Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Monday, January 25, 2016

Wanita, Ketika ditanya kenapa kamu tak solat?

Wanita, Ketika ditanya kenapa kamu tak solat?
1. Saya, tak bawa telekung solat.
Jawab: maka itulah salah satu hikmah, kenapa kita perlu menutup aurat dengan sempurna. Supaya, pakaian kita juga boleh jadi pakaian solat kita.
2. Saya, tak nak tanggalkan make up saya, nanti susah....(bla-bla-bla...)
Jawab: Adakah make up itu nak kekal hingga ke kubur? Tiada pertanyaan dalam kubur, "Kenapa masuk kubur, tak make up ni?..."
3. Tak sempat, kerja banyak.
Jawabnya : Kerja kamu tu dapat beli syurga ke?
4. Saya keputihan lah, nanti risau tak sah.
Jawab: Islam kan da ajar cara untuk bersihkan... (mestilah membersihkan _____nya, berwuduk, memakai apa jenis pembalut atau dengan kata lain, mungkin memakai tisu, pad, kain atau panty liner khusus buat orang yang mengalami keputihan, kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu kita solat, maka itu tidak mengapa kerana ia di luar kawalan kita.)
5. Susahlah, anak kecil ganggu.. tak khusyuk.
Jawab: Lebih baik anak kecil ganggu, kerana mereka masih kecil, sekurang-kurangnya, mereka belajar untuk solat. Dan ini, adalah latihan mendidik anak. Lepas selesai solat, letak anak di atas riba, ajar berzikir dan berdoa.
6. Penatlah......
Jawab: Agak-agaknya, kene pukul dalam kubur, disesksa dalam neraka kerana tak solat itu, tak penat ke?
Renung-renungkanlah wahai muslimah sayang.
muslim+ah = orang Islam , wanita.
Yang baik, share kan.. agar sama-sama kita ingatkan...
Tiada alasan....
Allah sayang kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM