Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Tuesday, December 6, 2011

Sahabat Hamba


Salamun alaikum w.r.t…..

Alhamdulillah, hari ini hamba berpeluang untuk mengungkap coretan yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan untuk coretan-coretan selepas ini juga. Kali ini hamba suka untuk berkongsi mengenai sahabat-sahabat hamba. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan kepada hamba dengan sahabat-sahabat. Alhamdulillah. “Ya Allah. Kau rahmatilah sahabat-sahabat ku, sesungguhnya aku amat menyayangi mereka wlaupun aku tahu hakikatnya Engakau lebih menyayangi mereka. Ampunkanlah aku Ya Allah, kerana aku tidak bias menjadi seorang sahabat yang baik untuk mereka.”

Hamba berusaha untuk menjadi seorang pejuang untuk agama ini, insyaAllah… amen… Namun, biasalah bagi seorang yang dalam keadaan ini akan rasa keseorangan. Tiada orang tersayang disisi, itu adalah biasa bagi hamba kini. Ia lebih member pengajaran kepada hamaba untuk menghargai sahabat-sahabat yang ada disisi meskipun jauh dari pandangan. Namun, sesungguhnya mereka tetap dihati. InsyaAllah. “Ya Allah, aku meyayangi mereka kerana Mu dan kerana Agama Mu …. Ya Allah…. Satukanlah hati-hati kami dalam redha MU….”

Syukur, hamba diberi oleh Allah sahabat-sahabat yang hebat didunia dan insyaAllah di akhirat juga. Hamba mulakan dengan salah seorang sahabat hamba yakni “Sahabat Mimpi”, mungkin ia pelik namun, itu adalah hakikatnya. Sahabat yang jarang bersua di alam biasa dan jarang juga di alam mimpi. Alhamdulillah, sahabat ini lah yang selalu menasihati hamba tentang akhlak sebagai seorang muslim. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa bersama mu wahai sahabat, meskipun kita tidak lagi bersua……….

Sahabat hamba semua baik-baik bagi hamba , Alhamdulillah… mereka baik sangat, entahlah mengapa. Berbanding, amatlah jauh bezanya. “Ya Allah, hanya Mu yang bisa balas budi baik sahabat-sahabat ku …..”Ya Allah, sahabat – sahabat ku ini lah yang seriang aa disisi saat hamba sedih, jatuh dan tersungkur, menasihati hamba dikala terslah langkah .. Ya Allah, hamba bersyukur pada Mu kerana menghadiahkan hamba sahabat-sahabat ini…

Hamba mengenali seorang sahabat ini hanya di muka buku, Alhamdulillah…. Ada persamaan antara hamba dengannya. Hamba suka dengar dia bercerita tentang penghijrahnya di bumi Allah ini… Alahmdulillah, Bak kata seorang kakak ku , “anak yang terpilih dalam keluarga”, dia juga seorang yang terpilih jua. Alhamdulillah. Beruntunglah bagi sesiapa yang dipilih oleh Nya… Semoga sahabat ku bias teruskan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini. InsyaAllah….. “Ya Allah, pilihlah kami untuk terus bersamaMu , Ya Allah…..”

Istimewa sungguh sahabat-sahabat hamba ini… terlalu banyak budi mereka pada hamba… dalam perjuangan hamba… saat di Maahad dulu, di Pondok, di KUIS, medan dunia reality, dia alam maya, di poly, dimana-mana sahaja langkah hamba melangkah… Ya Allah….. hamba bersyukur pada Mu… Alhamdulillah…. Ya Allah, andainya selepas ini ham ba gugur terlebih dahulu daripda mereka, tegukanlah hati-hati mereka dalam perjuangan yang diwariskan ini. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati mereka agar terus sebagaimana teguhnya hati sahabat-sahabat Rasul Mu , Ya Allah…. Ya Allah… bangkitkanlah semangat mereka, sebagaimana bersungguhnya semangat sahabat-sahabat Rasul Mu… Ya Allah… satukanlah hati-hati kami…

Semoga Allah satukan hati-hati kita pada perjuangan ini…… ameen…. insyaAllah… maafkan segala khilaf hamba…..

_alamindah_

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM