمَدَائِحِ النَّـبَوِيَّةِ وَالزُّهْدِيَّةِ الْمُحَرِّكَةِ 
لِلْقُلُوْبِ إِلَى فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ وَاللهُ 
يَهْدِيْ مَنْ يَشَاءُ”. 
Ertinya:
“Adapun pembacaan kisah kelahiran Nabi maka sepatutnya yang dibaca 
itu hanya yang disebutkan oleh para ulama’ ahli hadith di dalam 
kitab-kitab mereka yang khusus menceritakan tentang kisah kelahiran 
Nabi, seperti al-Maurid al-Haniyy karangan al-‘Iraqi (Aku juga telah 
mengajarkan dan membacakannya di Makkah), atau tidak khusus -dengan 
karya-karya tentang maulid saja- tetapi juga dengan menyebutkan 
riwayat-riwayat yang mengandungi tentang kelahiran Nabi, seperti kitab 
Dala-il al-Nubuwwah karangan al-Baihaqi. Kitab ini juga telah dibacakan 
kepadaku hingga selesai di Raudhah Nabi. Kerana kebanyakan kisah maulid 
yang ada di tangan para penceramah adalah riwayat-riwayat bohong dan 
palsu, bahkan hingga kini mereka masih terus mengeluarkan 
riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang lebih buruk dan tidak layak 
didengar, yang tidak boleh diriwayatkan dan didengarkan, justeru 
sebaliknya orang yang mengetahui kebatilannya wajib mengingkari dan 
melarangnya untuk dibaca. Padahal sebenarnya tidak boleh ada pembacaan 
kisah-kisah maulid dalam peringatan maulid Nabi, melainkan cukup membaca
 beberapa ayat al-Qur’an, memberi makan dan sedekah, didendangkan 
bait-bait Mada-ih Nabawiyyah (pujian-pujian terhadap Nabi) dan 
syair-syair yang mengajak kepada hidup zuhud (tidak loba kepada dunia), 
mendorong hati untuk berbuat baik dan beramal untuk akhirat. Dan Allah 
memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki”.
Kesesatan fahaman WAHHABI yang Anti Maulid:
Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata: 
“Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga 
tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu 
merupakan perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam 
melakukannya”.
Jawab: 
Baik, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, 
adakah baginda melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah
 tidak semestinya menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram 
itu adalah sesuatu yang telah nyata dilarang dan diharamkan oleh 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam.
 Disebabkan itu Allah ta`ala 
berfirman:
“وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا”. (الحشر: 7)
Ertinya:
“Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”.
(Surah al-Hasyr: 7)
Dalam firman Allah ta`ala di atas disebutkan “Apa yang dilarang ole 
Rasulullah atas kalian, maka tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang 
ditinggalkan oleh Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa 
perkara haram adalah sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi bukan sesuatu yang 
ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram hukumnya hanya dengan 
alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. 
Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan 
mengharamkannya.
Lalu kita katakan kepada mereka:
“Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (harus) atau 
sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam 
secara langsung yang khusus menjelaskannya?” 
Apakah untuk mengetahui boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid 
harus ada nas khusus daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang
 menyatakan tentang maulid itu sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah 
menyatakan atau melakukan segala sesuatu secara khusus dalam umurnya 
yang sangat singkat?! Bukankah jumlah nas-nas syari`at, baik ayat-ayat 
al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi, itu semua terbatas, ertinya tidak 
membicarakan setiap peristiwa, padahal peristiwa-peristiwa baru akan 
terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap perkara harus 
dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah kedudukan 
ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran dan 
al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang 
memberikan pemahaman umum?!
Misalnya firman Allah ta`ala:
“وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ”. (الحج: 77)
Ertinya:
“Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”.
(Surah al-Hajj: 77)
Adakah setiap bentuk kebaikan harus dikerjakan terlebih dahulu oleh 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam supaya ia dihukumkan bahawa 
kebaikan tersebut boleh dilakukan?! Tentunya tidak sedemikian. Dalam 
masalah ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hanya memberikan 
kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Kerana itulah dalam setiap 
pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan dengan Jawami` 
al-Kalim ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah terdapat 
kandungan makna yang sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah 
sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا 
وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ 
أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”.
(رواه الإمام مسلم في صحيحه)
Ertinya:
“Barangsiapa yang melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam 
sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala dari 
perbuatannya tersebut dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya 
sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”. 
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya).
Dan di dalam hadith sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ”.
(رواه مسلم)
Ertinya:
“Barang siapa merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal darinya maka ia tertolak”.
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)
Dalam hadith ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan 
bahawa sesuatu yang baru dan tertolak adalah sesuatu yang “bukan 
daripada sebahagian syari`atnya”. Ertinya, sesuatu yang baru yang 
tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam itu sendiri. Inilah yang 
dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di dalam 
hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua perkara yang 
belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, maka 
perkara tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka 
Rasulullah tidak akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan 
berkata: “Man Ahdatsa Fi Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun 
yang merintis perkara baru dalam agama kita ini, maka ia pasti 
tertolak). Dan bila maknanya seperti ini maka bererti hal ini 
bertentangan dengan hadith yang driwayatkan oleh al-Imam Muslim di atas 
sebelumnya. Iaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam Sunnatan Hasanatan….”.
Padahal hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi 
isyarat anjuran bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang 
baik, dan yang selari dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua
 perkara yang baru itu adalah sesat dan ia tertolak. Namun setiap 
perkara baru harus dicari hukumnya dengan melihat persesuaiannya dengan 
dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai maka boleh dilakukan, 
dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh dilakukan. Karena 
itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti berikut:
“وَالتَّحْقِيْقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ 
مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ، وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا 
تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ”. 
Ertinya:
“Cara mengetahui bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) 
menurut tahqiq (penelitian) para ulama’ adalah bahawa jika perkara baru 
tersebut masuk dan tergolong kepada hal yang baik dalam syara` bererti 
ia termasuk bid`ah hasanah, dan jika tergolong kepada hal yang buruk 
dalam syara` maka berarti termasuk bid’ah yang buruk (yang dicela)”.
Bolehkah dengan keagungan Islam dan kelonggaran kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa setiap perkara baharu itu adalah sesat?
2. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi biasanya 
berkata: “Peringatan maulid itu sering dimasuki oleh perkara-perkara 
haram dan maksiat”.
Jawab: 
Apakah kerana alasan tersebut lantas peringatan maulid menjadi haram 
secara mutlak?! Pendekatannya, Apakah seseorang itu haram baginya untuk 
masuk ke pasar, dengan alasan di pasar banyak yang sering melakukan 
perbuatan haram, seperti membuka aurat, menggunjingkan orang, menipu dan
 lain sebagainya?! Tentu tidak demikian. Maka demikian pula dengan 
peringatan maulid, jika ada kesalahan-kesalahan atau perkara-perkara 
haram dalam pelaksanaannya, maka kesalahan-kesalahan itulah yang harus 
diperbaiki. Dan memperbaikinya tentu bukan dengan mengharamkan hukum 
maulid itu sendiri. Kerana itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani telah
 menyatakan bahawa:
“أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ 
الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ 
اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا 
الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”. 
Ertinya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukil dari 
kaum al-Salaf al-Saleh pada tiga abad pertama, tetapi meskipun demikian 
peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya. Barangsiapa dalam 
memperingati maulid serta berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja 
dan menjauhi lawannya (hal-hal buruk yang diharamkan), maka itu adalah 
bid`ah hasanah”.
Kalangan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata: 
“Peringatan Maulid itu seringkali menghabiskan dana yang sangat 
besar. Hal itu adalah perbuatan membazirkan. Mengapa tidak digunakan 
sahaja untuk keperluan ummat yang lebih penting?”.
Jawab: 
Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billah… Perkara yang telah dianggap baik oleh para ulama’ disebutnya sebagai
membazir?! Orang yang berbuat baik, bersedekah, ia anggap telah 
melakukan perbuatan haram, yaitu perbuatan membazir?! Mengapa 
orang-orang seperti ini selalu saja berprasangka buruk (suuzhzhann) 
terhadap umat Islam?! Mengapa harus mencari-cari dalih untuk 
mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya?! 
Mengapa mereka selalu sahaja beranggapan bahawa peringatan maulid tidak 
ada unsur kebaikannya sama sekali untuk ummat ini?! Bukankah peringatan 
Maulid Nabi mengingatkan kita kepada perjuangan Rasulullah 
sallallahu`alaihi wasallam dalam berdakwah sehingga membangkitkan 
semangat kita untuk berdakwah seperti yang telah dicontohkan baginda?! 
Bukankah peringatan Maulid Nabi memupuk kecintaan kita kepada Rasulullah
 sallallahu`alaihi wasallam dan menjadikan kita banyak berselawat kepada
 baginda?! Sesungguhnya maslahat-maslahat besar seperti ini bagi orang 
yang beriman tidak boleh diukur dengan harta.
4. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi sering berkata:
“Peringatan Maulid itu pertama kali diadakan oleh Sultan Salahuddin 
al-Ayyubi. Tujuan beliau saat itu adalah membangkitkan semangat ummat 
untuk berjihad. Bererti orang yang melakukan peringatan maulid bukan 
dengan tujuan itu, telah menyimpang dari tujuan awal maulid. Oleh 
kerananya peringatan maulid tidak perlu”.
Jawab: 
Kenyataan seperti ini sangat pelik. Ahli sejarah mana yang mengatakan
 bahawa orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah 
sultan Salahuddin al-Ayyubi. Para ahli sejarah, seperti Ibn Khallikan, 
Sibth Ibn al-Jauzi, Ibn Kathir, al-Hafizh al-Sakhawi, al-Hafizh 
al-Suyuthi dan lainnya telah bersepakat menyatakan bahawa orang yang 
pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah Sultan al-Muzhaffar, 
bukan sultan Shalahuddin al-Ayyubi. Orang yang mengatakan bahawa sultan 
Salahuddin al-Ayyubi yang pertama kali mengadakan Maulid Nabi telah 
membuat “fitnah yang jahat” terhadap sejarah. Perkataan mereka bahawa 
sultan Salahuddin membuat maulid untuk tujuan membangkitkan semangat 
umat untuk berjihad dalam perang salib, maka jika diadakan bukan untuk 
tujuan seperti ini bererti telah menyimpang, adalah perkataan yang sesat
 lagi menyesatkan.
Tujuan mereka yang berkata demikian adalah hendak mengharamkan 
maulid, atau paling tidak hendak mengatakan tidak perlu menyambutnya. 
Kita katakan kepada mereka: Apakah jika orang yang hendak berjuang harus
 bergabung dengan bala tentara sultan Salahuddin? Apakah menurut mereka 
yang berjuang untuk Islam hanya bala tentara sultan Salahuddin sahaja? 
Dan apakah di dalam berjuang harus mengikuti cara dan strategi Sultan 
Salahuddin sahaja, dan jika tidak, ia bererti tidak dipanggil berjuang 
namanya?! Hal yang sangat menghairankan ialah kenapa bagi sebahagian 
mereka yang mengharamkan maulid ini, dalam keadaan tertentu, atau untuk 
kepentingan tertentu, kemudian mereka mengatakan maulid boleh, 
istighatsah (meminta pertolongan) boleh, bahkan ikut-ikutan tawassul 
(memohon doa agar didatangkan kebaikan), tetapi kemudiannya terhadap 
orang lain, mereka mengharamkannya?! Hasbunallah.
Para ahli sejarah yang telah kita sebutkan di atas, tidak ada 
seorangpun daripada mereka yang mengisyaratkan bahawa tujuan maulid 
adalah untuk membangkitkan semangat ummat untuk berjihad di dalam perang
 di jalan Allah. Lalu dari manakah muncul pemikiran seperti ini?!
Tidak lain dan tidak bukan, pemikiran tersebut hanya muncul daripada 
hawa nafsu semata-mata. Benar, mereka selalu mencari-cari kesalahan 
sekecil apapun untuk mengungkapkan “kebencian” dan “sinis” mereka 
terhadap peringatan Maulid Nabi ini. Apa dasar mereka mengatakan bahawa 
peringatan maulid baru boleh diadakan jika tujuannya membangkitkan 
semangat untuk berjihad?! Apa dasar perkataan seperti ini?! Sama sekali 
tidak ada. Al-Hafizh Ibn Hajar, al-Hafizh al-Suyuthi, al-Hafizh 
al-Sakhawi dan para ulama’ lainnya yang telah menjelaskan tentang 
kebolehan peringatan Maulid Nabi, sama sekali tidak mengaitkannya dengan
 tujuan membangkitkan semangat untuk berjihad. Kemudian dalil-dalil yang
 mereka kemukakan dalam masalah maulid tidak menyebut perihal jihad sama
 sekali, bahkan mengisyaratkan saja tidak. Dari sini kita tahu betapa 
rapuhnya dan tidak didasari perkataan mereka itu apabila berkaitan 
dengan hukum, istinbath dan istidhal. Semoga Allah merahmati para ulama’
 kita. Sesungguhnya mereka adalah cahaya penerang bagi umat ini dan 
sebagai ikutan bagi kita semua menuju jalan yang diredhai Allah. Amin Ya
 Rabb.
Dikirim dalam Mawlid | Label: hikmah
http://pondokhabib.wordpress.com/kenapa-kita-menyambut-maulid-nabi-inilah-hujjah-hujjahnya/