Ayuh Bersama-Sama

Terima Kasih ;)

Saturday, June 18, 2011

ketenangan








alhamdulillah... hamba meneliti tulisan2 ini... sungguh tenang melihatnya. Itulah salah satu kelebihannya. ini hanya melihat. apatah lagi membacanya. Membaca Al-Quran yang penuh dengan tulisan2 seperti ini. sebenarnya banyak faedahnya. tidak kiralah dari sudut apa, mahupun menurut psikologi. banyak faedahnya.

"Sesungguhnya Allah tidah ciptakan sesuatu dengan sia2"... itulah ustaz hamba cakap. betul itu. Kalau dulu, hamba banyak berpantang. tak suka itu dan ini. namun, bila ustaz dah mengingatkan begitu, hamba lebih yakin dalam apa yang hamba lakukan.

ISLAM itu indah..... pasti dan terbukti!!!

Inspirasi Seni Khat: MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M Sempe...

Inspirasi Seni Khat: MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M Sempe...: "MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M Sempena Festival Al-Qur'an & Kesenian Islam HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN SPONTAN ( SEKOL..."

Inspirasi Seni Khat: MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M Sempe...

Inspirasi Seni Khat: MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M Sempe...: "MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M Sempena Festival Al-Qur'an & Kesenian Islam HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN SPONTAN ( SEKOL..."

Saturday, June 11, 2011

amalan BULANAN ....


Solat Subuh (10x)_berjemaah

Solat Zuhur (10x)_berjemaah

Solat Asar (10x)_berjemaah

Solat Maghrib (10x)_berjemaah

Solat Isyak (10x)_berjemaah

Solat Dhuha (10x)

Qiamullai (5x)

Puasa Sunat (5x)

Membaca AQ (2 juz)

Membaca buku (1biji)

(tajuk & nma penulis)

Memberi salam (10x)

Memberi sedekah (5x)

Dengar ceramah (2x)

(tajuk&penceramah)

Zikir (500x)

10 Perangkap Syaitan
www.iLuvislam.com
I_am_KidaL
editor : kasihsayang

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.



Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Kerana Ukhwah Itu Indah
www.iluvislam.com
oleh: UkhwaH
Editor: doraemong13



Menyedari dirinya sudah terlambat untuk ke kelas Physiology, Qistina berlari-lari anak tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang memerhatikan kegopohannya itu. “Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku cepat sampai ke kelas Profesor Azlan. Kalau lambat setakat lima minit takpe lagi sekurang-kurangnya aku tak dihalau keluar kelas kerana lambat.” Qistina memujuk hati. “Hai Qistina. Awal kamu masuk kelas saya hari ini ye?.” Seperti yang dijangka Qistina, Profesor Azlan pasti menegurnya. “Sorry Prof.” Qistina melontarkan senyuman kelat sambil mencari-cari tempat kosong.

"Hey Qis! Apasal kau lambat hari ini? Tak pernah-pernah kau lambat. Pelik juga aku.” Gadis tinggi lampai dan berkulit kuning langsat menyapa Qistina yang masih sibuk merapikan nota-nota kuliah tadi. “Eh Irah, sekejap ya. Nanti saya jelaskan. Jumpa kat kafé ya Irah?” Irah sekadar mengangguk tanda paham dan sebentar kemudian berlalu meninggalkan Qistina yang masih lagi sibuk menyusun nota-notanya.

Qistina dan Zahirah merupakan sahabat baik sejak di sekolah menengah lagi. Tidak mereka sangkakan jodoh mereka berpanjangan sehingga dipertemukan sekali lagi untuk berjuang bersama mengejar cita-cita yang sama juga di tempat yang sama. Keakraban mereka kadang kala dilihat oleh teman-teman sekuliah sebagai sesuatu yang pelik.

“Bagaimana awak boleh berkawan dengan Irah tu Qis? Dia kasar dan kata-katanya juga kadang-kadang boleh buat orang terasa. Tak macam awak. Bagai langit dengan bumi!”

Qistina hanya tersenyum apabila ada antara teman-temannya yang menanyakan soalan seperti itu. Baginya, orang lain tidak perlu mengetahui apa yang dia rasa dan lalui tapi cukuplah Allah sahaja yang mengetahui betapa ikhlasnya dia meneruskan sebuah ikatan persahabatan tersebut. Siapapun Irah dan bagaimana sekalipun pandangan orang lain terhadap sahabat baiknya itu, dia tetap akan berdiri teguh untuk mempertahankan erti sebuah persahabatan yang telah lama dibina. Qistina amat menyayangi Irah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Assalamualaikum Irah”. Sapa Qistina pada Zahirah yang sedang asyik sekali meneguk ‘orange juice’ yang pastinya melegakan di saat cuaca panas terik seperti itu.

“Er waalaikumsalam. Ha sampai pun! Cepat bagitau apsal kau lambat tadi.” Irah menampakkan sikap kegopohannya. “Sabarlah awak, kalau ye pun bagilah saya ‘order’ dulu. ‘Jealous’ saya tengok awak asyik sekali meneguk ‘orange juice’ tu sampai saya datang pun awak tak perasan”. Seloroh Qistina dan kemudian dia berlalu untuk memesan air di gerai yang berdekatan. Irah terus meneguk ‘orange juice’ sambil dahinya berkerut menampakkan seribu tanda tanya pada riak wajahnya. Walaupun Zahirah sangat bersahaja dan sering didakwa sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan oleh teman-temannya namun jika sesuatu perkara yang melibatkan Qistina, dia pasti akan ke hadapan.

“Ha, air dah dapat, duduk pun dah sedap bukan main, sekarang baik kau cerita kalau tak aku takkan tegur kau untuk dua hari”. Ugut Irah. Mungkin sudah tidak sabar benar dia menantikan penjelasan daripada Qistina. “Er kenapa dua hari? Kenapa tak seminggu je?Sebulan ke?” Qistina ketawa kecil.

“Dua hari cukuplah. Nanti saya berdosa pula kerana memutuskan silaturrahim selama lebih tiga hari. Dah kau jangan nak buat lawak. Cerita cepat!” Bentak Irah. Qistina sebenarnya amat mengagumi Irah. Walaupun agak kasar namun Irah sangat rajin mempelajari ilmu agama dan setiap malam Jumaat Irah sering mengikuti Qistina pergi ke masjid berdekatan untuk menghadiri kuliah agama. Jadi tak hairanlah Irah banyak mengetahui pesanan-pesanan Nabi junjungan, Muhammad s.a.w.




“Irah, saya nak balik”. Qistina tiba-tiba bersuara. “Apa? Kau nak balik? Mana ada cuti. Cuti akhir semester lambat lagi. Kau kenapa Qis?Tiba-tiba je nak balik. Soalan aku apsal kau lambat tadi dah la kau tak jawab lagi”. Irah berleter panjang. “Irah, pagi tadi mak saya telefon. Katanya..” Qistina semakin tidak betah menahan hiba. Dia tertunduk kaku. Suasana tiba-tiba menjadi suram. Kafeteria semakin lengang dengan pelajar dan hanya tinggal mereka berdua.“Kenapa Qis? Apa yang mak kau kata? Irah yang kasar orangnya tiba-tiba menjadi lemah lembut dan mesra. Sambil mengangkat kepalanya, Qistina berkata “ Irah, ayah saya dah ‘pergi’ ”.

Tersentak Irah mendengar berita tersebut. Dia merapati Qistina dan memeluk erat sahabat baiknya itu.“Innalillah. Sabar ye Qis. Allah s.w.t lebih menyayangi ayah Qis.” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Irah sudah sedia maklum akan keadaan kesihatan ayah Qistina yang lumpuh seluruh badan akibat serangan ‘stroke’ setahun yang lalu dan keadaan ayah Qistina semakin tenat sejak minggu lalu. Sejak ayah Qistina sakit, emaknyalah yang betungkus-lumus menguruskan keluarga. Mujurlah Qistina mendapat bantuan biasiswa. Setidak-tidaknya, dapat juga dia meringankan beban emaknya itu. Qistina juga sering mengikat perut dan berbelanja seminimal mungkin bagi menyimpan wang untuk dihantar kepada ibunya. Walaupun Irah dan Qistina bukan rakan sebilik, namun Irah sering berhubung dengan rakan sebilik Qistina mengenai keadaannya termasuklah makan minum Qistina.

Irah terus memeluk erat tubuh longlai Qistina sambil menyeka air mata Qistina yang semakin galak menghujani pipi teman baiknya itu.”Kenapa ujian Allah buat saya begitu berat, Irah? Saya tak sanggup lagi menahannya Irah. Saya lemah. Kenapa harus saya yang menerima ini semua Irah?Allah tak sayangkan saya ke Irah? Apa dosa saya sehingga begini berat sekali ujian yang harus saya terima? Irah, saya rindu ayah saya.” Tangisan Qistina semakin tidak terbendung.

“Qis, kau kena kuat. Tak boleh lemah macam ini. Kau ingat tak pesan Ustaz Rizal semasa kuliah agama minggu lepas? Walau apapun dugaan yang Allah turunkan buat kita, semua itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita dalam menerima ketentuanNya. Ini takdir yang harus kau terima. Kita hamba-Nya sentiasa layak diuji. Kau, aku dan semua manusia tidak terlepas daripada ujian, hanya yang membezakan kita adalah bentuk ujian itu sendiri. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah s.w.t tidak mahu ayah kau berperang dengan dirinya lagi dengan terus dihimpit rasa bersalah melihat kepayahan emak kau membesarkan kau adik-beradik sedangkan arwah tidak mampu menolong apa-apa. Ingat Qis, setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya hanya masa yang menentukannya. Masa kita juga pasti akan tiba. Redha ye Qis. Berdoalah untuk ayah kau, Qis semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin dan semoga kau akan bertemunya lagi di akhirat nanti.” Nasihat Irah apabila melihat Qistina sudah tidak mampu berkata-kata hanya linangan air mata menjadi saksi kesedihannya mengiringi pemergian ayah tercinta.

Dua pekan sudah berlalu. Irah semakin gelisah seperti cacing kepanasan apabila kelibat Qistina tidak muncul-muncul juga. Setiap pagi dia pasti akan menunggu Qistina di lobi bangunan universiti kalau-kalau kelibat Qistina kelihatan di situ tapi hampa. “Mana budak ni. Dia tak nak ambil ‘exam’ ke? Lagi seminggu je tinggal ni. Kuliah dah la banyak tinggal”. Irah mengomel sendirian. Petang itu dia yang menghantar Qistina ke KL Sentral dan Terminal LCC. Mujur ‘flight’ ke Kelantan masih ada.

Sejak itu Irah tidak mendengar lagi khabar berita daripada Qistina. Irah cuba menghubungi Qistina namun telefon bimbitnya dimatikan. “Dila, Qis ada ‘contact’ kau?” Sapa Irah apabila melihat kelibat Adilah, teman sebilik Qistina semasa berlegar-legar di lobi tersebut. “Sejak pagi itu, saya langsung tidak terima sebarang berita daripada Qis”. Balas Adilah. Sebenarnya, berita mengenai kematian ayah Qistina hanya diketahui Irah sahaja. Walaupun Adilah merupakan teman sebiliknya namun dia mendapat berita tersebut setelah dua hari keberangkatan Qistina ke kampung halamannya dan itupun melalui Irah bukan dari mulut Qistina sendiri.

“Semasa Qistina sedang bersiap-siap untuk ke kuliah, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada emaknya. Yang saya pelik lepas je mereka menamatkan perbualan, Qistina terduduk kaku di atas katil. Apabila ditanya dia kata tiada apa-apa. Dia mengelamun panjang sampai saya menyapanya kerana telah terlambat untuk ke kuliah,” Terang Adilah kepada Irah semasa diberitahu khabar mengenai pemergian ayah rakan sebilknya itu. “Ya Allah, tabahnya kau Qistina. Tak sangka aku dalam menerima khabar hiba itu kau masih boleh pergi ke kuliah, tersenyum dan berseloroh denganku sehingga aku sendiri tidak dapat membaca penderitaan yang kau tanggung. Maafkan aku Qis. Aku bukan sahabat yang terbaik buat kau. Maafkan aku” Irah bermonolog.

“Ah tak boleh jadi ni, aku tak boleh diamkan diri sebegini. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat? Takkan sekadar berdiam diri sedangkan sahabat baik yang selama ini banyak membimbingku sedang bermuram durjana. Aku mesti lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa bersalah pada diriku kerana membiarkan sahabatku sendirian menghadapi kesusahan. Aku mesti mencari tahu kenapa dia sudah lama tidak pergi ke kuliah.” Irah terus bermonolog dengan dirinya.

Setelah ‘check in’, Irah duduk di suatu sudut tempat menunggu sementara menanti untuk berlepas. Pandangan Irah tertarik pada sepasang suami isteri ‘orang putih’ yang sedang bergurau senda dengan puteri mereka yang dalam perkiraan Irah berusia lima tahun. Terdetik rasa cemburu dalam dirinya apabila melihat telatah manja anak kecil itu sambil bergelak ketawa bersama ibu bapanya. “Apakah khabar mama saat ini? Dah lama aku tak menghubungi mama. Ya Allah, semoga mamaku sentiasa dalam perlindunganMu”. Doa Irah dalam-dalam.Tanpa disedari menitis air hangat di pipinya.

Lamunannya terhenti lantaran terdengar pengumuman petugas yang mengarahkan para penumpang supaya beratur untuk menaiki pesawat. Irah segera menyeka air matanya sambil bergegas mengambil tempat di puluhan manusia yang sedang beratur menunggu giliran. Tidak seperti Qistina, Irah dibesarkan dalam keluarga yang agak mewah. Papanya memiliki sebuah perusahaan perkapalan yang berdiri teguh sehingga hari ini. Tapi sayang, kekayaan dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan malah bisa menggelapkan mata dan hati yang mudah goyah dengan hasutan syaitan. Papa Irah sering tidak pulang ke rumah dan meninggalkan mamanya yang sedang berperang dengan penyakit kanser payudara peringkat akhir sendirian di rumah.

“Gila! Berkasih-kasihan dengan perempuan yang hampir seusia dengan anak sendiri. Ah persetan semuanya! Biarlah papa dengan dunianya yang penting aku ada mama! Aku harus tabah untuk mama! Mama perlukan aku!” Bentak hatinya ketika melihat papanya berpegangan tangan bersama seorang perempuan muda yang berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun ketika dia sedang melewati sebuah pusat membeli belah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menyerang perempuan tersebut tapi dia tahu itu hanya kerja yang sia-sia malah akan membuatkan dirinya malu. Namun, luluh benar hatinya itu apabila melihat papa yang diharapkan menerajui bahtera rumahtangga di samping memberi semangat buat mama yang sedang berperang dengan maut, berpeleseran dengan anak muda seusia dengan anak gadisnya.



Qistinalah yang selama ini banyak mendorong Irah untuk terus kuat menghadapi ujian hidup yang pastinya tidak akan sepi mendampingi hambaNya. “Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku teman sebaik Qistina di saat aku memerlukan tempat untuk mengadu”. Irah melakarkan rasa syukurnya.

“Assalamualaikum”. Irah memberi salam.

Sejurus kemudian, kedengaran orang menyambutnya dari dalam dan dengan perlahan-lahan daun pintu dibuka.

“Wa’alaikumsalam. Oo Irah rupanya. Jemput masuk Irah”.

Wanita dalam lingkungan empat puluhan itu mempelawa Irah masuk sambil menyalami tangan anak gadis itu. “Mak cik sihat? Salam takziah ye mak cik. Irah minta maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian pak cik tempoh hari”. Irah meluahkan kekesalannya. “Alhamdulillah mak cik sihat. Terima kasih Irah. Takpe makcik faham Irah sibuk. Bakal doktorlah katakan. Irah duduk dulu ye nanti mak cik panggilkan Qistina”. Pelawa mak cik Esah kemudian berlalu ke mana pun Irah tidak tahu.

Dia terus mengamati setiap sudut rumah itu. Sungguh sederhana malah baginya sungguh daif sekali. Kelihatan cahaya menembusi lubang-lubang kecil pada atap zink pondok usang tersebut. “Assalamualaikum Irah. Err..awak..” Sapa Qistina yang agak terkejut dengan kedatangan Irah. Lamunan Irah mati seketika. Dia lalu bangkit dan tanpa berlengah lagi dia terus memeluk erat tubuh Qistina. “Wa’alaikumsalam Qis. Kau sihat?” Irah semakin tidak tegar menahan tangis. Rindu benar dia dengan gadis kacukan Cina itu. “Alhamdulillah. Saya sihat. Awak? “. Sahut Qistina. “Alhamdulillah sihat juga. Tapi kenapa kau dah lama tak ke kuliah? Banyak yang kau dah tertinggal. Minggu depan dah nak ‘exam’. Semua orang risaukan kau, Qis.Banyak kali aku cuba hubungi kau tapi ‘handphone’ kau sentiasa ‘off’. Kenapa Qis?Kau ada masalah ke?”. Bertubi-tubi pertanyaan yang dilontarkan.

“Maafkan saya Irah kerana menyusahkan awak sehingga sampai ke sini awak mencari saya. Maafkan saya”. Qistina tertunduk. Kelihatan manik-manik kaca gugur membasahi lantai kayu kediaman tersebut. “Qis, kenapa?” Irah menggenggam erat jari-jemari Qistina. “Irah maafkan saya. Saya tidak mampu lagi untuk meneruskan pengajian. Saya orang susah Irah. Saya nak berhenti.” Irah tersentak. Mukanya tiba-tiba menjadi merah dan bengis sekali sambil air mata tetap tidak henti-henti mengalir meraikan suasana suram petang itu. “Apa Qis? Kau nak berhenti? Kau ulang sekali lagi! Aku tak dengar!” Irah tiba-tiba menjadi marah.

“Maafkan saya Irah. Saya nak tolong mak saya. Biarlah adik-adik saya yang meneruskan cita-cita saya. Saya tak sanggup melihat mereka berhenti sekolah gara-gara kesempitan hidup yang kami alami. Mereka masih kecil dan tidak seharusnya menanggung penderitaan ini. Jadi biarlah saya yang berkorban. “Qis!Apa yang kau cakapkan ni? Kau sedar ke tak apa yang kau cakapkan ni?Kau tahukan kita tinggal setahun setengah je lagi untuk ‘graduate’? Kau tahukan bukan mudah untuk sampai ke tahap ni tapi senang-senang je kau nak mengalah sekarang! Kau kata nak tolong emak dan adik-adik kau tapi apa yang kau mampu buat? Kelulusan apa yang kau ada? Setakat jual kuih? Kerja kilang? Berapa sangat yang kau dapat untuk membantu adik-adik kau? Cukupkah Qis? Berbanding jika kau bertahan untuk setahun setengah je lagi."

Sambil memegang wajah Qistina, Irah menunjukkan ruang-ruang di rumah tersebut. “Kau tengok ni!Kau tengok atap ni .Mampukah kau mengubahnya menjadi atap genting? Mampukah kau mengubah papan-papan ini menjadi batu? Mampukah kau mengubah kehidupan kau sekarang dengan mengalah sebegini?.Aku tahu Qis, wang bukanlah tujuan utama ‘profession’ ini tetapi sifat kemanusiaan itu sendiri. Kalau kau masih ingat dulu kita sama-sama pernah membina impian ingin berkhidmat untuk agama dan bangsa terutama mereka yang susah. Apa kau sudah lupa?Kalau kau undur diri apalah nasib rakyat kita yang mengharapkan pertolongan kau suatu hari nanti Qis? Lupakah kau kerjaya ini yang kau idam-idamkan sejak kecil? Tidak semua orang berpeluang tapi bila kau dah sampai tahap ni senang je kau nak tinggalkan. Kau pentingkan diri sendiri Qis! Sampainya hati kau nak tanamkan jauh ke bumi harapan emak dan ayah kau!”Irah semakin hilang sabar.

“Qis, aku dah malas nak cakap dengan kau lagi. Aku tak pernah ada sahabat yang cepat benar putus asa! Qistina yang aku kenal dulu sungguh tabah dan tidak pernah mengalah berperang dengan nasib hidup! Kalau profesor dan kawan-kawan tahu pasti mereka gelakkan kau, Qistina! Kau dah lupa kata-kata semangat yang pernah kau ungkapkan sebagai perangsang untuk aku terus bertahan melawan takdir hidup aku? Inikah Qistina yang amat aku kagumi dulu?” Irah terus lontarkan kekesalannya. “Irah, awak tak paham.” Qistina cuba membela diri.

"Dah la Qis, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku balik dulu. Ambillah nota-nota ni. Kalau kau rasa ianya berguna untuk kau, kau tahu apa perlu kau buat. Aku tak kisah bersusah-payah demi sahabat tapi kalau kau sendiri putus asa dengan nasib kau apa aku boleh buat. Kalau kau rasa masa depan kau, emak dan adik-adik kau masih ingin kau bela, kau bacalah dan aku tunggu kau di dewan peperiksaan minggu depan. Sungguh aku menyesal kerana terlalu mengharap pada orang yang tidak ada matlamat hidup ni. Kau buatlah apa yang kau rasa terbaik!Semoga kau berjaya, Qis. Assalamualaikum”. Irah berlalu tanpa sempat membenarkan sepatah kata daripada Qistina untuk membela diri.

Air mati semakin galak menghujani pipi gebu Qistina. Pilu benar hatinya mengenangkan pengorbanan yang Irah hulurkan tapi berakhir dengan kekecewaan. “Maafkan saya Irah. Saya tak mampu. Maafkan saya”. Qistina menyesali diri sendiri. Sebentar lagi peperiksaan akhir semester tujuh akan bermula. Selepas ini mereka akan bersiap-siap pula untuk menjalani praktikum di hospital yang terpilih. Wajah setiap mahasiswa menampakkan kegelisahan. Ada yang lebam-lebam matanya akibat kurang tidur dan ada juga yang pucat lesu bagai mayat. Maklumlah inilah penentunya setelah bersusah payah selama hampir tiga tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Sesuatu yang pastinya bukan mudah.Segala pengorbanan dan kesungguhan tidak akan disia-siakan demi menggapai impian menjadi tunggak harapan bangsa dan agama. Semua pelajar mendapatkan tempat duduk masing-masing sesuai dengan angka giliran. Irah kelihatan sungguh gelisah dan acap kali juga dia melemparkan pandangan mencari-cari kelibat tubuh Qistina namun hampa. “Aku kecewa Qistina”. Irah tertunduk.

“Baiklah semua pelajar, peperiksaan akan dimulakan lima minit lagi. Sila semak angka giliran dan maklumat yang tertera pada kertas jawapan. Pastikan semuanya betul.” Pesan Prof. Madina kepada pelajar-pelajarnya.

“Prof! Maafkan saya kerana terlambat”. Pinta seorang mahasiswi yang agak kelam kabut dan sesekali dia menarik-narik nafas yang seakan sukar untuk dilepaskan.

Irah mengangkat kepalanya seolah-olah dia kenal benar akan suara tersebut.“Qistina! Alhamdulillah”. Irah menarik nafas lega. Dari jauh, Qistina melemparkan pandangan pada Irah dan mereka berbalas senyuman. “Terima kasih Irah. Kaulah sahabat saya di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga”. Kata Qistina pada Irah semasa keluar dari dewan peperiksaan. “InsyaAllah. Mudah-mudahan ukhwah ini sentiasa dalam perlindungan-Nya dan semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang doktor yang beriman dan berbakti kepada masyarakat dan agama. InsyaAllah. Kita boleh!” Kata Irah penuh semangat. “Ya kita pasti boleh! Semangat!!” Sahut Qistina.

http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/areep/pict3.JPG

Selisih Dengan Seorang Nahkoda


Sudah terisi perut ini dengan nikmat rezeki daripada Allah , Alhamdulillah syukur padaNya kerana hamba dapat merasakan nikmat itu. Di mindaku, masih terfikir bagaimanakah nasib manusia-manusia yang berada di Jepun? ,setelah tsunami melanda. Dapatkah mereka makan? Minum? Tidur? Hamba dapat bayangkan , betapa pilunya hati-hati si ibu yang kehilangan keluarga mereka. Ya Allah…… Permudahkanlah jalan bagi mereka…… kuatkanlah hati mereka menempuhi dugaanMu ini… Ya Allah….

Kini, cerita hamba pula yang bermula. Hari ini, lama sungguh hamba habiskan waktu di C.C… Kononnya cari bahan buat kerja khusus, namun sebenarnya waktu lebih banyak hamba habiskan dengan menjenguk sahabat di facebook. Ya Allah, rindu sungguh hamba kepada sahabat-sahabat. Tapi, adakah mereka juga begitu? Dulu , umi dan Abah selalu tegur,bahawa hamba ni seorang yang pentingkan kawan. Ye, hamba akuinya. Bagi hamba kawan adalah insan yang amat penting dalam hidup ini setelah umi dan abah juga keluarga. Tapi, saat ini hamba sebenarnya dalam dambaan kasih, cinta yang amat suci… Cinta Ilahi. Ya Allah….apakah itu yang hamba kehendaki? ,namun seberapa banyakkah usaha yang hamba lakukan?..... hah…… sikitnya…..

Sekian lama hamba kembara, mencari teman untuk mendapatkan mutiara cinta itu, namun….. terlalu sukar…. Betul kata yang menyatakan, “sukar untuk cari orang yang 1 fikrah dengan kita…” , Hamba diuji semasa pelayaran hamba. Hadirnya seorang insan yang sudi membantu hamba mengapai impian itu. Dia banyak membantu hamba pada awalnya, namun setelah itu, Hati pula cuba diikat tapi bukan untuk disimpan tapi untuk disentuh . Tak, hamba tak boleh terima, meskipun hamba bukannya manusia yang baik. Tapi, hamba tak boleh terima. Akhirnya hamba buat keputusan untuk teruskan perlayaran hamba tanpa diiringi seorang nahkoda handal di laut mati.

Mungkin, itulah dugaan hamba . mungkin senang untuk seseorang itu meluahkan kasih, cinta dan rindu. Namun sebesar manakah perasaan yang diluahkan itu? Apakah kejujuran dan keikhlasan yang bersama mereka saat itu. Usahlah berlagak seandaian harta cinta dan rindu itu hangat dijiwa, tidak bermakna andai diukur dengan ukuran akhirat. Begitu indah berkata pujangga namun lupa hakikat kejadian dunia. Bukanlah manusia diminta untuk bermegah apatah lagi berbangga, namun untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab yang pernah diikrarkan dahulu, meneruskan satu perjuangan agung. Apakah kita ingat, waktu itu dengan sepenuh keyakianan kita mengakui akan memengang amanah.. emmm. Betullah kenyataan, manusia mudah lupa. Mungkin itu juga hamba. Bukan mudah untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita. Amanah yang dipertanggungjawab kepada manusia ibarat memmikut satu beban yang teramat berat. Patutlahlah makhluk ciptaan Allah yang lain tidak sanggup memikut amanah apabila ditanya. Sememangnya ia berat dan teramatlah berat. Maka, apabila amanah itu kita sambut, jadi teruskanlah usaha kita untuk meneruskan satu perjuangan dalam melaksanakan taklifan tersebut. Ingatlah, setiap perbuatan kita akan dibalas . baik mahupun buruk.

Bebalik kepada cerita asal hamba, hamba dah tinggalkan insan itu, agar hamba tidak terus terlena. Mungkin itulah usaha-usaha syaitan yang terus mencuba untuk menyesatkan umat Islam. Alhamdulillah hamba tersedar, begitu mendebarkan apabila dugaan seperti itu menduga, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ditanggani. Tanpa usaha, doa dan tawakal pasti hamba tidak mampu melakukannya. Alhamdulillah , Ya allah…. Segala puji bagimu ya allah…

Sebuah pelayaran kalau tanpa dipukul ombak tidak di nama pelayaran, kain putih tanpa kalau tanpa corak tidak lah cantik. Emm, macam kehidupan tanapa dugaan , tidaklah indah kehidupan seseorang itu. Cuba kita renungi kembali, antara sedih dan gembira, yang mana lebih banyak? . andai jawapan kita adalah gembira adalah paling banyak, maka bersuyukurlah. Tetapi, andai kesediahn pula yanga banyak, maka anda bersyukurlah. Mengapa? , kerana Allah menyayangi kita. Hadirnya masalah supaya kita lebih bijak untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Bukan mudah untuk capai kejayaan andai masalah tidak dihadapi dengan baik. Hah, sejak bila hamba jadi ahli motivasi ini? … tapi, itulah yang hamba gunakan apabila masalah melanda. Hamba adalah pemimpin kepada diri hamba, jadi hamba perlu bawa kapal hamba ini dengan sebaik mungkin, andai bertemu lagi nahkoda-nahkoda yang hamba kagumi, hamba tidak bias untuk berhenti bersembang lagi .Kata- kata pepatah “ pisang tak akan berbuah dua kali” itulah yang hamba cuba guna. insyaAllah.

Friday, June 10, 2011

Haruskan hamba menanti mu?






Semua ikatan persahabatan yang dulu rancak dibina dengan pelbagai kata-kata yang menjadi ingatan di memori indah.

betulkah kata-kata yang menyatakan "hanya sekadar didepan mata"?, Hamba nafikannya meskipun hamba terluka. Sebuah persahabatan itu indah dengan pelbagai memori yang menguntum di jiwa. namun, mungkin kesibukkan yang menghalangnya. PERNAH , hamba sendiri alaminya. saat itu, hamba sibuk dengan persatuan. hamba perlu lakukan kerja persatuan itu dengan sebaik mungkin, kerana pihak atasan akan memastikan gerak kerja itu walaupun hakikatnya ianya adalah taklifan yang perlu disempurnakan. Saat itulah seorang sahabat datang dan menegur hamba bahawa hamba terlalu sibuk tanpa pedulikan nya. Mungkin, waktu itu dia tidak merasainya tidak bertemu lagi dengan keadaan itu. Tidak mengapa. Hamba sedaya upaya untuk menjelaskan situasi itu, hamba tahu dia pasti mengerti. Di saat cuba untuk berubah dan meluangkan masa lebih daripada biasa dan seterusnya, hamba berjaya menariknya ke alam persatuan hamba. dan dia juga merasainya.

Alhamdulillah, ukhwah kami amat utuh kerana fikrah kami sama. Alhamdulillah. Hamba bukanlah seorang sahabat yang baik, walaupan hamba sentiasa mencuba untuk melengkapi sahabat hamba supaya mereka bahagia. mungkin ini juga salah hamba kerna hamba tidak bisa memenuhui keinginan mereka.

Sahabat, hamba inginkan ukhwah kita berkekalan. Dikala suka mahupun duka. disaat dekat atau jauh. meskipun ukuran bumi yang berbeza. "Ya Allah, satukanlah hati-hati kami bersama MU.. Ya Allah.."

"Sahabat, andai pernah hamba melukakan hati mu, maafkan lah hamba. Hamba cuba mengerti keaadaan sibuk mu itu, meskipun hati hamba terluka. Sabahat, hamba cuba untuk menyerikan hidupmu.. walaupun hakikatnya bahagia itu datang daripada Allah... Sahabat, hamba cuba hentikan air mata ini agar dikau melihat hamba dalam senang... sahabat, hamba cuba untuk merahsiakan rindu ini semata tidak mahu mengganggu sibuk mu.. sahabat.......
hamba cuba untuk bersamamu.....

sahabat, andai waktu sibuk hamba pula menjelma. hamba mengharapkan agar dikau pula yang memahaminya. andai waktu itu, hamba langsung tidak dapat meluangkan masa bersamamu, ingatlah.. hati hamba selalu ingat pada mu sahabat. sahabat, andai waktu itu, hanma tidak menghubungimu... ingatlah.. hamba pernah memanggilmu.. sahabat, andai waktu itu, hamba tidak dapat senyum pada mu, ingatlah.... hamba pernah senyum pada Mu... sabata, andai waktu sibuk hamba itu menjelma.. dikau iringlah hamba.... sedekahlah al-fatihah untuk hamba.... sahabat, saaat waktu sibuk itu menjelma, hamba sendiri tidak dapat meguruskan hamba kerna orang lain yang menguruskan hamba... tidak ada masa untuk hamba menyentuh dikau wahai sahabat, kerna waktu itu orang sibuk untuk menguruskan hamba... sahabat, andai waktu sibuk hamba itu menghalang untuk hamba menegur dikau, maafkanlah hamba kerna waktu itu.. orang sibuk untuk menghantar hamba ke rumah baru hamba.... sebuah tapak yang tidak berbayar yang hanya berlantaikan tanah... maafkan hamba .. duhai sahabat ..........."

Perkahwinan Abg Is + Kak Tikah & Kak Da + Abg Fie

abah dan umi....



k.da + abg fie



abg Is + kak Tikah


Assalamulaikum..

Alhamdulillah.. sudah 2 orang antara adik beradik hamba yang sudah mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah.. sesungguhnya alam rumah tangga ini amatlah indah, dan ia bukanlah suatu perkara mainan. Ia adalah satu gerbang untuk meneruskan sunnah dan dakwah Islam.

Alangkah indahnya seandainya, semua keluarga itu menggunakan perkahwinan ini sebagai medan dakwah dimana memulakan ianya di rumah. misalnya, seorang suami dan ayah yang ditaklifkan sebagai KETUA KELUARGA, menitik beratkan nilai Islam dalam keluarganya. Sebagai contohnya menyediakan masa untuk mereka berbincangan atau berusrah. Di situlah, Ketua keluarga menghuraikan mengenai ISLAM.

Dulu, waktu di aman persekolah, kita selalu menggunakan isi " kurangnya didikan agama " dalam masalah sosial yang sering berleluasa. apakah ianya hanya isi tanpa kita soroti dan hayati dengan jelas, apakah maksudnya?...

hamba bukanlah cendiakiawan mahupun ilmuan , hamba hanya insan biasa yang mengkaji tentang dunia. Penerapan nilai agama perlulah diamalkan dari rumah. ini bermaksud, peranan ibu bapa itu sendiri. Sebelum atau selepas akad nikah, seharusnya membuat persediaan tentang hala tuju dan konsep dakwah sesebuah keluarga. yakni, apakah yang mahu ditujui dalm sesebuah keluarga, bagaimana ingin membentuk sebuah keluarga yang berlunaskan syariat Islam. ini bukanlah karangan semata, tetapi untuk peringatan kepada diri hamba juga, betapa pentingnya erti "RUMAH TANGGA".

Alangkah indahnya, jika semua keluarga menepati cara hidup ISLAM. Si isteri senyum manis dihadapan suami setelah suami penat bekerja. Si Suami memahami isterinya serta melakukan kerja rumah bersamanya. Si anak menghormati kedua ibu bapanya... Alangkah indahnya, sebuah keluarga yang solat berjemaah.. saling memohon maaf dikala melakukan kesilapan walaupun tidak sedar. alangkah indahnya...

buat Abg Is , k.da.... jagalah keluarga baik2... walaupun ada keluarga baru.. ingatlah keluarga yang masih ada.... emm. salam berbahagia....

: catatan istimewa.....


01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


sekian...

* maaf salah silap




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cap ayam

iluv ISLAM