Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Saturday, November 2, 2013

KELAS REPAIR (pic dit)


Ni lah keje ku bila waktu free masa dalam kelas... edit gambar.... suka sangat ambik gambar n edit gamba2 makmal En Jamhari..  :)

tq Encik...

terbaikkkk (y)


ni antara peralatan yang digunakan untuk kerja2 dalam lab. 

mesej gambar :
 sentiasa betulkan niat ... niat kita "ALLAH"



Mesej:
berfikirlah mengikut iman... bukan dengan nafsu atau emosi..



nama peralatan : osiloskop
mesej :
kita x mempunyai apa2 kuasa... cuma mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal... insyaAllah...




mesej :

biarlah manusia x tahu bagaimana hakikat diri anda, asalkan Allah yang tahu dan cukup Dia sahaja yang benar2 tahu... insyaAllah... 



peralatan : komponen untuk projek 

mesej :

kita selalu kecundang , jatuh... namun x semestinya kita x boleh bangun.. teruskanlah bangun dan berjalan semula. 



peralatan : eksperiment 

mesej :

Allah akan uji iman hamba2Nya.. namun janganlah gentar.. dan terus berjuang untuk memertabatkan IMAN kepada yang Maha Esa 



peralatan : TV

Mesej :

redhalah setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya... insyaAllah.






peralatan : Audio generator 

mesej :
 mesti ada kesukaran dalam pekerjaan.. namun, mesti kita boleh selesaikannya... insyaAllah



peralatan : TV

mesej : saje2 edit.. untuk pertandingan 


inilah EN JAMHARI  :) 



:)




Mesej :

apabila kita nak belajar... pastikan kita berguru dengan orang yang alim (mengetahui) tentang ilmunya, atau ahlinya... insyaAllah... 



mesej :

sayang kerana Allah



peralatan : LED 

Mesej : guna untuk buat backgound...




peralatan : Projek Tester 

mesej :
 buat apa yang kita mampu, kerana orang tak tahu apa yang kita mampu.. 



peralatan : Litar untuk projek 

mesej : Kita mampu mencorakkan kehidupan kita sebaik mungkin... insyaAllah...


insyaAllah... ini pic yang terawal di edit... apa pun terima kasih kat tuan rumah.... :) 

yang Pasti ... 

Allah ada...

_ maafkan salah silap, jika ada silap, mohon ditegur dengan berhikmah... insyaAllah _
:)

let's to smile 

KELAS REPAIR ( Pengenalan)

Salamun alaykum...

alhamdulillah.. 
dapat juga update new story kat blog...

alhamdulillah....
semoga Allah izinkan yang akan datang pula... 

insyaAllah...


Tak sabar nak bercerita... alhamdulillah.. "makin tua, makin banyak ujianNYA, Namun ingatlah kita bahawa ALLAH akan menguji barangsiapa yang MAMPU" insyaAllah...

alhamdulillah.. bersyukur ya... 

bermulanya permulaan... 


SUBJEK PALING DIMINATI " REPAIR " untuk sem ni... :) 


Pengenalan 

                Subjek Repair ni, di ajar oleh seorang Pensyarah Hebat " EN JAMHARI " , alhmdulillah... 
walaupun beliau seorang yang tegas dari segi perlakuan dan tata tertib. tapi beliau sangat baik spoting dan bertimbang rasa. alhamdulillah.... sangat bertuah bila menjadi studentnya...

               
                Macam-macam yang dipelajari semasa menuntut dengan EN JAMHARI... alhamdulillah... ilmunya... Subhanallah... hebat... (kagum sangat) ... :)

                 Antara gambar2 dalam pengenalan untuk kali ni.. insyaAllah, hamba akan tunjukkan artikel2 " KELAS REPAIR"  yang seterusnya.. insyaAllah.. 




komponen untuk projek 


hasilnya... 



terbaikkk ....:)

Tuesday, April 2, 2013

♥ MAAF ♥





Rasulullah SAW bersabda ,

Maksudnya  :

“semua manusia (anak Adam) itu melakukan kesalahan,dan sebaik-baik orang yang melakuan kesalahan itu adalah orang-orang yang suka bertobat (minta maaf)”

(HR Tirmidzi)

DA'IE





~*~*~ Firman Allah s.w.t ~*~*~

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
[QS.al-Baqarah:30].



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Sunday, March 17, 2013

Johan Rakyat: Tutorial Cara Buat Partition Hard Disk

Johan Rakyat: Tutorial Cara Buat Partition Hard Disk: Partition hard disk ni untuk apa? Buat partition hard disk (hard disk partitioning) ni sebenar ni adalah untuk membahagi-bahagikan rua...

Friday, March 15, 2013

La Tahzan


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ HATI ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
usahlah dikau bersedih andai kekasihmu hanya ALLAH
usahlah bersedih jika kasihmu pada RASULULLAH
usahlah bersedih kerana mendapatkan redha ALLAH
usahlah bersedih ...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ JIWA♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
walau hati terluka
walau jiwa sengsara
walau air mata gugur tak diminta
usahlah bersedih kerana insyaAllah dibalas 
redha diminta


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ LA TAHZAN♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
ingatlah 
janji ALLAH tak kemana
PASTI ada hikmah bermakna
tangisan air mata kan terbela
asalkan ALLAH tidak didua


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ INSYAALLAH♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ LA TAHZAN♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 


ALLAH at QALBU
ALLAH at HAYA'
ALLAH at REDHA
ALLAH at JIHAD
ALLAH .....

♥ jangan besedih ♥, PASti ALLAH da jalannya.... ♥

Wednesday, February 27, 2013

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin
Baru, Selamanya
&
Hingga Ke Syurga



NUR ATIQAH BINTI AB AZIZ  & SUAMI

Tahniah Sahabat :)








"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)


Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah…..





Bersyukurlah




Alhamdulillah.

Walau apa pun terjadi.
Bersyukurlah di atas pemberian Nya kepada kita..
InsyaAllah..

Berusaha untuk mendapat redha manusia bagi memudahkan kita mendapat redhaNya
insyaAllah

Salam ketabahan menempuh ujian.
Salam kesyukuran tanpa penghargaan..
Salam kemaafan tanda kedhaifan diri

Kita adalah rantai penghubung kepada yang lain

_*_ p/s : Wahai diri kita , kita bersyukur selalu ya... ingat kita KHALIFAH , kita mampu membimbing segenap apa di dunia... KITA MAMPU... insyaAllah..

*kata seorang khalifah : "jangan biarkan NAFSU membimbing iman, tapi PASTIkan.. IMAN membimbing NAFSU...."

PASti...... & PASti.... 

Sunday, February 17, 2013

Saturday, February 16, 2013

Wahai Sahabat Yang Pemurah




 Wahai Sahabat Yang Pemurah  yang menggelarkan diri sebagai "Hamba"

Deruan kisah dan memori bertalu di benak fikiran ku.  Teringatku kisah seorang pejuang yang bersamaku. Jernih sahaja mukanya.  Alhamdulillah… Allah mentaqdirkan ku mengenalinya. Sahabat.


Sungguh memori tu ku simpan di lipatan mimpi indah yang ku lalui. Syukur padaMu.. ku mengenali dia.

Bermulanya sejarah 2006, dalam sebuah kelas. Tiap-tiap pagi ku lihat dia dimejanya. Bersamanya tidak lari bersama Al-Quran. Sungguh… ku juga ingin begitu. Wahai Sahabat Yang Pemurah. Saat dia buat halaqoh bersama sahabat-sahabatnya, ku mendengar bicaranya. Dia bercerita tentang Dajjal, asal usul dajjal. Alhmdulillah….  Dia juga ada bercerita tentang dakwah
Ku berusaha untuk mengikut jejak langkahnya, apabila sampai waktu rehat , ku lihat dia ke Masjid sekolah… Entah apalah yang dia buat sedangkan orang lain sibuk menjamu selera  mengenyangkan perut, dia pula ke masjid. Ku selidik apa yang dia lakukan. Rupanya, dia dan sahabatnya yang lain sibuk solat sunat. Hebatnya mereka.


Sahabat yang pemurah. Sungguh ku bersyukur kerana ku bisa menganalimu. Sahabat…. Walau waktu itu dah berlalu…. Dan kini sudah 2013 dan dikau bakal menerajui pelajaranmu di tanah kering itu dalam perjuangan bersama teman mu Al-Quran. Subhanallah… Allah memilih mu… Sahabat.


Detik itu kian berlalu, namun memori itu tetap ku simpan rapi. Kerana perjuanganmu. Kerana ku tahu Allah menyayangimu sahabat. 


Dulu, saat kita bersama berjuang di medan itu, namun ku jatuh . Namun, dikau tetap disisiku. memberi sokongan dan kekuatan untukku kuat menghadapi dugaan itu. terima kasih sahabat yang pemurah. 


Sahabat ku yang pemurah.... ukhwah kita tetap bersama... Walau jarak memisahkan kita... Namun dikaulah sahabat yang ada bersam ku saat sedih , gembira, jatuh dan bangun.. Nasihatmu sentiasa dihati dan menjadi bekalku.. Terima kasih... Walau kita tidak sempurna dikotori dosa sendiri.. Namun ketahuilah.. Kita hamba Ilahi... dan DIA lah hanya berhak mengukur hati kita sahabat....  Ya Allah... kami pohon ampun di atas segala dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Ampunkanlah kami.... Ya Allah.. satukanlah hati-hati kami  dalam redhaMu.. Ya Allah.... 


Sahabat.. ku tahu dikau sahabat yang Allah telah tetapkan untuk bersama dalam perjuangan kita... Sahabat... ku bersyukur padaNya kerana mentaqdirkan pertemuan ini.... Allhamdulillah... Sahabat.... Biarlah apa pun terjadi.. dikau sahabat ku... Ya Allah... hanya padaMu kuserahkan segalanya..... Ya Allah... terima kasih kerana hadiahkan ku seorang sahabat yang pemurah... 




Sahabat..... Maafkan ku Terima kasih... _adik_


terima kasih kerana kenalkan ku dengan ulamak ini.. Habib Ali al- Jufri

Aku ingin mencintai-Mu Ya Allah



Ya Allah..
Aku ingin Mencintai Mu setulusnya... 
Aku ingin Merindui Mu selama-lamaNya......

YA ALLAH....

KU MOHON KASIH , CINTA MU
YA RAHMAN
YA RAHIM
YA RABBI
YA ALLAH


Sunday, February 3, 2013

Mempertahan Habib ‘Ali al-Jufri حفظه الله


Mempertahan Habib ‘Ali al-Jufri حفظه الله


Dicatat oleh al-’Abd al-Da’if: pada 22.5.10


Pengaruh Habib ‘Ali al-Jufri, tokoh pendakwah internasional, memang ditakuti oleh mereka yang tidak sependapat dengannya. Kebangkitan golongan Haba’ib (habib-habib) di masa mutakhir ini yang turut berdiri di belakang Habib ‘Ali juga mengkhuatirkan mereka. Mereka tidak mahu fahaman aliran perdana yang dibawa oleh Habib ‘Ali dan juga Habib ‘Umar akan menghalang dan membantutkan perkembangan aliran yang dibawa oleh mereka. Alangkah baiknya jika mereka ini bersama-sama mendokong agenda membetulkan IMAN umat Islam, bukannya membawa agenda yang kononnya mahu membetulkan AKIDAH umat Islam. Jika mahu juga membawa agenda AKIDAH, bukankah lebih baik jika segala dana dan usaha yang besar itu ditujukan kepada umat manusia di Amerika, Eropah, Afrika, China, India dan lain-lain yang masih belum berakidah Islam. Adapun masalah umat Islam sekarang ini ialah masalah IMAN… masalah IMAN yang serius.


Inilah isu yang difokuskan oleh pendakwah-pendakwah Islam yang tulus ikhlas seperti Habib ‘Ali al-Jufri dan lain-lain. Sudah ramai yang bertaubat di tangan beliau dan tidak kurang juga yang memeluk Islam dengan sebabnya. Namun, mereka yang tidak senang dengan pengaruh Habib ‘Ali ini telah melontarkan kepada beliau berbagai tohmahan buruk, seperti penyebar bidaah, pembawa khurafat, malah ada yang percaya beliau layak sebagai ahli neraka… نعوذ بالله. Masya’ Allah, inilah sunnah bagi para pendakwah. (Pendakwah-pendakwah Tabligh pun kena dengan dia orang ni dengan dituduh sebagai jemaah bidaah dan khurafat!)Antara kitab yang mengkritik Habib ‘Ali ialah kitab ‘Ila Aina Ayyuhal Habib al-Jufri’. Dikatakan Syeikh Mustafa al-Khin telah memuji kitab berkenaan. Bagaimanapun, beliau telah menarik balik kenyataannya itu (lihat sebelah atas teksnya) dan mengakui kesilapannya serta memuji ketokohan Habib ‘Ali. Alhamdulillah.Kitab tersebut telah dijawab oleh Syeikh ‘Abdul Hadi al-Kharsah dengan kitabnya ‘al-Radd al-’Ilmi al-’Alani’ (sila download) secara terperinci. Satu lagi kitab yang mempertahankan Habib ‘Ali ialah kitab ‘al-Jufri fil Mizan’ oleh Syeikh Habib ‘Abdur Rahman Salami (sila download) yang menjawab kaset ‘Hiwar Hadi’ Ma’a al-Syaykh al-Jufri’.


Semoga Allah Ta’ala memelihara Syaykhuna Habib ‘Ali al-Jufri dan semua para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah serta meninggikan darjat mereka di dunia dan akhirat. Amin. Semoga Dia juga menyedarkan orang-orang yang terpedaya dengan ilmunya lalu menyangka diri mereka sahaja yang benar dalam masalah-masalah tertentu, padahal mereka sendiri tidak pasti secara putus (qat’i) apakah itu sebenarnya adalah kehendakNya yang sebenar-benar di sisiNya. Semoga Allah menunjukkan kepada kita kebenaran dan meneguhkan kesatuan umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Amin.


http://sawanih.blogspot.com/

http://pondokhabib.wordpress.com/2010/05/25/mempertahan-habib-ali-al-jufri-%D8%AD%D9%81%D8%B8%D9%87-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87/

Praktikal "PUSAT KOMPUTER ERA TIMUR CAWANGAN TANAH MERAH "




Alhmdulillah... syukur... di anugerahkan tempat praktikal yang baik. Tak mudah untuk rasa mudah. Terima kasih. PUSAT KOMPUTER ERA TIMUR CAWANGAN TANAH MERAH .  Syukur. 
Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu baru yang diperolehi. terima kasih .




Memasang komputer, Networking dan banyak lagi.....


mengukur kesesuaian wayar untuk dipasang 


Memeriksa wayar yang tercabut dan menyambungnya semula 


salah seorang pelajar praktikal :)


* Terima kasih kepada Penyelia kami Abg Naim , Pengurus kami  Abg Asri , Abg Khairul dan staf-staf  di cawangan - cawangan lain. 

PUSAT KOMPUTER ERA TIMUR CAWANGAN TANAH MERAH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM