Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Tuesday, May 8, 2012

Apakah hukum pegang-pegang tangan bagi pasangan couple?





Hamba sering melihat, ramai pasangan-pasangan kekasih yang hanya menyulam kasih mereka. Tanpa meneruskan langkah kearah yang lebih baik dan selamat. Maksudnya disini, ramai pasangan yang berkasih sayang  yang belum diijab qabulkan lupa bahawa mereka sebenarnya tiada ikatan rasmi yakni “BELUM NIKAH” . Tetapi, sudah bagai “pinang dibelah 2” bagai suami isteri. Apakah mereka lupa bahawa bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan dengan sengaja itu hukumnya Haram bagi mazhab iman Syafie’ .

 Imam Nawawi menyatakan dalam kitab روضة الطالبين  bahawa melihat perempuan adalah perkara yang dilarang, maka larangan menyentuh perempuan adalah lebih utama kerana ianya lebih memberahikan. Imam Ramli menyatakan dalam kitab نهاية المحتاج bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh wajah seseorang perempuan asing (الأجنبية), walaupun melihatnya adalah dibolehkan seperti dalam keadaan pengajian, bertunang dan persaksian. Manakala Imam As-Syarbini menyatakan dalam kitab مغني المحتاج, diharamkan menyentuh seseorang perempuan kerana ianya lebih  menaikkan nafsu dan syahwat serta lebih memberahikan berbanding hanya melihatnya.

Maka jelaslah disini bahawa, pegang-pegang tangan antara lelaki dan perempuan yang belum bernikah hukumnya adalah haram.
Hadith :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْتَحِنُ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ بِهَذِهِ الْآيَةِ بِقَوْلِ اللَّهِ (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ ) قَالَ عُرْوَةُ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ تَابَعَهُ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاشِدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ وَعَمْرَةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'dari Telah menceritakan kepada kami Anak saudaraku Ibnu Syihab dari pamannya Telah mengabarkan kepadaku Urwah bahwanya Aisyah radliallahu 'anha Telah mengabarkan kepadanya, bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguji kaum wanita yang berhijrah kepadanya dengan ayat ini: "Wahai sang Nabi, apabila wanita-wanita mukminat datang kepadaku hendak berbai'at -hingga firman-Nya- (Allah) Maha Pengampun dan juga Penyayang." (QS. Almumtahanah 2). Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. Beliau tidak pernah membaiat mereka kecuali dengan ungkapan: "Sungguh, aku telah membai'atmu atas perkataan itu." Hadits ini dikuatkan oleh Yunus, Ma'mar dan Abdurrahman bin Ishaq dari Az Zuhri. Dan Ishaq bin Rasyid berkata; dari Az Zuhri dari Urwah dan 'Amrah. – Hadith ke-4512 riwayat Imam Bukhari. 

         Wahai sahabat, elaklah perbuatan yang mungkar..... insyaAllah, apa yang kamu hajati akan diredhai....

_alamindah_

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM